07 | Back Home
▬▬▬▬▬▬▬
HaRam's POV
KEPALA yang terasa berat dipegang. Perlahan - lahan, kelopak mata aku dibuka, melihat kawasan sekeliling. Ah, macam mana aku dah boleh ada dalam khemah Aera?
Tiba - tiba, seseorang mula membuka zip khemah.
" HaRam? Kau dah okey? Tuan Park kata kau mabuk teruk semalam, " perlahan kepala digelengkan. Aku? Mabuk? Sejak bila?
Bukan ke semalam aku dengan Jimin sedang menari dibawah bulan dan bintang?
Eceh, ayat.
" Seriuslah, kau tak ingat apa - apa? Ke kau dengan Tuan Park ada- "
" Takde. Kitaorang saling tidak suka so jangan buat andaian sendiri. " cantas aku laju, menghalang dia dari terus memikirkan yang benda bukan - bukan fasal aku dan Jimin.
" Apa kau cakap ni? Aku nak tanya benda lain lah, " terang Aera hairan sebelum menggelengkan kepalanya. Dia meletakkan sebuah dulang diatas selimut nipis yang menutupi separuh daripada badanku.
" Tuan Park suruh bagi kau. Katanya, kau kena ada tenaga sikit dari aktiviti kecil yang korang buat semalam. Aku tak faham apa maksud dia tapi tolong simpankan sekeping penkek tu untuk aku ehehehe " dia mengenyitkan sebelah matanya sebelum berlalu pergi.
Maaf, Aera-shi. Aku bukan jenis yang suka berkongsi.
Baru saja aku mahu melantak semua makanan yang berada diatas dulang itu, aku ternampak sekeping nota kecil yang terselit dibawah secawan kopi panas.
' Keep your stomach full, sleeping beauty! See you around 5 am. Hope you don't choke on the pancake ;)
- Daddy Jimin '
Tanpa sedar, aku mula tersenyum seorang diri.
Daddy Jimin, huh? Kinky.
Hati aku bagaikan mahu tercabut apabila teringat semula perkara paling bodoh yang aku pernah buat semalam!
Muka ditekup, alamak! Malu pula nak jumpa Jimin petang nanti!
Mesti dia akan ejek aku, kan? Iyalah, aku baru teringat yang aku cuba untuk cium dia kut! Dengan bibir yang memuncung macam itik- ah sudah lah! Kenapalah aku suka memalukan diri sendiri?!
Baru saja mahu bangun dari katil, tekak aku tiba terasa gatal. Tanpa menunggu banyak masa, aku terus berlari ke tandas perempuan yang terdekat.
Memuntahkan segala isi perut, aku memegang kepala yang terasa berat. Mata mula menjadi kuyu- aish! Aku terlupa nak makan ubat!
Segera aku berlari ke khemah semula, mencari jikalau ada nampak kelibat ubat yang dicari tetapi,
malangnya tiada.
Kepala yang semakin berat dipegang. Aish! Badan aku semakin panas. A-Aku kena pergi beli cepat..
Rambut tidak disikat, baju malam yang langsung tidak ditukar, selipar disarung ala kadar sebelum aku terus berlari keluar dari khemah.
Hwang Hwanyoung yang sedang meniup beberapa buah belon sebelum diikat ketat. Peluh yang menitis dari dahiku, tidak diendahkan sebaliknya aku terus mendekati dirinya dengan lebih pantas.
" H-hey! B-boleh erm saya nak mintak tolong- uhuk! " percakapan aku terhenti apabila batuk mula mendahului.
" Cik? Cik okey? " dia nampak begitu risau tetapi juga terlalu hairan. Aku terduduk apabila darah mula mengalir keluar dari lubang hidung aku.
" Oh tuhan! Cik? Cik tunggu sini sekejap, s-saya akan panggilkan ambulans- " lengannya laju dicapai. Aku menggelengkan kepala, menidakkan cadangannya tentang memanggil ambulans.
" Tolong. " sepatah saja aku boleh berkata. Nak simpan oksigen sebab oksiJeon aku dah takde- eh
" C-Cik? " lengannya perlahan - lahan dilepaskan dari genggaman tanganku sebelum aku mula bersuara,
" S-Saya nak balik. "
━━━━━━━━━
Bagasi - bagasi aku yang dipenuhi baju, ditarik perlahan - lahan sampai mendekati stesen bas yang kelihatan sangat usang.
Jam yang terletak sempurna ditangan, ditilik sekilas. Aish.. Baru pukul 4 : 55 petang. Takkan lah takde bas langsung lalu dekat jalan raya ni?
Mata melihat sekeliling. Keluhan kasar dilepaskan perlahan. Memang langsung tiada sebuah kenderaan pun yang lalu sini. Ini jalan raya ke jalan mati?
Peluh yang membasahi dahi, dilap licin. Kereta buat hal, aku yang terpaksa jalan kaki. Habis terbakar lemak-
Alamak! Aku patut terima je pelawaan assistant Jimin tentang nak hantarkan aku balik! Aish! Bodoh sombong betul kau ni, HaRam!
Eh tapi! Kalau dia orang hantar aku balik, dia orang mesti akan hantar aku ikut alamat rumah yang tertera pada borang yang aku isi sebelum sertai program merapu ni..
Maksudnya, aku akan dihantar balik ke rumah Taehyung! Eh! TAK BOLEH! TAK BOLEH! Aku baru 2 hari dekat sini! Kalau Taehyung nampak aku, dia akan bunuh aku! Ugh, tak nak! Tak nak! Aku tak nak mati! Aku belum merasa malam pertama lagi!
Kepala diketuk beberapa kali pada tiang stesen bas itu. Haih.. Nasib baik, kereta ni buat hal selepas aku dah beli ubat.
Sebiji Panadol dicampak masuk ke dalam mulut. Disebabkan air mineral aku terlupa nak beli, aku terpaksa telankan saja ubat pahit ni.
Ubat ni kalau tersangkut pada tekak aku, memang mati tercekik aku dekat sini..
PIN! PIN!
Eh, ada kereta! Kereta Mercedes tu- sekejap. Kereta tu macam aku kenal..
Laju kereta Mercedes itu menghampiri stesen bas usang itu.
Ia berhenti betul - betul dihadapan aku. Perlahan - lahan, aku mendekati kereta itu.
Tingkap kereta yang ber-tinted hitam itu, diturunkan kebawah.
" Hey cik adik, kereta rosak ke? HAHAHAHAHA " Park Jimin terus melepaskan tawa setannya sambil memerli kereta kancil aku yang berwarna pink, sudah pun tersidai ditengah - tengah jalan raya. Dia memakai spek mata hitamnya sebelum tingkap kereta dinaikkan ke atas.
VROOM!
Kereta mewah itu terus memecut laju, pergi meninggalkan aku yang terkesima dengan perangai mintak kaki Park Jimin.
Darah aku membuak - buak naik. Berani dia hina kereta Hello Kitty aku?!
" Blah lah woi! Ingat orang heran sangat ke dengan kereta hodoh kau! Dah la kereta hodoh, owner pulak bodoh! Mintak kena uli jadi doh! Argh! Geram aku! " rambut dikusutkan, geram. Kaki dihentak - hentak, protes dengan perangai mintak kaki Jimin.
Tiba - tiba, kereta mewah itu datang semula.
Kali ini, dia membuka pintu belakangnya sebelum mengambil bagasi - bagasi aku dan diletakkan dibelakang bonet kereta.
" Apa tunggu lagi? Masuk lah. Ke kau nak bermalam dekat sini? Aku dengar, tempat ni keras-" tanpa banyak soal, aku terus memasuki kereta itu. Park Jimin tersengih sebelum telefonnya yang dari tadi berdering, dibawa keluar dari kocek seluar.
" Hey, sayang. Kenapa call? "
━━━━━━━━━
TO BE CONTINUE
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top