09 | Unwanted Kiss [+]
▬▬▬▬▬▬▬
" KANG HA'RAM! "
Mata digulingkan ke atas. Lelaki ni memang tak boleh hidup tanpa aku ke? Setiap 5 saat pasti nama aku akan dipanggil! Nama panjang pula tu! Suruh kemas ini lah, cuci itu lah, macam dia tu tiada tangan! Semua benda aku juga yang kena buat!
Dasar ketot yang pemalas!
" Apa kau— ada apa-apa yang saya boleh bantu, wahai tuanku? " cepat - cepat aku membetulkan ayat aku semula apabila perasan dia menjongketkan kening kirinya, sebelum bibir merah jambu itu mula membentukkan sebuah senyuman manis. Ceh. Nak je aku baling selipar dekat dia tapi bila nampak senyuman dia tu- haih.. auto cair diri gue!
Apahal pula dengan aku ni ? Jangan kata aku jatuh cinta! Ugh! Fikir cinta hati kau, HaRam! Ingat Taehyung!
" Jaga rumah. Jangan benarkan sesiapa masuk selain daripada aku. Aku nak keluar sekejap. " Pesan Jimin sebelum kasut hitamnya disarung.
Sekejap.. Itu saja ke? Itu saja yang dia nak cakap? Kalau macam tu, lebih baik tak payah cakap. Bukannya aku peduli sangat fasal dia.
.
.
.
.
DDONG!
12:00 am
Jam berdetik kuat, membuatkan aku tersedar dari tidur panjangku.
" Hm? Bila dia nak balik ni? " tidak puas hati melihat jam yang tertera di dinding, aku mula membuka telefon pintarku. Ikon telefon ditekan. Nombor telefon Jimin direnung dengan perasaan yang tidak boleh diungkapkan.
Jimin kata dia pergi sekejap je, ni dah sampai tengah malam. Eo? Jakkaman!
T-Takkan lah dia kena culik? Mestilah, tak. Dia lelaki, siapa je yang nak culik dia. Aku agak, dia lupa jalan balik. Itulah.. Buat rumah dalam hutan tebal lagi, sekarang dah menyusahkan aku aje.
' Tak apa, tak apa. Kita tunggu sikit aje lagi. Aku yakin, dia tak kena culik. Dia cuma.. Terlupa jalan balik.. ' monologku pada diri sendiri, cuba untuk menenangkan hati.
Tak tahu kenapa, tapi hati aku seakan berdegup kencang pada saat ini. Haih, Park Jimin..
━━━━━━━━━
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, tapi Jimin masih tak balik lagi. Aku memegang perut yang mula berkeroncong. Dah lama sangat aku menahan lapar ni.
Aish, aku tak patut tunggu dia. Aku tak patut risaukan fasal dia- tapi dia seorang sahaja yang aku ada- ASDFGHJKL!! APA KENA DENGAN AKU NI?!
Daripada aku layan perasaan yang entah apa-apa ni, lebih baik aku pergi masak. Perut pun dah mula main drum ni.
Aku masuk ke dalam dapur, dua paket maggi kari dicapai dari rak dapur. Jimin ni balik pun lambat. Mana aje dia pergi sampai lupa kewujudan aku dekat sini..
Air singki dituang ke dalam sebuah periuk kecil sebelum periuk itu diletakkan ke atas dapur. Sebaik saja api dibuka, aku terdengar seseorang menjerit - jerit namaku.
" H-HARAM! S-SAYANG-HIK! BUKA LAH PINTU NI! "
Sayang? Jimin tak pernah panggil aku sayang.. Tapi bila aku melihat melalui tingkap, aku nampak tubuh kecil seseorang yang serupa seperti Jimin.
Api dapur dikecilkan sebelum kaki terus bergegas ke pintu utama.
Tanpa sebarang rasa takut, aku terus membuka pintu itu. Senyuman manis milik Jimin menyapa wajahku. Aku tidak membalas senyumannya, sebaliknya bebelan terus keluar dari mulut kecil aku.
" Apa kau senyum-senyum? Dah la lambat balik. Kata sekejap je, aku tunggu kau sampai tak makan- "
Tidak sempat aku habis membebel, bibir suciku terus dipagut Jimin. Secara perlahan-perlahan, dia menarik pinggang aku sehingga tubuh aku bersentuhan dengan dada bidangnya.
Tanpa disedari, Jimin yang tadi berada diluar rumah, kini sudah pun berada didalam rumah sambil matanya tertutup, menikmati ciuman itu. Apabila terasa aku tidak membalas, dia menggigit bibir bawahku, membuat aku mendesah kecil.
Apabila tersedar apa yang sedang berlaku, mata aku membulat besar. Serta merta, dada Jimin terus ditolak kasar. Aku memegang bibir yang terasa sedikit membengkak. A-Apa yang-
" emm Chimin nuck agi.. " rengek Jimin, kakinya terus bergerak mendekati tubuhku. Dia melihat tubuh ku atas dan bawah sambil menjilat bibirnya secara seksual. Wajah menunjukkan reaksi jijik. Kepala diggelengkan berulangkali.
" J-Jimin.. kau mabuk- "
" Shh, baby. Chimin janji, Chimin buat selowww selowww hehe " Tanpa ada sebarang rasa malu, bibirku terus diragutnya lagi.
Dada bidang Jimin dipukul tanpa henti. Apa semua ni?
Apabila terasa seperti Jimin tidak mahu berhenti, nafas ditarik sedalam mungkin- Maafkan aku, Jimin.
BUK!
" Ugh.. " siku aku menghentak kuat kepala Jimin, membuatkan tubuh Jimin terus jatuh lemah ke atas lantai. Dengan sepantas kilat, aku melarikan diri ke dapur.
Dada dipegang, degupan jantung yang kian berdetak laju, kini sudah bertukar normal semula. Tangan naik menyentuh bibirku yang sudah membengkak..
Apa yang berlaku sebentar tadi.. aku tak nak tahu. Malahan, aku tak mahu ingat.
Apabila mata aku melihat ke arah dapur- oh shot!
Air yang direbus sebentar tadi sudah pun kering kontang.
━━━━━━━━━
Pukul 8 pagi aku sudah sedia mahu memasak sarapan pagi. Mata aku melihat ke arah Jimin, mata dia masih tertutup. Kuat sangat ke aku hentuk kepala dia? Seingat aku, aku buat perlahan je- Jangan marah aku kalau Jimin tiba-tiba hilang ingatan. Sebagai seorang perempuan yang masih mempunyai akal fikiran, tindakan aku itu hanya nak mempertahankan maruah aku.
Ah, tidak mengapa lah! Jimin pasti akan bangun sekejap lagi! Dia penat saja tu.
.
.
.
.
2: 23 pm
Okey, dah lama sangat dia tidur ni. Jangan- jangan, dia dah mati.. tapi aku tak pukul kuat pun!
Muka diraup kasar. A-Aku tak nak masuk penjara! Aku tak bunuh sesiapa!
Tubuh Jimin yang masih lengkap berpakaian segak itu, didekati sebelum pergelangan tangannya diperiksa. Jakkaman, macam mana nak periksa nadi orang, eh? Aku nampak tangan dia okay saja tapi aku selalu tengok dekat televisyen, banyak yang buat CPR- Tapi nanti mesti Jimin kata aku saja nak ambil kesempatan atas diri dia! Ugh!
Perlahan-lahan, aku mula mendekatkan telinga aku pada dadanya.
DUP!DAP!DUP!DAP—
DUPDAPDAPDAP!
Mata aku terus membulat tatkala lengan kekar milik Jimin tiba-tiba melilit pinggangku, memeluk tubuh aku erat.
" J-Jimin? Jimin! Kau masih hi- "
" HaRam, aku tahu segalanya tentang hubungan kau, Jungkook, Areum dan Kim Taehyung. Aku sudi tolong kau tanpa dapat sebarang ganjaran tapi aku cuma minta supaya kau jangan dekati Kim Taehyung lagi. Dia berbahaya. A-Aku tak sanggup kehilangan kau.. "
━━━━━━━━━
TO BE CONTINUE
UWU UWU AKU NAK PENGSAN JAP BAI HAHAHAHAHAHAHAHAHAH weh aku takleh caye aku type benda ni :'D aku inesen weh sumpah naim daniel :'D
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top