05 | Rip Jimin's Junior


▬▬▬▬▬▬▬


DONG! DONG! DONG!

" Bangun lah kamu semua wahai manusia akhir zaman! Bersiap lah cepat kerana siapa tak makan, takde masanya aku nak tunggu kau! " aku yang baru saja mahu melelapkan mata, terus terjaga semula apabila seseorang tiba menjerit dengan suara yang lantang sekali sambil mengetuk sesuatu.. Bunyi macam periuk-

Segera aku mengambil bantal sebelum ditekup kedua - dua belah telingaku. Mata cuba ditutup serapat yang mungkin tetapi semuanya hanya sia - sia.

Sepanjang malam, aku tak boleh tidur. Serius, minah tu berdengkur macam khinzir kena sula. Kucing aku pun tak berdengkur seteruk tu. Aku rasa macam gegendang telinga aku dah nak pecah. Nasib baik dia dah blah.

Buat seketika, kebisingan yang berlaku diluar khemah sebentar tadi, terus menjadi sunyi sepi.

Akhirnya, aku dapat tidur dengan aman!

Selimut nipis itu ditarik menutupi separuh badanku sebelum bantal yang keras seperti batu itu ditepuk - tepuk sedikit.

Kepala dilentokkan, kelopak mata baru saja mahu ditutup-

Aku hanya mampu tersenyum hambar tatkala Encik Park Jimin membuka zip khemahku dan mula mengetuk periuk hitam dia berkali - kali dihadapan muka aku.

Sabar, HaRam. Sabar itu ialah separuh daripada-

" BANGUN LAH WAHAI ANJING! KAU FIKIR, MASA TU TAIK KE SENANG - SENANG JE KAU TERAN PASTU BUANG? BANGUN ANJING, BANGUN! " mulut aku ternganga.

D-Dia panggil aku.. Anjing? Perempuan cantik plus gorgeous macam aku ni dia panggil.. ANJING?!

Bantal kepala yang sekeras batu itu diambil sebelum dicampak kuat pada bahagian alat sulitnya.

BUK!

Park Jimin akhirnya jatuh menyembah bumi.

" Ark.. masa d-depan a-aku... t-tak guna k-kau.. " tuturnya gagap, dia merengek kesakitan tidak ubah seperti seekor anak anjing tersepit ekor.

" Ops.. Maaf. Tak nampak pulak anjing tengah menyalak huehuehue, "

Senyuman tidak bersalah ditayangkan sebelum kasut tinggi yang berada disebelah aku diambil dan terus berlari keluar daripada khemah itu.

Baru keluar dari khemah, bahu aku terlanggar dengan minah berdengkur itu. Nampak macam dia sedang tergesa - gesa nak masuk khemahnya semula. Tanpa melengahkan masa, aku terus berlari tanpa sebarang kasut dikaki, meninggalkan dia yang kelihatan sangat bingung.

" Eo? Kenapa dengan- ARGH! ENCIK PARK! ENCIK PARK MACAM MANA BOLEH ADA DEKAT KHEMAH SAYA? APA YANG TERJADI? ENCIK PARK OKEY KE? ENCIK PARK? ENCIK PARK DENGAR SAYA TAK? EH? ENCIK PARK DAH NAK MATI KE? HELO? "

━━━━━━━━━

Aku berkumpul didewan yang sama aku terjumpa Areum dengan Jungkook. Syukur, aku tak nampak mereka pada pagi ni.

Straw plastik yang melekat ditepi kotak susu pisang ini dicabut sebelum dicucuk masuk. Mereka tak sediakan kerusi, terpaksalah aku duduk bersila atas lantai simen ni.

Terasa macam dekat sekolah tingkatan dulu.

Air disedut sedikit. Ah.. lega sikit tekak aku daripada berlari maraton tadi.

Harap - harap, encik Jimin punya junior masih elok disana-

" Perhatian kepada semua peserta program ini. Dukacitanya saya memaklumkan bahawa, Encik Park tidak dapat bersama kita pagi ini akibat kecederaan berat dibahagian intim beliau- okey itu saja. Semoga kamu semua mendapat hari yang ceria! " aku sekadar mendengar dan melihat wanita yang berumur 20-an itu ditarik supaya turun daripada pentas oleh seorang wanita berumur 40-an. Mungkin, itu mak tiri dia.

Eh. Macam dalam cerita Jinderella-

Apabila terasa seperti kawasan dewan itu mulai rengang, aku segera menggutip kesemua sampah sarap yang aku dah buat sebelum mendekati tong sampah yang berdekatan dengan sebuah dinding.

Tiba - tiba, lengan aku ditarik, membelakangi dinding tersebut. Automatik badan aku juga terdorong.

" Yah! Apa awak buat ni?! Lepaskan saya lah! " tangan kekarnya cuba direntap dari pergelangan tanganku tetapi cengkamannya begitu kuat sehingga aku dapat merasakan tulang tangan aku macam nak patah.

" HaRam, kau buat apa dekat sini? "

Tch. Sibuk aje nak tahu. Pergilah bersemut - semut balik dengan Areum kau.

" M-Maaf. Saya tak kenal awak. Sekarang, lepaskan tangan saya! " tuturku penuh keyakinan, mengharapkan dia bakal melepaskan aku tetapi sebaliknya dia hanya tersenyum sinis.

" Dari riak wajah kau.. Aku sudah tahu yang kau masih kenal aku... Kang HaRam."

Aish! Lakonan aku tak cukup bagus ke atau semasa dia kecil kecil dahulu, dia tak pernah terminum semut?

Ugh! Tak kisah lah! Aku kena berlakon macam tak kenal dia, barulah aku boleh move on!

" Aku rindukan kau- " tangan kanannya yang mahu naik membelai sisi wajahku, segera ditepis kasar.

Berani dia nak pegang muka flawless aku dengan tangan menjijikkan dia tu? Santau menantimu, Jeon Jungkook!

" Saya dah kata, saya tak kenal awak! Lepaskan saya! Tolong! Seseorang, tolong saya! " jeritku kuat. Cepat - cepat dia melepaskan tangan aku.

Hah! Mengelabah terus! Pengecut! Haktuih!

" Kali ni saja kau terlepas. Kita masih ada 6 hari lagi disini, baby, " sempat lagi dia mengenyitkan sebelah matanya sebelum sebuah flying kiss diberi.

Aku dah tak nak teruskan benda bodoh ni lagi! Aku nak balik!

━━━━━━━━━

Malam sudah pun menjelma. Aku terfikir nak balik esok. Lantaklah, kalau Taehyung nak marah. Pasal deal tu pun, aku dah tak kisah.

Masuk penjara lebih bagus daripada menghadap muka jantan keparat tu.

" Kang HaRam, kan? Nama saya Aera. Park Aera. Maaflah sebab tak kenalkan diri semalam. Saya sebenarnya- " tidak sempat dia nak menghabiskan sesi bebel Wan Peahnya, bunyi ketukkan besi yang kuat menarik perhatian aku.

DONG!

" Masuk dalam bulatan semua! Satu lagi permainan bakal bermula sebelum kamu semua boleh kembali ke khemah masing - masing, " arah Park Jimin. Oh.. nampaknya junior dia dah okey-

" Jom? " Aera menarik tangan aku untuk menyuruh aku bangun dari dudukku.

Dengan ketidakrelaan hati, aku bangun dan perlahan - lahan mendekati bulatan itu. Punggung dilabuhkan disebelah Aera. Dia nampak seronok sangat untuk main permainan tak matang ni.

" Game yang kita akan main ini adalah game secara berkumpulan. Setiap seorang puteri akan ada puteranya.... "

Ugh! Ini yang aku lemah ni. Aku mana ada kawan lelaki dekat sini. Lengan aku digoncang kuat oleh Aera. Minah ni aku tampar jugak kang-

" Jom weh dengan aku! Aku jadi pwinces, kau jadi putera kacak! Argh! Sweetnya ki- "

" Maksud saya, lelaki dengan perempuan sahaja. " cantas Jimin. Mata helang aku menikam tajam anak mata berwarna kelabu Jimin. Dia sekadar menayang wajah tidak bersalahnya.

Mamat ni! Macam mana dia boleh bangun balik? Bukan ke aku baling bantal keras tu kat junior dia pagi tadi?

" Ala.. Takpela. Next time, eh? " aku sekadar menggangguk. Aera terus berjalan mendekati seorang lelaki, meninggalkan aku keseorangan dihadapan kayu api.

Kepala menoleh kebelakang sebelum terus dipusing kehadapan kembali.

Tch, apalah yang aku harapkan ni? Mestilah Jungkook akan bersama dengan Areum. Tiada masanya dia nak bersama aku. Dalam mimpi, mungkin ya atau mungkin tidak. Ah lantak! Tak nak fikir Jungkook ataupun Taehyung lagi dah!

" Dan...! Kepada sesiapa yang takde partner.. Boleh lah jadi partner saya muehehehehe " tutur Jimin sebelum melepaskan ketawa setannya. Matanya tidak beralih daripada aku. Aku tersentap.

Tch, dasar Park Jimin! Ini semua idea dia! Tak guna, tak guna, tak guna! AKU BENCI DIA!

Tangan bersaiz kecilnya dihulur padaku. Aku membuat muka poker. Oh, tolonglah! Takde masa lah aku nak berpasangan dengan-

" Atau, Encik Jeon nak tolong gantikan sa- " tangannya terus dicapai. Aku mendekati cuping telinganya sebelum-

" Park. Jimin. Berhenti. Kacau. Kehidupan. Aku. " satu persatu patah perkataan ditutur. Jimin hanya tergelak 'HAHAHAHA' kau fikir, lawak ke bangang?

" I can't, babe. You're like a diamond to me. Too precious to let go. " ujarnya lembut sebelum pipiku diciumnya sekilas. Aku terkedu sebelum menjauhi tubuh badannya.

Mukaku mula memerah, jantung pula tidak berhenti mengepam darah laju.

Park Jimin.. apa kau dah buat dekat aku ni? Aku santau kat nanti-

" So, shall we start the game? "






━━━━━━━━━

TO BE CONTINUE

—Notes; Gais, aku harap korang bersabar dengan late updatenya. Aku tengah edit story ni. Nanti bila dah habis edit, aku akan update seperti biasa. Harap aku tak malas lagi-  AMINNNN

By the way, Kim Taehyung ucap goodnight ;)❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top