08 | Inedible
▬▬▬▬▬▬▬
SEPANJANG pemanduan, Jimin langsung tidak bersuara. Niat dihati ingin membuat mulut, akan tetapi bila difikirkan semula, aku pasti akan dipulau Jimin. Aish! Memalukan diri sendiri aje nanti!
Keluhan kecil dilepaskan. Pandangan dilempar keluar tingkap kereta, melihat titisan air hujan yang perlahan-lahan jatuh dari permukaan cermin kereta. Dengan lagu 90-an yang sedang dimainkan, lagilah membuat aku mahu masuk ke alam mimpi.
" Woi, kau jangan tidur. Kita dah nak sampai ni, " cepat - cepat aku membuka kelopak mata apabila tiba-tiba ditegur Jimin. Matanya masih melekat dihadapan, fokus pada pemanduan.
" Jimin, em aku nak tanya sikit ni.. Siapa yang telefon kau tadi? Sejak bersayang-sayang bagai, awek ke? " Soal aku dengan sengihan nakal terukir dibibir, tetapi Jimin hanya membuat bodoh, mengabaikan soalan aku.
Aku mendengus geram. Kan aku dah kata. Jimin ni suka pulau aku.
Tangan disilangkan didada, aku memusingkan badan, mata ditutup rapat. Sudah lah. Malas aku nak cakap dengan orang bisu. Daripada aku layan dia, baik aku ti-
" Kita dah sampai. " Sebaik saja kelopak mata dibuka, pandangan mata dihadiahkan dengan sebuah istana kaca.
Woah, seriuslah ini rumah Jimin? Jinjja daebak! Sudah lah rumah diperbuat daripada kaca, paling menariknya, ia terletak dalam hutan! Tak tahu nak kata apa, tapi inilah rumah idaman aku sejak kecil lagi!
Masih terpegun melihat rumah Jimin, peringatan si pemilik rumah langsung membuat aku tercekik air liur sendiri.
" Dalam rumah ni, aku ialah raja dan kau pula hanya seorang hamba. Jadi, segala benda yang aku buat pada kau dalam rumah ni, akan kekal selamanya didalam rumah ni. Dan sebagai peringatan untuk kau, aku tak terima sebarang bantahan. Faham? "
Aku terdiam. Raja? Hamba? Woah, melebih dah anak Park ni. Daripada aku jadi hamba dia, lebih baik aku balik rumah Taehyung- tapi aku taknak masuk penjara! Ugh kenapa lah aku dilahirkan dalam dunia yang menyusahkan?!
" Faham tak? " sekali lagi Jimin menyoal. Aku sekadar mengangguk perlahan. Tidak mengapa, 4 hari saja aku duduk sini. Selepas itu, aku dah boleh balik. Lagipun, Taehyung mana tahu aku balik awal. Dia takkan tahu punya, sedar - sedar je aku dah balik seperti yang dijanjikan.
Aku balik selepas seminggu, Taehyung putuskan tunangan dia dengan Elisa dan aku akan dapat Taehyung buat selamanya! Ah! Pandainya aku ni!
Aku melihat ke sisi kanan, Jimin sudah pun melangkah keluar daripada kereta dan sedang menuju masuk ke rumahnya.
Jimin ni cepat - cepat nak gi ane? Tandas ke? Hehehehe
Aku pun melangkah keluar kereta. Pintu ditutup, baru satu langkah ke hadapan, aku terus teringatkan sesuatu yang aku tertinggal.
Nama Jimin dijerit kuat, takut dia tak dengar. Iyalah, dia tu sudah lah kadang-kadang bisu, mana tahu pendengaran dia pun terjejas sekali-
" Jimin! Beg-beg aku.. macam ma- "
" Kau punya, kan? Bawa lah sendiri. " cantas Jimin sebelum dia meninggalkan aku dan mula memasuki rumahnya. Aku tercengang. Tak gentleman langsung lah dia ni! Apa dia ingat-
Ah lupa, aku kan hamba.
━━━━━━━━━
" Buka stokin aku. " Nafas ditarik dalam-dalam, iris mata aku menatap muka tidak bersalahnya. Aku baru saja sampai depan rumah dia, dia dah mula arahkan aku macam - macam! Beg pun aku tak letak dalam bilik lagi! Ya tuhan! Geramnya aku!
Aku rasa, kalau aku duduk sini lebih dari 4 hari, aku akan jadi gila.
" Maafkan saya jikalau apa yang saya tanyakan ini agak kurang ajar tapi- KAU NI OKU KE APA?! BUKAK STOKIN SENDIRI PUN TAK BOLEH! CACAT AKAL DAN FIZIKAL KE?" Jimin langsung tidak terasa malahan dia hanya menghulurkan kedua belah kakinya yang masih tersarung stokin hitam.
Takpe Jimin. Hari ni hari kau, esok hari aku pulak.
Perlahan-lahan, aku mendekati kaki Jimin. Stokin dibelah kaki kirinya baru dibuka separuh- YA TUHAN! BUSUKNYA!
Mahu saja aku menjerit sekuat hati tetapi aku hanya mampu bersabar.
4 hari je. 4 hari je lagi selepas itu, semua ini dah tamat. Aku dah boleh balik, aku dah boleh dapat kebahagiaan yang bertahun lama aku impikan! Taehyung dan aku, berjalan di pesisir pantai sambil memegang tangan-
" Woi! Aku baru suruh bukak stokin, belum suruh masak, cuci tandas, kemas rumah lagi.. kau dah termenung seorang diri. Gila ke? " aku tersedar dari lamunan. Shit. Jimin ni suka kacau daun.
Jelingan maut dihadiahkan pada Jimin sebelum kedua-dua stokin dikaki nya dibuka kasar.
" Dah bukak. Sekarang, tunjuk aku mana bilik aku. Aku nak tidur- "
" Takde bilik untuk kau. Semua bilik dalam rumah ni, termasuk bilik stor, semua dah penuh. Tapi masih ada ruang lagi dalam tandas. Kau boleh lah tidur kat sana. Jangan risau, tandas rumah aku bersih. Cuma kurang selesa sikit sebab berhantu. Biasalah rumah dalam hutan- hehe. "
━━━━━━━━━
Baru seketika tadi aku disuruh tidur dalam tandas, sekarang Jimin suruh aku masakkan dia makanan malam pula!
OH TUHAN! KAU BUATLAH PARK JIMIN BETUL - BETUL JADI CACAT!
Sekarang aku berada didalam dapur, sambil memasak- aku pun tak tahu apa yang aku dah masak tapi aku yakin Jimin pasti akan kena cirit birit! Ehe!
Garam ditaburkan segenggam, gula diletakkan separuh paket, tepung jagung sikit, kicap satu botol- dan bahan kesukaan aku, cili paling pedas didalam dunia, Carolina Reaper! Hihihi padan muka kau, Jimin! Raja konon. Raja kepala kucing dia lah.
Selepas beberapa minit, semangkuk mee hitam dihulurkan pada Jimin.
" Nampak menyelerakan. Bau pun sedap. Rasa? Harap tak mengecewakan haha!, " aku menggigit bibir, menahan ketawa daripada terlepas. Heh, rasa dia memang takkan mengecewakan. Rasain loh Jimin!
" Cepat lah makan! Sedap aku buat tu! " Aku menjerit kecil apabila dia terlampau lambat nak masukkan satu suapan dalam mulut. Dia menjongket kening kirinya, bibirnya mula tersenyum sinis.
Eh sekejap, jangan kata dia dah tahu apa yang aku buat-
" Sedap eh? Apa kata kau makan dulu, nak juga aku tengok kau reaksi kau macam mana. Mana tahu, kau letak racun ke, kan? hahahaha "
Aku terdiam, terkaku, terkedu, aku tak sepatutnya cakap apa - apa, sekarang aku yang merana.
" Silakan makan. "
Aku rasa nak carut je sekarang ni. Dengan tidak kerelaan hati, aku menarik kerusi sebelum punggung dilabuhkan. Mangkuk yang dipenuhi mee itu diambil. Bau diambil dahulu sebelum aku melihat keadaan mee itu.
Tak nampak teruk sangat. Mungkin rasa dia pun takkan teruk lah, kan?
Mataku naik melihat wajah Jimin dahulu sebelum satu suapan disua kan ke dalam mulut. Mee kuning itu dikunyah perlahan, em rasa dia macam-
Mulut ditekup apabila terasa anak tekak mula mengembang, kaki terus berlari ke arah singki sebelum memuntahkan semula mee itu.
Dapat aku dengar ketawa setan Jimin bila dapat tahu aku sudah termasuk perangkap sendiri. Dia tersenyum sinis sambil mata masih melihat aku yang masih sedang membersihkan mulut. Masih terasa masin, manis, pahit, pedas-
YA TUHAN! KENAPA TERUK SANGAT RASA BENDA ALAH NI!
━━━━━━━━━
TO BE CONTINUE
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top