10 | The 'Private' Event

▬▬▬▬▬▬▬



DAHI dikerutkan.

" H-huh? Apa maksud.. "

" Ah.. sebelum tu, boleh tak kau bangun dulu? Tulang aku rasa macam nak patah menahan berat kau yang macam gajah HAHAHAHAHAHAHA " aku mendecit kasar, pipi pula sudah bertukar merah.

Malu pula bila melihat keadaan aku dengan dia sekarang ni.

Tanpa menunggu lama, aku lantas bangun daripada terus menindih tubuhnya. Kaki terus laju menaiki tangga.

Ugh! Malu malu!

" HaRam! Sabar sekejap! " aku terus berpaling kebelakang, kening kiri dijongketkan. Wajah menunjukkan reaksi ' Apa kau nak? ' pada Jimin.

" Siap - siap cepat. Kita dapat jemputan untuk ke sebuah majlis privasi. "

━━━━━━━━━

Tipu. Dia tipu aku. Ini bukan majlis privasi. Ini majlis makan malam untuk semua peserta kempen tu. Kenapa lah aku percaya bila dia kata BTS ada dekat sini?

" Atototo merajuk ke tu? " Mata menjeling tajam lelaki yang sedang tersenyum nakal itu sebelum makanan yang sudah diambil tadi terus dimakan, langsung tidak menghiraukan si dia.

Geleng kepala Jimin apabila melihat kerenah milik HaRam. Entah kenapa, tetapi dia rasa wanita itu kelihatan sangat comel. Lagi - lagi, bila dia mula merajuk.

Macam babi- i mean baby.

Terasa bosan dengan atmosfera disana, kakinya terus bergerak ke arah sekumpulan wanita yang sedang berbual.

Dasar lelaki. Aku yang cantik macam Dasha Taran ni kau tak pandang pun. Cis.

"Psst! HaRam! Psst! " Dahi terus berkerut seribu.

Aku dengar seperti ada orang memanggil-manggil nama aku tadi tapi tak nampak kelibat pun.

" Psst! Belakang sini! HaRam! " Kepala terus menoleh, melihat belakangku yang hanya dipenuhi pokok - pokok tinggi.

" Sini lah! " aku memandang kiri dan kanan dahulu sebelum kaki terus berjalan mendekati pokok- pokok tersebut.

" S-Siapa— Agh! "

━━━━━━━━━

Seorang wanita berjalan masuk pejabat milik Kim Taehyung, dengan tiada keizinan si pemilik kerusi tersebut, punggungnya terus dilabuhkan ke atas kerusi itu.

" Tch, tch, tch. Kim Taehyung. Dengar cerita, kau sudah mempunyai keluarga tapi sayang, nyawa pula dah tak panjang, " Mata Taehyung yang dari tadi tidak beralih daripada skrin laptopnya, terus naik melihat wanita tersebut.

" Siapa kau dan apa kau buat dalam sini? Keluar sekarang sebelum aku panggil-"

" Tiada guna dah, Taehyung. Diorang berkemungkinan dah masuk neraka. Jangan risau, sekejap saja lagi, kau pun akan join diorang jugak HAHAHAHAHAHA " ujar wanita itu sebelum dia melepaskan tawa besarnya. Tak tahulah apa yang lawak sangat.

Taehyung mula panik. Poket seluarnya diraba, langsung tiada sebarang senjata.
Malahan sesuatu benda yang tajam untuk menyelamatkan dirinya pun tiada.

" Kau nak apa? " Soal Taehyung dengan ton nada suara keras. Wanita itu mula tersenyum sinis.

" Budak yang kau pungut dulu. Aku nak dia. "

━━━━━━━━━

" Shh! Diam sikit! Nanti Areum dengar! " Aku menjeling lelaki yang selamba badak dia saja tekup mulut aku.

Jeon Freaking Jungkook datang lagi. Ini mesti kes tak boleh move on dari aku. Nampak tak betapa hebatnya godaan aku? Heh.

Sebaik saja dia melepaskan mulut aku, seribu satu soalan terus keluar dari mulut aku.

" Shh! Diam lah sikit! "

" Jungkook. Kau tahukan aku dengan kau dah takde apa - apa. Kenapa kau masih sibuk nak dekat dengan- "

" Aku takkan dekat dengan kau kalau kau dekat dengan dia. " Dahi dikerutkan. Apa benda si arnab ni merapu.. Oh.. ini mesti salah satu taktik dia lagi.

Aku tak faham apa yang diorang nampak bila aku dekat dengan Jimin. Aku bukannya girlfriend dia pun. Aku ni hanya kawan lama yang menumpang sekejap dekat rumah dia je.

" HaRam, aku baru dapat tahu kau tinggal satu rumah dengan Jimin- "

" Iyalah, takkan lah aku nak merempat bawah jambantan macam kau suruh dulu— oops?" senyuman sinis terukir dibibir, tahu sangat Jungkook akan mula naik angin bila aku ungkit tentang perkara ini.

" Y-Ya, aku tahu, aku salah. Tapi HaRam, dengar cakap aku. Nyawa kau dalam bahaya. Disebabkan itu, aku nak kau keluar dari rumah tu secepat yang mungkin. Kalau boleh, jangan pergi dekat langsung dengan— "

" Apa aku akan dapat kalau aku ikut cakap kau? Kau akan kembali pada aku ke? " soalan yang keluar dari mulut aku terus membuat Jungkook keluhan berat.

Muka diraup kasar sebelum kedua belah tangannya naik memegang bahu aku. Renungan tajamnya membuat aku berasa sedikit tidak selesa.

" HaRam.. Kau tahu aku tak boleh buat macam—"

" Dah tu buat apa aku kena ikut cakap kau? Lagipun aku kenal Jimin. Dia baik. Dia selalu ada dengan aku bila aku perlukan seseorang. Tapi kau? Kau bukan menolong, tapi kau adalah punca aku kesedihan, kau tahu tak? "

Jungkook kelihatan seperti masih tidak mengalah. Wajahnya masih kelihatan tenang walaupun lengan tangannya sudah mula timbul urat.

Oh, he's about to explode! Ey tak sabarnya nak tengok bekas kekasih naik angin! Rindu!

" Iya, HaRam! YA! Aku tahu aku tak selalu ada dengan kau tapi aku tak pernah tipu kau! I am not fake like him. Aku buat semua benda jahat tu depan mata kau. Bukan macam dia! HaRam, tolonglah jangan termakan dengan kata - kata manis dia.. Itu semua palsu. Dia fake. Dia cuma- " tidak sempat menghabiskan kata - katanya, aku terasa seperti tangan seseorang tiba melilit dipinggang aku.

" Sayang, jom balik. Aku nak— Oh? Am i.. interrupting something?  "






━━━━━━━━━

TO BE CONTINUE

Jimin selalu datang on time HAHAHAHAHAHA

Lagi bape chps je astu cite ni dah tamat HUWAAAAAA im gonna miss you all :(💗

Thank you kerana still bersama dngan cerita ni! Tunggu next episode ya!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top