03 | Unlucky Day

▬▬▬▬▬▬▬


TERLINTAS idea untuk terus balik ke rumah dan beritahu dua orang pemalas itu tentang pembocoran rahsia yang berlaku disekolah tadi tetapi... sebaik saja kakiku sampai di lorong perumahan, aku nampak ramai orang berkumpul dihadapan.

Aku terus berlari dan memasuki semak - samun yang berhampiran.

Ada ambulance, pihak polis dan.. dua sekujur tubuh yang sedang terlanjang bulat, sudah berlumuri dengan darah.

Oh.. Puan Choi dan suami muda dia.. dah mati.

Dapat aku dengar orang - orang taman mula bercerita tentang mendiang Puan Choi dan suami tercinta dia.

"Aku dengar orang cerita, diorang dua mati masa tengah berasrama dalam rumah lepas tu perompakan tu pun berlaku. Ish, ish, ish.. Anak angkat Choi mesti takkan sedih, kan? Iya lah, Choi sendiri yang cerita kat aku, yang anak angkat dia tu suka memalukan diorang berdua. Ala senang kata, budak tak kenang budi la......" makcik ni, rasanya tak pernah makan selipar terbang.

Tak salahkan, kalau aku hidangkan menu spesial itu sebelum dia pula yang merasa kematian?

Aku menyandarkan tubuh pada sepohon pokok besar.

Ugh.. sekarang aku nak tinggal mana? Omma dan appa pernah kata yang mereka tak pernah ada adik beradik. Kalau ada pun, mesti aku sudah lama tahu.

Aish. Hidup ni menyusahkanlah. Lebih baik aku mati sekali dengan Puan Choi.

Gruhhh!

Guruh berbunyi, menandakan hujan bakal turun. Mata dipejam seketika, sebelum beg sekolah yang dipakai, lantas dibuka.

Okey, aku dah buat keputusan.

Mari bunuh diri.

━━━━━━━━━

Aku berdiri ditengah - tengah jalan raya, hanya menunggu nasib malang tiba.

Tetapi, satu kereta pun tiada. Ini jalan raya ke jalan mati?

Tiba - tiba, satu cahaya menerangi dihadapan wajah aku. Ahah! Masa aku sudah tiba! Akhirnya, diri aku bakal bebas daripada segala kesakitan ini!

Aku memejam mata rapat. Cepatlah sikit, aku nak mati!

PIN! PIN! Ya, ya! Itu dia, panggilan maut! Cepat langgar aku!

Bunyi enjin kereta semakin kuat. Aku dapat rasakan yang kereta itu semakin dekat!

Tiba - tiba, bunyi enjin kereta itu dipadam. Aku terus membuka kelopak mata. T-tak, tak! Bukan ini yang aku minta! Aku dah tak nak hidup! Argh!

Aku terus merebahkan badan diatas jalan raya itu, tak sanggup nak menghadap realiti lagi. Biar ajelah aku mati..

"Budak? Budak, bangun. Woi.... " itu saja yang aku dengar sebelum pandangan aku terus menjadi gelap gelita.

━━━━━━━━━

"Awak langgar dia ke?"

"Bila masa? Kan saya dah cakap, saya tak langgar! Saya berhenti betul - betul dekat depan dia! Saya bersumpah atas nama Yeon--"

"Shh! Dia dah bangun!"

Aku memandang ke arah kedua orang manusia pelik ini sebelum mata mula melihat sekeliling bilik itu. Jap, aku dah sampai syurga ke apa? Kenapa semuanya terlalu indah? Kenapa semuanya terlalu pu—

"Hei, hei! Berhenti berangan, bakal bini aku panggil ni," jarinya dipetik berkali - kali dihadapan wajahku, menghalang aku daripada terus berimaginasi.

"Taehyung! Apasal cakap kasar dengan perempuan macam tu! Tak baik lah!" marah perempuan yang berada dihadapan aku sambil mencubit kuat perut lelaki itu. Lelaki itu mula merengek manja.

W-wajah lelaki ini.. Serupa abang penjual apam balik yang ada dekat pasar malam setiap hari sabtu.

"Pakcik?" aku memanggil lelaki ini, dengan nada suara yang perlahan.

Wanita itu tampak hairan apabila aku memanggil lelaki itu pakcik tetapi cepat - cepat dia mengubah riak wajahnya.

"Um, sweetie, apa nama awak? Awak tinggal dekat mana?" soalnya, saja menukar tajuk. Anak mata aku yang dari tadi menatap wajah lelaki itu, terus beralih pada wanita itu pula.

Oh, mata dia.. warna hijau.

"K-kang HaRam.. Nama saya Kang HaRam. Saya dah takde tempat tinggal dan ibu bapa. Mak bapak angkat saya baru je mati tadi." ujarku polos.

Mereka berdua terus terdiam. Selepas beberapa minit, perempuan itu tersenyum kecil sebelum tubuh aku ditarik memasuki dakapan hangatnya.

"Mulai sekarang, HaRam akan tinggal dengan kami. Kami akan jaga HaRam. Nama unnie, Elisa Park. Lelaki sebelah unnie ni pula, nama dia Kim Taehyung. Mulai sekarang, kami adalah keluarga HaRam."

━━━━━━━━━

Sudah masuk 7 bulan aku tinggal bersama mereka berdua. Selama 7 bulan itu juga lah aku merana. Tak sangka. Serius tak sangka, yang aku akan jatuh hati pada tunangan seseorang. Walaupun berbeza umur, tapi aku rasa dia yang paling terbaik untuk aku.

Kim Taehyung, dia sempurna. Ciri - ciri yang ada didalam dirinya adalah serupa ciri - ciri lelaki yang aku mahu hidup bersama sehingga selamanya. Tapi sayang, dia sudah berpunya.

Ah, semakin hari, semakin aku menjadi rapat dengan Taehyung. Tetapi ada satu masalah. Elisa tu asyik nak jauhkan aku dengan Taehyung saja.

Satu hari tu, aku pernah beritahu dia yang aku sukakan Taehyung. Aku ingatkan dia akan marah, cemburu atau seangkatan dengannya, tapi dia hanya ketawa.

Dia ingat aku main - main? Dia ingat aku hanya seorang budak perempuan yang tidak mengenal erti cinta?

Baik, aku akan buktikan yang aku tahu apa itu erti cinta.

━━━━━━━━━


Malam sudah pun menjelma. Aku terfikir nak berterus terang pada mereka sekarang.

Sesampai saja dihadapan pintu bilik mereka, aku menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum memusing tombol pintu—

Lagi sekali. Kejadian yang tidak mahu diingati, kembali dilakonkan.

Taehyung berada diatas tubuh Elisa, manakala Elisa pula sedang mendesah kuat.

Aku bersumpah, aku takkan mencintai lelaki lagi.

Terhenti terus aktiviti mereka apabila terasa seperti sedang diperhati.

"Keluar!" aku terkejut akan jeritan Taehyung tetapi aku ikutkan juga perintahnya.

Sudah aku kata, aku memang patut mati pada malam itu.

━━━━━━━━━

6 tahun kemudian,

"HaRam, Tuan Kim panggil kau. Katanya, ada hal penting," aku sekadar menggangguk sebelum sekotak susu pisang yang sudah habis diminum, terus dicampak masuk ke dalam tong sampah.

Walaupun sudah berumur 24 tahun, tetapi bagi aku.. aku masih lagi muda dan mulut aku masih boleh digunakan untuk memaki hamun semua orang.

TOK! TOK! TOK!

"Masuk!" kaki melangkah masuk kedalam bilik pejabat milik Kim Taehyung.

"Ya, appa— eh tersasul ehe. Ya, Tuan Kim?" serta merta aku menukar panggilan nama itu apabila iris mata Taehyung merenung tajam wajah tidak bersalahku. Tak chill betul dia ni. Asyik - asyik dengan peraturan kolot dia.

Hidup tanpa peraturan lah seronok! Bebas seperti burung unta berterbangan dilangit biru! Eh, burung unta boleh terbang ke?

"Aku tak boleh hadir program ni. Batal--"

"Ehh! Mana boleh, Tuan Kim! Saya dah penat dapatkan tempat dalam program ni, takkan nak batal macam tu je?" cantasku. Taehyung terus terdiam.

Dia mengurut pelipis dahinya sebelum tiba - tiba dia memetik jari. Haaa, nampaknya dia akan gunakan kuasa otak seksi—

"Kalau macam tu, kau pergi lah. Kau hadir sebagai pengganti aku."



━━━━━━━━━

TO BE CONTINUE

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top