06 | Dance With Me
▬▬▬▬▬▬▬
HaRam's POV
MUSIK bergendang didalam telinga. Mataku naik melihat Jimin yang sedang memberi tahu tentang peraturan untuk permainan ini.
" Permainan ni simple. Nampak tak, paket kacang dekat tepi sana? " Kacang? Kepala aku terus menoleh ke arah tempat yang ditunding Jimin. Itu bukan ke kacang tanah?
Tolong la kata yang dia nak buat nasi lemak-
" Seperti yang kamu semua sudah agak, kita akan bermain baling dan tangkap. Lelaki akan membaling kacang dan yang perempuan haruslah menangkap menggunakan mulutnya. Pasangan mana yang paling sikit mendapat kacang, akan didenda. Dan.. Jikalau sesiapa didapati menipu didalam permainan ini, dia akan auto disingkirkan. Ada faham? "
Ah sudah. Aku nak balik.
Baru saja mahu beredar dari situ, lengan aku tiba ditarik seseorang. Membuatkan badanku terdorong, seperti magnet, badan aku melekat pada tubuh sasa seseorang itu. Tangan kananku automatik memegang dada lelaki itu, menghalang diri daripada jatuh tersembam seperti nangka busuk.
" Oh, nampaknya Cik Kang sudah tidak sabar untuk bermain permainan ini bersama saya, ya? Hahaha! " Jimin ketawa kuat, begitu juga orang - orang yang berada disitu.
Aku terdiam. Tak tahu nak fikir tentang apa sekarang ni. Antara nak pijak kepala semut - semut yang ketawakan aku ni atau nak terus berada didalam posisi begini.
Berada begitu dekat dengan tubuh sasa Park Jimin, tiada ruang langsung diantara kami, sehingga aku boleh merasakan degupan jantungnya.
The heartbeats feels very calming,
Yet he's being so freaking annoying.
Perlahan - lahan, dia mula melepaskan lengan aku tatkala terasa dirinya seperti asyik diperhatikan. Aku mengundur kebelakang seraya menggosok leher, sedikit janggal dengan situasi sebentar tadi.
" Uh.. Jadi, sesiapa yang ada alahan pada kacang, boleh lah- " laju aku mengangkat tangan. Jimin melihat aku sebelum meletus tawanya.
" Cik Kang, tiada gunanya menipu saya. Saya tahu yang Cik Kang tiada alahan langsung pada makanan. Dengan lelaki, mungkin ya- hahaha! " dia tergelak lagi.
Aku rasa, Jimin tengah nak api - apikan Jungkook. Kerana dari riak wajah Jungkook saja, aku sudah tahu yang dia sedang menahan marah.
Dia tidak berubah.. Tetap sama. Panas baran, sama tika kami disekolah tinggi dahulu.
" Sesiapa ada soalan? " Aera mengangkat tangannya tinggi. Jimin menggangguk, benarkan Aera untuk ajukan beberapa soalan padanya.
" Saya nak tanya, bila permainan ni nak start? Saya dah penat- "
" Permainan ini akan bermula bila awak tutup mulut awak, cik Aera. " ZZAP! Confirm, tersentuh dihati Aera.
Tanpa menunggu lama, Aera terus berlari memasuki khemahnya semula.
Hati tisu dikesan.
" So, lets the game begin! "
━━━━━━━━━
Author's POV
" Taehyung.. Awak rasa betul ke apa yang awak buat tu? Itu kan anak- "
" Dia tu anak kawan saya. Suka atau tidak, saya kena buat jugak. " cantas Taehyung sambil menutup mata. Agak penat selepas membuat aktiviti ' tarik sorong ' selama 2 jam.
" Tapi, HaRam tu budak yang baik. Takkan lah kita nak perdayakan dia macam tu sekali? S-saya bukan apa.. Saya cuma kesian.. " terang Elisa yang sedang melentokkan kepalanya diceruk leher Taehyung.
Taehyung mengeluh kasar. Tubuh Elisa yang tidak berbaju, ditolak sedikit supaya senang Taehyung mahu bangun dari pembaringannya.
" Habis tu, macam mana dengan anak kawan saya? Dia pun budak baik. Dia cuma nak membalas balik apa yang HaRam dah buat dekat dia. Lagipun, bukan saya yang akan pergi bu-.. " Taehyung terdiam apabila melihat keadaan Elisa.
She's will shivering when hears that word.
Bunuh.
━━━━━━━━━
HaRam's POV
" Balinglah tinggi tinggi sikit! Kau baling macam pondan aku tak dapat tangkap- "
" Itu masalah kau la! Dah lah noob, bodoh pulak tu- " mata lelaki yang sedang memakai kopiah itu terus membulat. Dapat terdengar carutannya terlepas dari corong telinga aku.
Baru saja lelaki berkopiah itu mahu merentap kolar lelaki botak itu, cepat cepat Jimin menghalang.
" Aku dah kata, lelaki dengan lelaki tak dibenarkan. Nak meng-gay aje kerjanya, sekarang kau dah kalah. Ha, sila berambus. "
Eh straightforward pulak mamat pendek ni. Mata aku terus naik melihat mereka. Dua lelaki yang baru saja mahu bergaduh itu, terus menangis seperti 'bayi yang sedang sedap menghisap puting lalu dicabut dari mulutnya' sebelum berlari memasuki khemah mereka semula.
Well, that's weird.
Tiba - tiba lengan aku ditarik, automatik mendorong tubuh aku sekali.
" Now, it's our time, darling. " okey, ada sesiapa nampak baldi? Aku nak muntah dah ni.
Jimin mula mengeluarkan sebiji kacang dari paket plastik itu. Aku dah mula rasa gemuruh. Dulu aku banyak kali buat benda ni dengan Jungkook.. Aish!
Kornea mata naik melihat mereka yang sudah menunggu diruangan pemenang. Senyuman sinis tidak lekang dari bibir si anak Jeon.
Mata aku mula melihat sekeliling, tiba - tiba suara Aera memenuhi kawasan sunyi sepi itu, d-dia jerit nama aku?
Aku tersedar dari lamunanku sebelum terus memandang kehadapan-
" Auch! " dahi dipegang, terasa sakit sedikit. Jimin dah baling kacang tu dan kacang tu mendarat betul - betul atas dahi jendul aku.
Tak- tak! Dia tak lambung macam mana Areum dengan Jungkook buat. Dia baling laju - laju dekat muka aku!
DIA INGAT AKU NI DOLPHINE KE?
Mata naik melihat Jimin, oh nampak tak senyuman suka dia tu? Dia memang nak kalah dalam permainan ni, kan? Nak memalukan aku depan orang ramai? Tch.
Satu kacang dibalingnya lagi, pantas mulut aku menangkap. Lagi, lagi, dan lagi.
Paket plastik kacang yang sudah kosong itu, dibuang masuk ke dalam tong sampah.
" Keluarkan. " dia ingat aku ni anjing dia ke main arah arah pulak?
Dulang besi yang telah disediakan diatas meja itu, menjadi tempat aku mengeluarkan semua kacang tadi. Jimin kata, kacang tu tak boleh ditelan apatah lagi dimakan. Kalau makan jugak, markah takkan dikira.
Merapu gila permainan ni. Aku balik nanti, aku akan pastikan aku tulis semua benda ni dalam diary aku.
" 24.. 25.. 26.. 27.. 28.. 29- okey ada 29 biji kacang dalam mulut dia. So, may i know who break the record, Hwanyoung? " Hwanyoung, wanita muda yang memberi taklimat semasa Jimin sakit dibahagian alat sulitnya itu, mula mengeluarkan sekeping kertas.
Mata dia yang sudah tersedia bulat itu terus menjadi semakin bulat- tak aku bukan lesbian. Aku cuma suka perempuan bermata bulat-
" I-It's mister Jeon Jungkook and miss Bae Areum, Mister Park. "
━━━━━━━━━
Author's POV
HaRam duduk ditepi kolam, mengenang nasibnya yang semakin sendu dari hari ke hari. Kalah dengan bekas boyfriend, betul membuatkan dia menyampah lagi apabila melihat tangisan palsu Areum apabila menang tadi.
Bukannya aku kalah teruk dengan Jungkook. 1 lagi kacang je.. Tch, ni semua salah Jimin! Sesedap nenek dia je main baling je kacang tu masa aku tengah mengelamun. Paling kurang pun, tun-
" Hey? Kau masih marah dengan aku ke? " tangan seseorang yang memegang bahu HaRam terus ditolak kasar.
" Diamlah. " sepatah saja yang keluar dari mulutnya. Seperti mahu berbaik semula, Jimin terus melabuhkan punggungnya disebelah HaRam.
" Tepilah sikit. "
" Biarlah, ini bukan tanah bapak kau. " HaRam tersentak. Perlahan -lahan, kepalanya dijatuhkan.
Jimin yang berada disebelah HaRam mula terdengar seperti esakkan kecil seseorang. Kepalanya terus menoleh ke arah HaRam.
" Y-Yah.. kau menangis ke? " kepalanya disengetkan, cuba untuk melihat sedikit wajah Kang HaRam.
Jimin mengeluh kasar apabila HaRam tidak menjawab soalannya. Dia paling tidak suka orang tidak menjawab soalannya. Terasa bagaikan dirinya tidak dihiraukan.
HaRam bukan apa.. Dia cuma rindu akan si mendiang appa dan ommanya- atau ianya boleh jadi yang disebaliknya.
" Hey, hey, HaRam, aku minta maaf, okey? Aku tak tahu kenapa kau tiba - tiba menangis tapi kalau sebab game tadi tu, aku minta maaf. Aku- " makin kuat esakkan wanita itu.
" Alahai.. Kau ni janganlah menangis. Aku tak suka lah tengok kau sedih - sedih. Maafkan aku? " HaRam terus menaikkan wajahnya, melihat Jimin yang sedang meminta maaf padanya.
Aku tengah bermimpi ke? Jimin? Lelaki annoying tu? Minta maaf dekat aku? Ffuh, tak sia - sia aku masuk bidang lakonan HAHAHAHAHAHAHA
Tangan kecil molek Jimin naik menyelit juntaian rambut HaRam, membenarkan Jimin untuk melihat wajah perempuan itu.
" Beautiful, " hujung hidung HaRam dicubit manja, HaRam terus melepaskan ketawa kecil. Manakala Jimin pula, hanya sekadar tersenyum nipis.
Lagu Sway yang dinyanyikan oleh Michael Bublè, dimainkan oleh DJ yang berada jauh didalam kem itu.
Jimin langsung bangun dari ruput itu, seluarnya ditepuk - tepuk sebelum tangan dihulurkan pada HaRam dengan gaya yang paling sopan.
" Would you dance with me, milady? "
━━━━━━━━━
TO BE CONTINUE
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top