02 | Run Little Penguin

▬▬▬▬▬▬▬

PINTU utama rumah dibuka. Aku berjalan memasuki rumah dengan lemah longlai. Walaupun penat, tetapi semua hasil usaha aku berbaloi. Heh, takdelah susah sangat nak perdayakan si minah naif tu.

Cakap buruk sikit pasal Jungkook, dia terus terkejut. Siap pakej, menangis teresak - esak lagi. Cengeng.

Jungkook pun satu, nak lawan dengan api, memang akan terbakar terus jadi abu lah.

Haha, rasanya pasti esok dia orang terus akan disahkan, break. Gembiranya aku hari ni! Tanpa sedar, bibir aku mula menguntum sebuah senyuman kecil.

" Oi, perempuan! Dah balik sekolah tak tahu nak tukar baju ke? Ke kau nak berkerja dengan baju sekolah je terus? Aku okay je, tapi kalau baju tu rosak, pastikan kau pakai semula lah. Takde masa aku nak jahit baju untuk kau. Oi! Dengar tak?! "

Aish! Perempuan tua ni memang takkan berhenti membebel. Menyampah lah!

Biji mata digulingkan ke atas sebelum beg sekolah diletakkan ke dalam bilik.

"Ya, Puan Choi. HaRam dengar. Sabar lah.. HaRam baru je balik sekolah. Nanti HaRam pergi la jual semua kuih - muih tu,"

Kuih - muih. Nama saja kuih tetapi disebaliknya dipenuhi dengan paket - paket dadah. Tch, aku sebenarnya dah penat nak bersekongkol dalam hal ni tapi.. tapi merekalah yang menjaga aku dari kecil semut sampai lah besar badak.

"Sanie! Awak tengok budak si HaRam ni! Dia dah pandai melawan cakap saya!"

Tch. Perempuan tua ni suka mengadu dekat si anak ikan dia. God, aku kena lari sebelum lelaki gila tu--

"APA? MANA DIA? MARI SINI AKU KAPAK KEPALA BUDAK TAK KENANG BUDI TU!" jerit seorang lelaki yang sedang memegang kapak berwarna merahnya.

Itu dia, Choi San. Suami muda, perempuan tua tu. Dia sememangnya kacak tapi aku tak minat barang second hand.

Kalau bagi dekat Areum, mesti dia nak. Iyalah, dia kan suka kutip barang second hand.

Tanpa membuang masa, aku terus membuka langkah seribu. Lari ke tempat biasa, dimana aku dan Jungkook selalu bermesra alam suatu ketika zaman dolu - dolu.

━━━━━━━━━

Selepas 15 minit berlari tanpa henti, aku sudah pun sampai ke destinasi. Boleh tahan jauhnya apabila dibandingkan dengan menaiki kereta dan berjalan kaki.

Pintu rumah usang itu dibuka. Alangkah terkejutnya aku bila nampak dua orang manusia sedang berpegang- atau lebih tepat, meraba satu sama lain didalam ruang tamu.

"Tsk, maksiat." terhenti terus aktiviti mereka berdua. Iris mata mereka berdua terus tertacap pada aku.

Riak wajah Areum menunjukkan yang dia terkejut tetapi lain pula dengan riak wajah milik Jeon Jungkook.

Dia... Tersenyum sinis.

Semuanya yang berlaku disini seperti sudah dirancang.

Aku bencikan dia. Aku bencikan kau dengan sepenuh hati, jantung dan paru - paru aku, Jeon Jungkook.

"H-HaRam--" tangan diangkat tinggi, menghalang Areum dari teruskan percakapannya.

Sudah tentu Areum akan berkata "Oh, ini bukan seperti apa yang kau sangkakan, HaRam " dengan suara gedik dia.

Tch.. Ayat cliche, perempuan murahan.

Cincin emas palsu yang Jungkook berikan pada aku dibuka sebelum dibaling pada muka hodoh Areum.

"Sila teruskan." dengan itu, aku terus pergi meninggalkan rumah usang itu, dan juga segala kenangan aku bersama dengan jantan keparat yang bernama Jeon Jungkook.

━━━━━━━━━

Duduk bersila diatas bangku yang berada ditaman permainan sambil melihat bintang menerangi angkasa adalah sesuatu yang mampu menghilangkan rasa sendu yang tersemat didalam hati ini.

Hanya cahaya bulan yang menemani aku tika saat ini. Kawan? Aku tak pernah ada kawan. Tidak kira jantina, tiada siapa yang mahu berkawan dengan aku.

Tiada siapa yang akan ambil tahu jikalau aku menangis setiap malam. Tiada siapa yang pernah perasan akan kesedihan dan kesakitan yang aku alami selama ini. Satu saja yang mereka tahu, mereka tahu tentang kesemua kesalahan dan cacat cela pada diri aku.

They're just want to know the story, never gonna give a damn about you.

Aku melihat ke kiri saat telinga aku menangkap esakan halus seseorang. Pelbagai persoalan bermain dibenak fikiranku pada ketika ini.

"Aku yang sedih, terluka ni pun tak menangis. Lelaki macam dia boleh menangis? Tsk memalukan,"

Pada saat itu, aku langsung tiada perasaan takut dan terus mendekati si dia yang sudah mengganggu mood senduku.

Bahunya ditepuk. "Woi. Kau jangan nangis dekat sini boleh tak? Aku datang sini sebab nak lepas stres bukan nak- eo? P-Park Jimin?" Mulut aku melopong.

Park Jimin, abang kandung si Park Micha yang selalu buat hal dengan geng aku dihadapan sekolah tu? T-Tapi, kenapa dia menangis tengah-tengah malam dekat taman permainan?

Pada saat itu, kesedaran terus menampar wajah aku. Weh.. ini bukan manusia. INI HANTU!

Mata aku mula bertakung dengan airmata. A-Aku tak nak mati kena terkam dengan jembalang ni- walaupun dia kacak- tapi aku belum sempat melamar BTS V!

Kaki aku serta - merta menjadi lemah. Aku jatuh terduduk dihadapannya sebelum badanku mula menggesot kebelakang. Manakala dia pula, mula bangun dari bangku taman itu dan mula mendekati tubuh aku.

"J-Jangan dekat, h-hantu kacak!"

Dia tertawa sinis. Airmatanya yang mengalir tadi, sudah hilang dari wajahnya. Airmata dia masuk balik ke dalam mata dia ke apa?

"Aku bukan hantu. Tapi syaitan. Syaitan, yang akan mengganggu kau, Sampai. Kau. Mati." Ayat terakhirnya ditekan, membuatkan aku menelan air liur perit. Selepas itu, dia terus berlalu pergi meninggalkan aku yang hampir terkencing didalam seluar.

Man, he got no chills.

━━━━━━━━━

Baru saja berjalan memasuki kelas, cikgu sudah pun halau aku keluar. Semuanya sebab aku terlambat datang ke sekolah. Aku sudah kata aku berjalan kaki... Alah takpelah, lebih baik lambat daripada langsung tak datang. Betul tak?

Aku sudah berfikir masak - masak semalam, disebabkan aku sudah break dengan Jungkook, aku mahu berubah menjadi lebih baik. Harapnya, aku mampulah kawal kemarahan aku.

KRING!

Loceng berbunyi, menamatkan waktu belajar dan bermulanya waktu melantak sampai muntah.

Semasa aku sedang turun tangga, aku asyik - asyik ditolak sehinggakan tubuh aku hilang keseimbangan dan terus terjatuh.

"Siapa yang macam kerbau tak tahu sabar tu, siot? Sakit punggung aku.." adu aku perlahan. Tiba - tiba, seseorang menghulurkan tangannya. Kepalaku mula mendongak ke atas.

Eh? Ini bukan ke Park Jimin? Dia masih belajar ke? Aku ingatkan dia dah berkerja sebab dia selalu duduk luar sekolah- Eung! Nampak sangat muka dia dah tua haha! Eh terkutuk--

Aku mengabaikan hulurannya sebelum menolong diri sendiri bangun semula.

"Hei, kita berjumpa lagi." aku hanya sekadar menggangguk. Baru saja mahu berjalan menuruni tangga sekolah semula, aku nampak kelibat Areum dan Jungkook.

Park Jimin meletakkan tangannya dibahu aku sambil memuji mereka berdua.

"Nampak tak betapa gembiranya diorang? Nampak tak betapa lebarnya senyuman diorang manakala kau yang dekat sini.. Kesedihan," bisik nya halus. Nada suaranya kedengaran sadis, seperti dia sedang mengejek aku.

"Kau tak marah? Dia putus dengan kau hanya sebab nak bersama dengan si budak baru tu? Dan bahagian yang paling teruk adalah, budak baru tu ialah kawan karib kau sendiri. Kau tak rasa marah? Cemburu? Geram? Rasa teringin nak bunuh perempuan yang dah ambik seseorang yang pernah menjadi milik kau?"

Aku terdiam lama. Tipulah jikalau aku tak ada rasa semua itu. Aku tak boleh menafikan perasaan aku. A-Aku cuma manusia biasa..

"Aku boleh tolong kau. Aku boleh hapuskan diorang berdua." aku menoleh melihat lelaki itu, sebelum tangannya ditepis kasar daripada bahu aku.

"Tak apa. Kau pergi tolong diri kau dulu. Aku okey," seusai berkata begitu, aku terus membawa langkah ke tandas wanita.

Baru saja keluar daripada tandas, aku terdengar perbualan dua orang makcik bawang ni.

"Teruk gila weh perangai si HaRam tu. Jungkook sunbaenim sendiri yang cerita, perempuan tu dah lama jadi pengedar dadah. Dia siap pernah ajak Jungkook hisap benda terlarang tu pulak tu! Berita ni pun dah tersebar tau! Sekarang, cikgu pun tengah tunggu polis datang pastu tangkap dia, sumbat dia dalam penjara hahahahaha!"

Tsk, aku patut tahu semua ni akan tiba. Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum otak mula mengeluarkan idea bernas.

Aku kena lari.


━━━━━━━━━

TO BE CONTINUE

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top