11 | She's Back Again
▬▬▬▬▬▬▬
APA yang berlaku di majlis tadi , aku pun tak tahu. Tiba-tiba, Jimin ajak balik sedangkan majlis tu belum habis lagi. Tapi, tak tahu kenapa aku masih teringat amaran Jungkook. Betul ke apa yang dia ceritakan tentang Jimin tu? Jimin.. Palsu?
Dia diperbuat daripada plastik ke macam mana?
" Apa yang anak Jeon tu nak dari kau? " Suara dingin Jimin mula memecahkan sunyi. Kalau tidak tadi, bunyi air cond aje yang aku dengar.
" Takde apa. Kau tahu la kan, bila seseorang tu tak boleh move— AAA! "
BUM!
Brek mengejut dari Jimin, membuatkan kepala aku terus terhentak kuat pada permukaan dashboard kereta.
Apabila mata aku naik melihat jalan raya, lampu merah rupanya. Inilah satu kecuaian yang tidak disedari seorang pengguna jalanraya, tidak memakai tali pinggang keledar.
" Jangan tipu, HaRam. Bagitahu aku sekarang. " Ujar Jimin dengan nada suara tegasnya tetapi matanya langsung tidak memandang aku. Fokusnya pada jalan raya sahaja.
" A-Aku.. mana ada tipu! Alahai kau ni! Dia cuma kata dia.. Er.. Dia.. "
Aish! Masa diperlukan ni lah dia mula buat hal! Kenapa lah otak aku ni macam otak burung!
Kereta semua sudah mula bergerak, tapi otak aku masih tidak boleh fikirkan alasan yang bagus.
" Dia.. Em.. Dia—"
" Dia cakap apa? " Suara Jimin sudah mulai kedengaran malas. Aish, ketot ni. Bagilah aku masa untuk berfikir. Aku dah lah tiada alasan nak bagi ni.
" Dia.. uh.. dia cakap— "
" Dia cakap apa?! "
" Ohjungkooksuruhtidurrumahdia! "
BREEEEKKKK!
"Kau seriuslah?! " Sekali lagi, Jimin brek mengejut, membuatkan kereta dibelakang kami terus menekan hon kereta.
Mata digulingkan tanda menyampah tatkala pembawa kereta dibelakang itu mula menjerit - jerit. Kereta Mercedes AMG yang dibawa Jimin, mula bergerak semula sebelum berhenti di tepi jalan.
" Kau serius ke? Dia ajak kau tidur rumah dia? " Aku terkebil-kebil, tak tahu nak jawab apa.
" J-Jimin.. A-Aku rasa, aku dah—"
" Ha! Baguslah tu! Pergi lah! Pergi! Peluang keemasan dah ada depan mata! Kau pergi je rumah dia, lepas tu kau goda dia habis - habisan! Aku guarantee, dia pasti akan jatuh hati dekat kau balik punyaaa! " seronok nada suara Jimin memberi rancangan.
Aku terdiam. Tapi.. kalau betul pun, aku tak nak, Jimin.
He's my ex. Why did i need to accept him when i have someone who is way better than him?
" Jimin, aku sebenarnya dah tersalah cakap.. " senyuman dibibir Jimin terus lenyap. Wajahku terus direnungnya tajam.
" Apa maksud kau? " Soalnya dengan nada suara tegas.
" Maksud aku, Jungkook tak suruh pun pindah rumah dia. Dia kata— eh, jakkaman.. kenapa kau nak tahu? Kau cemburu ke?? " soalku padanya semula bersama sengihan nakal. Mata Jimin yang merenung wajahku terus berpaling ke hadapan.
Lengan bajunya dilipat sebelum kepalanya menghadap wajah aku semula. Wajahnya didekatkan, sampai aku boleh rasa nafasnya menampar kulit wajahku.
" Sebab kau duduk dalam rumah aku. Itu dah dikira seperti, kau bawah tanggungjawab aku. Kalau kau kena culik ke, hilang ke, aku juga yang kena soal siasat dengan polis. Sekarang, bagitahu aku. Apa yang dia cakap dekat kau? "
━━━━━━━━━
Author's POV
" Kau tengok tak cara dia pandang kita dekat majlis tadi? Kook.. aku takut lah.. T-Tak boleh ke kau cakap je dekat dia yang kita dah tak boleh buat— "
" Kau nak kita berdua mati ke apa? " Ujar Jungkook sambil merenung wajah Areum tajam.
" Tsk. Kau mati pun aku tak kisah lah. Ini urusan kau dengan dia. Tapi entah macam mana, nama aku pun boleh terlibat sama. Bukannya, kita masih couple— "
" Kau pernah jadi ex bestfriend dia dan ex girlfriend aku. Mestilah kau pun terlibat sama. " Selamba badak Jungkook mencantas Areum buat kali kedua.
Dengusan kasar terus keluar dari mulut Areum. Punggung dilabuhkan ke atas anak tangga rumah Jungkook.
Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia boleh terlibat sama. Jikalau boleh putar balik masa, memang dia berdoa supaya tidak berjumpa dengan Jeon Jungkook si mulut puaka ni.
Iyalah, siapa saja yang boleh hidup dalam penipuan? Orang yang waras pun akan berubah jadi gila.
Kalau boleh, mahu saja dia lari dari lelaki itu dan Jungkook. Tapi bagaimana jikalau Jungkook bersubahat dengan lelaki itu? Dia pasti akan bertemu ajal. Cita - citanya mahu berjumpa dengan Taehyung BTS akan musnah, dan berkemungkinan mayat dia pun tidak akan dijumpai sesiapa.
Ugh, runsing!
" Babe, jangan takut, okey? Aku kan ada, " Areum memandang wajah Jungkook hairan. Kenapa dengan dia ni? Tiba-tiba saja menggunakan panggilan manja?
" Aku janji, kita boleh habiskan— "
" Yah! Apa ni?! Jangan pegang-peganglah! We made a deal, right? No touching when she's not here! " Tangan Jungkook yang semakin liar bermain diatas peha Areum terus ditepis kasar.
Terlepas ketawa kecil Jungkook.
" So, do you mean i can touch you when she's here? " Lantas itu, senyuman sinis terukir dibibir nipis Jeon Jungkook.
"Kook, aku rasa, kau kena pergi jumpa doktor lah. Mesti ada kebocoran sebab tu otak kau macam masuk air— "
DING DONG!
Loceng rumah berbunyi, menandakan ada seseorang datang.
" Ah, sekejap. Aku nak pergi tengok, " mata Areum terus membulat. Jungkook yang baru saja bangun, terus kakinya dipeluk Areum erat.
" W-WOI! JANGAN, JUNGKOOK! Entah - entah itu dia.. D-DIA DATANG NAK BUNUH KITA— "
" Tak mungkin lah.. Kita ada banyak masa lagi. Maybe, itu orang penghantar piza? " Ujar Jungkook cuba untuk tenangkan Areum.
"M-MWO? JANGAN! JANGAN! JANGAN! Kook, cuba lah kau fikir, kalau mamat penghantar piza tu sebenarnya pembunuh upahan dia? HUWAAAA KOOK ANDWAE— "
" Aigooo.. kau ni banyak baca fanfiction lah. Aku dah kata jangan baca buku buku dekat Wattpad, kan? Cerita dekat sana semua tak masuk akal! Tengok lah kau sekarang, paranoid macam orang gila," ceramah Jungkook sebelum mengurut pelipis dahinya.
Areum memuncung, hairan bagaimana Jungkook boleh tahu yang dia masih baca buku-buku disana lagi sedangkan mereka dah berpisah bertahun.
" Haih.. Okeylah, okeylah. Kita pergi sama - sama, okey? " Cadang Jungkook. Tidak menunggu lama, Areum terus mengganguk setuju.
Dia tidak kisah jikalau mereka mati bersama. Tiada la dia dihukum tuhan seorang diri ataupun risau kalau-kalau Jungkook cari pengganti dia nanti.
Pintu didekati, Areum kekal menyorok dibelakang tubuh tegap milik Jungkook.
Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum tangan lelaki itu perlahan-lahan membuka pintu rumahnya.
Matanya terus membulat besar,
" Eo? HaRam? Apa kau buat dekat sini? "
━━━━━━━━━
TO BE CONTINUE
HAAA BAPE TAHUN DAH AKU TAK UPDATE AHHAHSHSSHAHAHHA btw ni cite ni dah nak tamat la :( apapun thank you kepada yang sudi baca dari awal sampai dah nak ke penghujung!
Kalau boleh, bantu lah promote cerita ni kat kawan-kawan korang supaya buku ni lebih meriah hehe terima kasihh. ❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top