13 | Did You Regret Now?
▬▬▬▬▬▬▬
Kang HaRam's
AKU terkujat, seluruh badan tika ini sudah bergetar hebat, melihat lelaki yang pernah aku cintai, sudah terlantar di hadapan anak tangga rumahnya.
"Jungkook! Shh.. Bertahan sekejap, jangan tutup mata.. Tolong! Seseorang tolong!"
Jeritan cemas yang keluar daripada bibir Areum hanya membuatkan Jimin berdecit sinis. Matanya berguling ke atas, menyampah tengok drama murahan dihadapannya.
"Tsk.. drama lebih."
Aku berpaling melihat ke arahnya, rahang diketap. Dengan mata yang dipenuhi amarah, bagasi ku yang berada dihadapanku ini langsung diangkat. Kerana bajuku tidak banyak, jadinya bagasi itu tidak lah begitu berat. Masih selamat lagi untuk membaling ke arah manusia yang keji seperti Park Jimin ini.
Baru saja mahu membaling ke arahnya, muncung pistol itu terus dihalakan padaku pula. Aku terkaku, bagasi yang diangkatku tadi terus terjatuh.
Aku ingatkan dia hanya nak menyakiti Jungkook tapi—
"Jangan nampak terkejut sangat. Nama kau pun ada dalam list, sayang,"
Disebelah aku masih ada lagi Areum yang cemas, tidak tahu mahu buat apa dengan Jungkook. Mataku melirik ke arahnya, sebelum menjerit meminta pertolongan.
"Areum! Telefon polis! Ehm!!—"
Tanpa membiarkan aku bercakap lagi, tanganku langsung direntap kasar, plaster terus ditape kan pada mulutku. Jimin memaksa aku masuk ke dalam keretanya.
Lebih tepat, bonet keretanya.
━━━━━━━━━
Airmataku tidak berhenti merembes keluar. Pada tika ini, aku hanya mampu berharap agar aku tidak akan dibunuh. Aku tak nak mati!
Aku tak tahu lah kenapa dengan Jimin. Aku tak tahu kenapa aku yang dibuat sebegini! Dia sudah seperti seorang psychopath!
A-Adakah ini yang Jungkook maksudkan?
Aku, dia dan Areum ialah target didalam rancangan pembunuhan Park Jimin?
Tapi.. Kenapa aku?
Apa yang aku sudah buat? Aku—
Walaupun berada didalam bonet kereta, dapat aku rasakan kereta sudah diberhentikan. Mataku liar melihat sekeliling, mengharapkan ada lah barang-barangan yang tajam untuk perlindungan diri sendiri, tetapi tiada.
Hairan aku. Kereta dia besar, canggih, hebat tapi kenapa bonet kereta dia kosong seperti ini hanyalah sebuah kereta sewa?
BUM!
Bonet belakangnya dibuka, kepala aku terus naik tetapi cahaya daripada luaran terus menyilaukan mataku. Dapat aku dengar suara Jimin bertanya sebelum kepalaku dihentak dengan sesuatu yang keras.
"Did you enjoy the ride, baby?"
━━━━━━━━━
Siulan, gelak tawa besar seseorang membuatkan aku terus tersedar. Dengan kepala yang masih berpinau, perlahan-lahan mataku terbuka untuk melihat sekeliling. Aku berada didalam sebuah bilik asing. Aku cuba untuk bangun daripada kerusi itu, tetapi tidak boleh.. ianya seperti punggungku telah digam atas kerusi kayu ini.
Setitik cecair mengalir dari kepalaku, tanganku terus cuba untuk memegang kepala, tetapi kedua belah tanganku telah diikat dengan seutas tali tebal. Bukan hanya sekadar tangan, kaki juga sama.
Mulutku yang sudah lama di tape, tiba-tiba dicabut kasar.
Aku mendesis keperitan tetapi Jimin hanya sekadar menyambung tariannya. Aku melihat badannya bergerak mengikut tempo musik The Thieving Magpie, meremang seluruh badanku.
"J-Jimin, tolong jangan buat aku macam ni—"
"Diam!" Bergema satu bilik itu dengan teriakan kuat Jimin. Anak matanya merenung wajahku sebelum dia mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket belakang seluarnya.
"Kau sedang mengganggu fokus aku. Hmm.." mata pisau itu bermain dengan permukaan kulitku. Dari betis sehingga ke kulit muka ku, mata pisau itu liar bergerak. Aku menelan air liur perit.
"J-Jebal—"
PANG!
Terteleng kepalaku tatkala telapak tangan Jimin menyinggah pada atas permukaan kulit wajahku.
"Are you deaf? I said shut up." Sinis dan keras sungguh nada percakapan Park Jimin.
Airmataku kini lagi lebat mengalir tetapi tidak berani aku membuat sebarang bunyi yang kuat lagi. Hanya bunyi esakkan kecil yang memenuhi ruangan sunyi bilik itu.
Oh tuhan, tolong jangan rancang kematian aku seperti ini..
"Kau dah buat ramai orang sengsara, tapi kau masih lagi berfoya-foya diluar sana tanpa pergi mencari orang yang kau sudah aniaya!" Naik turun dada lelaki itu, mengigil teruk tangannya daripada sekecil amarah yang baru dia lepaskan.
Tiba-tiba, dia mula tertawa seorang diri. "Hahaha macam mana kau nak jumpa dia lagi kalau dia pun sudah mati?" Aku menggelengkan kepala, tidak tahu tentang siapa yang dia maksudkan.
CAK!
Rahangku dicengkam kuat. "Kau lupa siapa dia? Tsk, sebab dah terlalu ramai budak yang kau buli, kan?"
°
°
°
°
°
°
°
“Perempuan yang baru keluar sekolah tu.. Park Aeyin.. dapatkan dia untuk aku. Aku nak bagi dia rasa bagaimana sakitnya hati aku ni,” arah HaRam sambil melihat gerak-geri tubuh Aeyin bergerak keluar dari perkarangan sekolah.
“M-Macam mana kalau dia melawan?”
Dahi wanita itu terus berkerut sebelum dia tergelak besar. Terbahak-bahak si dia sehingga dia menunduk kebawah. Tidak sampai sesaat, kepalanya terus naik, merenung wajah perempuan itu serta menayangkan sebuah senyuman sinis pada Jung Eblees, adik kepada Jung Saeytan. Perempuan yang selalu mencari masalah dengan Kang HaRam.
“Buatlah perkara yang kau selalu buat. Kenapa? Kau takut?” laju Eblees menggeleng. Terlepas decitan kasar daripada HaRam.
Tsk. Kakak dengan adik sama saja, bodoh.
“Bagus. Sekarang kau pergi dan dapatkan dia sebelum dia sempat balik rumah. Mood aku nak kotorkan tangan untuk orang tidak berguna seperti dia sudah sampai hari ni.”
°
°
°
°
°
°
°
Park Aeyin.. Park Jimin.. Nama mereka agak lebih kurang sama--
"Kau dah ingat? Hm? Park Aeyin? Perempuan yang kau benci sangat dulu tu? Si penyebab kau sudah tidak dapat perhatian daripada cikgu-cikgu lagi? Atau kau mahu aku ingatkan kau?" Cengkaman dirahangku dikuatkan. Terasa seperti tulang rahangku hampir patah.
"J-Jimin.. tolong jangan buat aku macam ni! A-aku tahu aku jahil, kejam tapi aku dah berubah! Aku berani bersum—"
"Tiada istilah berubah kepada seorang pembunuh seperti kau, Kang HaRam." Rahangku terus dilepaskan. Tatkala ini, mataku terus membulat besar. P-Pembunuh..? Tapi aku tidak pernah membunuh sesiapa lagi! Mahu bunuh lipas pun tak lepas, apa kejadahnya nak bunuh orang?
"Kalau betul aku pembunuh, orang pertama yang aku akan bunuh sudah semestinya Areum! Kau pun tahu itu!"
Dia tertawa lagi tapi kali ini lagi nyaring, lagi kuat.
"Kau tahu tak kenapa kawan kau buat kau begitu?" Tidak sempat aku menjawab, mata pisau lipat Jimin terus menyentuh kulit leherku.
"Because you deserve it. Kau tak nampak lagi ke? Hidup kau, ianya cuma sekadar permainan aku. Aku yang rancang semua benda untuk berlaku dan mereka yang lain hanya sekadar mengikut arahan. Kau tahu.."
"..Aku boleh saja gilis kau semasa kau terbaring diatas tar lebuhraya lama tu. Tapi tidak syoklah kalau begitu, kan? Jadi aku hantar dua orang manusia ini untuk tolong kau. Tidak sangka pulak kau boleh jatuh hati dengan tunang dia— eh terlupa pula, suami orang hahahahaa," aku tergamam. S-Suami...?
"Taehyung dan Elise, dia yang jaga kau sejak ibu bapa angkat kau mati, kan? Hmm.. Mesti HaRam sedihkan, eung?" Soalnya sambil memberi sebuah pandangan simpati. Sepasang mata bulatnya yang terkebil-kebil dan bibir yang saja dimuncungkan. Tangannya naik mengusap pipi ku yang berbekas dengan airmata.
"Tapi itulah hadiah paling istimewa dari aku untuk kau."
Tidak sampai beberapa saat, ekspresi mukanya terus berubah dingin. SKRAT! Rambut panjangku terus ditarik olehnya, membuatkan aku terus mendongak, melihat senyuman sinisnya. Dapat aku rasakan, segenggam rambut aku yang ditariknya, tercabut dari kulit kepala akibat tarikan kuat Jimin.
"Kau taknak tahu ke bagaimana diorang mati?" aku menggeleng kepala, mata mula berkaca semula.
"Kau taknak tahu bagaimana aku kelar setiap titik nadi mereka?? Hah, aku masih tidak boleh lupakan wajah mereka ketika diorang melutut dan merayu pada aku supaya jangan apa-apa kan kau dan hanya ambil saja nyawa mereka," aku tercengang. Puan Choi dengan suami dia.. merayu untuk aku? M-Mereka gadaikan nyawa mereka.. untuk aku?
"Diorang terlalu bodoh kerana sayangkan kau. Nampak tak, keinginan mereka nak menjadi ibu bapa yang baik itu tinggi tapi sayang.."
SSAK! Pisau lipat yang liar bermain lenganku, ditoreh panjang oleh Jimin.
"..Dua dua pun dah mampus." Dengan selamba, Jimin terus melangkah ke arah sebuah meja, pisau lipat yang sudah dipenuhi darah itu dilap dengan sehelai kain kotor.
Tiba-tiba, pintu bilik itu dikuak. Lelaki itu berpaling, melihat gerangan siapa yang baru masuk bilik itu. Ketika matanya bertemu dengan mata menawan milik si dia, sudut bibir lelaki itu terus terjungkit naik.
Tidak boleh melihat siapakah itu, kepalaku berpinau melihat darah yang tidak berhenti mengalir keluar dari lengan putihku. Saat tanganku ditoreh, aku sudah menjerit kesakitan sehingga kehilangan suara. Terasa seperti dunia ini seakan berpusing, aku terus termuntah diatas bajuku sendiri.
"Chim, kita kena pergi."
Berkerut dahi Jimin, suaranya terus berubah seakan dia sedang merengek.
"Tapi Aera sayaaaaang.. Chim baru mula, takkan dah nak pergi?" Lelaki itu bergerak ke arah wanita itu sebelum dia mendakap tubuhnya erat. Bau haruman daripada wanita itu melekat diruangan rongga pernafasannya.
Aera.. Park Aera? Perempuan yang beri aku tumpang tidur didalam khemah dia masa tu?
"Kalau macam tu..."
Pelukan Jimin terlerai, dia hanya sekadar melihat wanita itu bergerak ke arah aku. Rambutku yang menutupi muka, diselitkan ke belakang telinga sebelum dia berbisik sesuatu yang membuatkan aku sudah tidak mahu hidup lagi.
"Tak salahkan kalau kita bawa tuan puteri kesayangan ke istana baru untuk mencari pengembaraan baru, hm?"
Aku sempat melihat wajahnya yang tersenyum sinis dengan sebatang kayu besbol.
Namun, disaat kayu itu mula dihayunkan, telinga aku menangkap suara bisikan seseorang, memanggil-manggil namaku.
"HaRam.. Kang HaRam!"
BUK!
____________
TO BE CONTINUE
nota kecil sebelum aku siapkan draft HD;
Sebenarnya cerita ni panjang tau, tapi disebabkan aku nak dia jadi pendek dan padat sooo aku potong dan buat jadi dua bahagian. Harap korang tak keberatan untuk tunggu satu chapter lagi ehehehe ! ♡
Apapun, selamat berpuasa dan HUWAAA DAH NAK DEKAT RAYA WEH :(( maafkan aku tau kalau aku ada buat apa apa salah silap :(( ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Sebarang typo atau ayat tunggang langgang akan diedit semula AJSVSJAHAJAHS JANGAN RISAU SEBAB AKU SELALU BACA CERITA AKU BILA ADA MASA LAPANG JSGSJSHAJAHAHAJAHA
HAAA satu lagi! Disebabkan cerita ni dah nak tamat, aku nak buat satu penghargaan bagi korang yang sentiasa support cerita ni :33! korang jangan terkejut tau kalau tetibe username korang dimention dalam cerita ni HAHSHSHAHAHAHAHAH 😳💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top