12 | The Truth Untold
▬▬▬▬▬▬▬
Author's POV
TELEVISYEN yang terbuka dari tadi langsung tiada siapa yang melayan. Tidak tahu mana satu lagi dah, televisyen yang tengok manusia atau manusia yang menonton televisyen.
HaRam cuma terbaring diatas sofa, otak ligat memikirkan bagaimana dia mahu menawan hati Jungkook jikalau lelaki itu kerap berdua-duaan bersama kekasihnya, Areum.
Lima hari sudah berlalu, saat dia diterima masuk begitu saja ke dalam rumah Jungkook. Pelik, bukan?
Takkan Jungkook percaya alasan bodoh yang Jimin suruh dia beri pada lelaki itu?
'Jimin halau aku.'
Hubungan mereka juga tidak berakhir dengan baik tetapi mengapa dia masih diterima didalam rumah lelaki itu?
Adakah ini peluang yang Jimin katakan padanya sebelum wanita itu mula membuat drama?
"Tiada satu pun lelaki yang tak akan pandang kau. Kau cantik seperti permata! Peluang untuk kau sentiasa ada didepan mata. Kau hanya perlu percaya pada diri sendiri dan just go for it."
Hampir saja dia termakan dengan kata-kata Jimin, HaRam kembali ke dunia nyata semula tatkala dia disapa seseorang.
"Hey,"
Air liur ditelan perit, HaRam berpaling tubuh, hanya untuk melihat wajah perempuan yang pernah menjadi kawan baiknya.
"H-Hey.." situasi mula menjadi kekok.
HaRam mula berpura-pura seperti sedang menonton televisyen sedangkan tadi dia yang bakal terlelap didepan televisyen itu.
Areum pula mendiamkan diri, bibir bawah digigit, perasaan ragu-ragu mula hadir. Salah ke pilihan dia untuk adakan perbualan kecil bersama HaRam?
Bukan apa, dia cuma terasa seperti dia perlu bercakap dengan wanita itu. Lagi dua hari saja, sudah genap satu minggu HaRam berada didalam rumah ini.
Tiada seorang dari mereka pun ingin memanjangkan perbualan itu atau hanya ingin berbual kosong.
Mungkin, boleh bertanya khabar atau "Hey, lama tak jumpa! Harap kau mati awal" atau selainnya.
"Em.. Jungkook ada pesan sesuatu sebelum dia keluar rumah.. Dia kata, kalau kau lapar, pergilah masak. Kalau kau nak makan luar, bagitahu je. Dia boleh bagi duit," suara Areum dahulu yang memecahkan kesunyian itu.
"Dia yang kata ke?" Soal HaRam, agak tidak yakin dengan penyataan Areum.
"Yup tapi kalau... Kalau kau penat, aku boleh—"
Kreak...
Bunyi pintu utama dibuka, membuatkan kedua-dua wanita itu memandang ke arahnya.
Jungkook yang baru pulang dari mana tidak tahu, terus menjadi kaku tatkala semua mata didalam rumah itu mula merenungnya.
"Um.. Hai?"
HaRam terus bangun dari sofa. Pinggangnya dicekak sebelum dia berkata, "Oh my god. Korang berdua.. boleh berhenti tak?"
Kening Jungkook dan Areum berkerut seribu. Riak wajahnya tampak kelihatan sangat hairan.
"Stop making that face. Kau tahu, aku boleh nampak kalau seseorang itu sedang menipu,"
"Menipu? Apa maksud—"
"Kau tahu apa aku maksudkan dan tolong jangan buat keadaan kat sini lagi awkward, Areum." HaRam bergerak ke arah Jungkook, lengan besar lelaki itu digenggam sebelum dia mengarahkan lelaki itu untuk duduk.
Tanpa disuruh, lengan panjang Jungkook mula menarik pinggang Areum, menyuruh perempuan itu untuk duduk di sebelahnya. Kepalanya dilentokkan diatas bahu wanita itu. Penat keluar tadi, mungkin.
"A-Aku minta maaf kalau kau rasa tak selesa bercakap dengan a—"
"Ya dan tolong berhenti buat muka innocent kau. Penat dah aku tengok sejak dari zaman sekolah lagi." HaRam terus menapak ke dalam dapur sebelum keluar bersama segelas susu sejuk.
Manakala Areum pula masih lagi tercengang.
"HaRam, kenapa ni? Menipu apa nya?" Kini suara Jungkook pula yang bertanya.
"Itu.. Pelukan tu.. Aksi sweet itu semua. Aku tak suka. Aku alergik tengok," Susu diteguk sekali gus, sebelum cawan itu diletakkan diatas meja.
Jungkook hanya memandang wanita itu dengan pandangan bersahaja. Langsung tidak tahu, dan tidak mahu ambil tahu apa-apa berkenaan wanita itu.
"Alergik atau cuma cemburu?"
Mata Jungkook membesar. Nama perempuan itu terus dipanggil, menyedarkan yang dia sudah terlepas cakap.
"Areum!"
Gelak mengejek mula meluncur keluar dari bibir tebal HaRam.
"Cemburu? Eh lambat lagi! Hahahaha"
"Habis tu, kenapa—" baru saja wanita itu mahu bangun dari sofa, lengannya terus dipegang Jungkook. Dengan renungan mata lelaki itu, Areum sudah tahu lelaki itu bakal mengamuk.
Teringat pula dia saat HaRam baru masuk ke dalam rumah ini, Jungkook terus membawa dia masuk ke dalam bilik stor, memberi dia sebuah peringatan sebelum mereka keluar dengan senyuman palsu tertampal dibibir.
"Ingat, jangan bercakap guna emosi."
Ayat ini yang bermain didalam benak fikirannya saat matanya bertembung dengan renungan mata helang Jungkook.
Punggung dilabuhkan semula ke atas sofa, nafas ditarik dalam sebelum dia menghela nafas panjang.
"Apa yang kau orang tengah sorokkan sebenarnya? Depan aku sweet-sweet, belakang aku macam.. aku tak tahu nak percaya ke tidak, tapi korang tak nampak macam boyfriend dan girlfriend,"
Terbatuk-batuk Jungkook dibuatnya. Ini mesti dia sudah ternampak hari itu, dimana Jungkook dan Areum bergaduh tidak mahu berpelukan lagi. Rimas katanya.
Tapi ini semua adalah sebahagian daripada plan, bukan?
"Biasalah. Mood perempuan kadangkala tak menentu. Rasanya, kau sendiri pun tahu," Jungkook berkata, cuba untuk menamatkan perbualan hangat itu.
Areum berpaling tubuh, melihat wajah lelaki itu dengan riak tidak puas hati saat dirinya dituduh lelaki itu.
"Habis tu, ini pulak apa?" Sebuah kotak baldu yang berwarna merah gelap, dikeluarkan dari poket seluar HaRam.
"Itu kotak lah. Tak nampak pulak macam kepala adudu HAHAHAH— ark!" Jungkook sengaja membuat lawak, kononnya mahu menceriakan suasana itu tapi hanya dapati cubitan ketam dari Areum.
"Cincin ni?" Mata Jungkook dan Areum serta merta membulat. Oh shet. Setahu Jungkook, dia sudah sorokkan cincin itu, bagaimana HaRam boleh dapatkannya?
Areum pula menjadi hairan. Kenapa Jungkook masih lagi simpan cincin yang pernah dia belikan untuk perempuan itu dahulu?
Matanya perlahan-lahan bergerak ke arah Jungkook, melihat wajah lelaki itu dengan penuh tanda tanya. Jungkook pula sudah menunduk, malu.
"Jungkook—"
Dengan satu keluhan berat, kepala Jungkook terus dibawa naik ke atas, tangannya menggenggam lembut tangan Areum. Matanya merenung dalam mata wanita itu, cuba untuk dapatkan kekuatan untuk dia—
"Bae Areum, aku tahu aku dah terlambat dan aku pernah buat banyak kesilapan.. tapi bukan ke setiap manusia harus diberi peluang kedua?" Wanita itu terkebil-kebil, tidak faham dengan situasi sekarang.
"Jungkook, ini bukan sebahagian daripada—"
"Ya, tapi pengakuan ni datang dari tulus hati aku. Aku masih cintakan kau, Areum. Cincin ni.. Cincin yang aku pernah belikan untuk kau, dan ia akan kembali semula pada kau. Tolong ambil cincin ini walaupun hati kau dah tiada pada aku—"
"A-Apa.." Suara HaRam membuatkan mata kedua-dua orang itu naik melihatnya, lantas dia menggelengkan kepala.
Tanpa berkata apa-apa, dia terus naik ke biliknya sebelum dia keluar bersama beg tarik yang dibawanya semasa datang ke rumah itu.
"H-HaRam, jangan pergi—"
"No, Jungkook. Kenapa kau kena buat aku seperti ini? Kenapa aku harus tinggal didalam rumah ini lagi? Hanya untuk membuatkan hati aku sakit melihat lelaki yang aku cintai sudah pergi dengan kawan baik aku sendiri? B-Begitu?" Sudah tidak dapat tahan lagi emosinya, empangan airmatanya mula pecah.
"Tak. HaRam, dengar sini—"
"No. I've had enough. Cukuplah kau pernah hancurkan hati aku di sekolah menengah. A-Aku takkan pernah cuba atau kembali lagi ke kau, Jeon Jungkook. Cukup sampai disini saja usaha aku. Aku dah tak sanggup." HaRam tekad dengan keputusannya, keluar dari rumah lelaki yang pernah jadi teman lelakinya mungkin adalah keputusan yang terbaik.
Besides, he's getting married..
"HaRam! Tak! Dengar sini, ini semua salah Jimin! Dia yang plan benda ni semua untuk berlaku! Aku minta maaf sebab—"
BANG! BANG!
"ARGH!"
Tubuh Jungkook terus jatuh terkulai dikaki anak tangga rumahnya. Tangan memegang erat kepala lututnya yang tika ini tidak berhenti memancutkan darah.
"Phew.. that's was a close call, isn't it?"
━━━━━━━━━
TO BE CONTINUE
—Notes: korang dah ready ke untuk last chapter lepas nii? Jangan berharap banyak sangat tau sebab aku tahu satu perkara je yang akan buat cerita ni jadi complete iaitu.. plot twist HSHSJSHSHAHAHAHAGS okay baibai! See you in the last chapter!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top