04 | Coincidence? Nah
▬▬▬▬▬▬▬
TOK! TOK! TOK!
"Jakkaman!" laung Taehyung dari dalam bilik pejabatnya. Aku terpaksa menunggu sebelum pintu itu dibuka dari dalam. Keluarnya seorang wanita atau lebih tepat, Elisa Park.
Dia menghadiahkan sekuntum senyuman manis pada aku sebelum dia berjalan keluar dari bilik pejabat Taehyung.
Apabila aku masuk bilik pejabat itu saja, dapat aku bau sesuatu yang kurang menyenangkan. Bau seperti.. Seks?
Kornea mata naik melihat keadaan Taehyung. Rambutnya yang lebat itu sudah berserabut. Baju kerjanya tidak dibutang dengan betul. Badannya juga berpeluh seakan dia sedang menuai padi.
Memang betul lah apa yang aku jangkakan sebentar tadi.
Huh, what a scene.
"Tuan Kim, hari ini adalah tarikh untuk Tuan pergi ke program tu. Saya dah bagitahu—"
"Tch, aku dah suruh kau pergi. Kenapa kau ni degil sangat? Suka menyusahkan aku," cantasnya seraya berdecit kasar. Serius, aku akan pancung kepala dia kalau dia suruh aku pergi—
"Apa sebab kau tak nak pergi?" aku terdiam. Kalau aku kata, aku tak nak pergi sebab nak layan cerita Goblin, rasanya Taehyung akan terima ke?
"S-sebab saya ada banyak lagi kerja l-lain?" Aku menampar diri secara mental. Kenapalah otak aku ni lembab sangat nak keluarkan alasan yang munasabah sikit?
"Tipu." orang tua ni, kalau aku sumbat kepala kau dalam jamban, sia - sia je kau hidup.
Sebaik saja Taehyung melihat aku melepaskan keluhan berat, dia terus mengeluarkan sekeping kertas dan metakkannya diatas meja kerjanya.
"HaRam. Aku tahu, kau dah lama sukakan aku.." ujarnya sebelum mendekati tubuh aku yang duduk berhadapan dengan meja kerjanya.
"Disebabkan itu, aku nak kau tandatangan surat perjanjian ni."
Laju dia meneruskan kata-katanya apabila melihat keningku mula berkerut. Dia berjalan mengelilingi aku.
"Kalau kau berjaya menyertai program yang berjalan selama seminggu ni, aku akan putuskan pertunangan aku dengan Elisa. TAPI!"
Aku tak suka buat perjanjian yang bertapi.
"Kalau kau tak berjaya, kau akan kehilangan kerja ini dan selama-lamanya akan menanggung malu kerana cuba untuk merampas tunangan Elisa Park, pemegang syarikat Park Holdings. Do we have a deal here? "
Aku, serius tak tahu macam mana dia boleh tahu yang aku sukakan dia tapi..
It's sounds like a good deal for me.
Aku boleh cuba goda dia dari Elisa kalau aku berjaya balik selepas seminggu berada disana!
Perlahan - lahan bibir aku mula menguntumkan sebuah senyuman sinis. Kau sudah mencabar seekor harimau ganas untuk memasuki kandang lembu, wahai Encik Kim Taehyung.
"Baiklah. Deal diterima."
━━━━━━━━━
Aku berjalan memasuki dewan yang tertera didalam risalah ini. Mata mula mencari lelaki yang bakal melakukan sedikit taklimat sebelum aktiviti dimulakan.
Aish, ramainya orang. Kepala aku mula berpusing. Aku berasa.. Sangat sempit. Seperti berada didalam kotak yang tiada udara. Aku kesesakkan nafas.
Claustrophobia.
"Babe, apa kata kita duduk sana dulu? Lepas habis taklimat ni, kita pergi makan, okey?"
Aku memusingkan kepala apabila terdengar suara seseorang yang sangat aku kenali.
Jeon Jungkook dan Bae Areum? Apa yang mereka berdua buat disini?
Tiba - tiba, bunyi mikrofon mengalihkan pandangan aku.
"Perhatian, peserta sekalian. Nama saya, Park Jimin. Saya adalah ketua untuk program ini. Saya akan pastikan, kita semua berseronok seperti yang dijanjikan didalam risalah yang kamu semua pegang," ucapnya dari atas pentas sebelum turun dari sana.
What the.. Ini perjumpaan semula ke apa?
━━━━━━━━━
Hari sudah pun senja. Aku tak tahu fungsi aku datang ke sini. Sudah lah dua tenuk itu berada disini. Hati aku jadi sakit dengan hanya melihat wajah dua ekor tenuk itu je!
Dia nak datang camping, tapi tak boleh kena panas— EY!
Menyampah lah!
Aku tak rasa, aku boleh bertahan selama seminggu disini— eh tak, aku boleh.
Aku akan buat sesuatu supaya mereka terpaksa keluar dari program ini. Heh, senang.
"Dirikan khemah masing masing dan rehatkan diri. Esok bakal menjadi hari yang sangat meletihkan," arah Jimin sebelum dia keluarkan sebuah khemah yang belum dipasang dari beg besarnya.
Peserta yang lain juga mengeluarkan khemah mereka. Kejap, diorang tak sediakan khemah percuma ke?
Aku mula mendekati Jimin yang sedang mendirikan khemah berwarna hijaunya.
"Er.. EHEM! E-Encik Jimin, mana khemah saya?" dia menoleh melihat wajahku sebelum ketawa kecil.
"Guna khemah sendiri lah. Kami tak sediakan servis khemah percuma. Ada tertulis didalam risalah yang aku bagi sebelum program ini dimulakan. Kau tak baca atau kau buta?" Soalnya dengan nada suara sarkastik.
Aku terdiam. K-Kena bawa khemah sendiri? Kenapa aku tak nampak pun dalam risalah tu!
"Kenapa? Kau tak bawa ke?" soalnya lagi. Perlahan - lahan, aku menggangguk kan kepala. Bibirnya mula terukir sebuah senyuman manis.
"Kalau begitu, itu bukan masalah aku."
━━━━━━━━━
Lelaki tak guna tu! Berani dia cakap macam tu pada aku? Tsk, rasanya, dia pun dah lupa aku siapa..
Batu dibaling ke dalam tasik, ingatkan dia akan melantun atas air seperti didalam filem - filem jiwang, tapi tak pun.
Pasti, mereka gunakan banyak suntingan.
"Erm, hai?" aku menoleh, kelihatan seorang wanita yang memakai baju t-shirt dan berseluar besar. Alahai, perempuan terencat mana pula kacau aku ni?
Aku hanya sekadar tersenyum kecil padanya sebelum menyambung membaling batu ke dalam tasik cetek itu.
Tiba - tiba, dia melabuhkan punggungnya disebelah aku.
"Em.. Saya terdengar perbualan awak dengan encik Park tadi. A-Awak takde khemah, kan?" Tidak memandangnya, aku hanya sekadar mengangguk.
"Awak.. nak tak jadi teman sekhemah saya?" Automatik, kepalaku terus menoleh melihat wajahnya dengan senyuman gembira terukir dibibir.
"Serius lah? Nak! Nak!" jeritku penuh keterujaan.
Dia terus bangun sebelum menghulurkan tangannya kepada aku. Aku tidak teragak - agak untuk mengambil tangannya sebelum terus berlari bersamanya ke khemah si dia.
Well, sekurang - kurangnya, aku tak mati semasa tidur akibat dibaham dengan harimau atau binatang buas.
Sebaliknya, aku yang akan menjadi binatang buas, yang akan merobek keluar kesemua isi perut khinzir - khinzir tak guna tu.
Jeon Jungkook dan.. Bae Areum.
Park Jimin? Hm, dia akan terima padahnya nanti.
━━━━━━━━━
TO BE CONTINUE
A/N: Thank you for reading! ❤️ Please wait for the slow update :(
By the way, Claustrophobia tu adalah phobia pada tempat yang sempit. I hope this information helps hehe!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top