Bab 71⏳
Aianos | Forever
“TAEHYUNG?” panggil Haerin seraya menjengukkan kepalanya di bilik tidur mereka.
Kelihatan Taehyung sedang menepuk perlahan punggung baby Haeyoon.
Bila dia nampak kelibat Haerin, laju saja dia meletakkan jarinya di bibir, meminta agar Haerin diam.
Takut pula dia si kecil itu terbangun.
Haerin cuma mengangguk kecil. Faham dengan permintaan Papa Tae, itu. Dia melangkah masuk kedalam bilik.
“Dah tidur ke?”
“Ya, kenapa? Sayang nak buat ehem ke? Kejap ya-” belum sempat Taehyung mahu menghabiskan ayatnya, bahunya sudah dipukul oleh Haerin.
Taehyung ketawa kecil.
Dia mula memindahkan Haeyoon kedalam tempat tidur bayi, sempat dia mencium dahi Haeyoon lalu berdiri tegak semula.
“Sayang nak cakap apa tadi?” soal Taehyung, kelopak matanya digosok sebelum lelaki itu menguap. Dia tersengih kecil.
“Tak ada apa- apa. Awak pergilah mandi, lepas tu saya pula.” kata Haerin, punggung dilabuhkan diatas katil, dahinya berkerut bila Taehyung cuma berdiri tegak dihadapannya seraya bibirnya mengukir senyum lebar.
“Sayang, jom mandi sekali. Kalu mandi berdua, lebih cepat, kan?” ajaknya. Laju saja kepala Haerin menggeleng tanda tak mahu.
Cemberut Taehyung jadinya, baju sweeter-nya dibuka dalam gerakan melambat sebelum dia berikan pandangan menggoda kepada Haerin.
Gadis itu cuma membalasnya dengan tatapan kosong.
Namun Taehyung masih tak putus asa, dia raup rambut hitamnya ke belakang buatkan Haerin ketawa kecil.
“Sudahlah! Awak buat hati saya berdebar, Taehyung.” kata Haerin. Taehyung tersenyum lebar.
“Bukan Kim Taehyung namanya kalau tak dapat buatkan hati wanita berdebar.”
“Patutlah dulu awak jadi ulat bulu. Kalau perempuan ada depan mata, awak on terus.” perli Haerin. Taehyung cuma tersengih kecil.
Dia melangkah merapati Haerin sebelum dia berdiri betul- betul dihadapan gadis itu.
Kedua tapak tangannya menyentuh pipi Haerin lalu wajah gadis itu didongakkan agar memandangnya.
“Itu dulu, sayang...” bisik Taehyung seraya mengusap bibir merah milik Haerin itu. Lembut saja bila disentuh.
Bibir Park Haerin boleh buat dia angau dan tak tidur malam.
“Saya sekarang dah lain. I only act like this when i'm with you.”
“Saya sayang awak Haerin, saya sayang awak sepenuh hati saya. Even kalau awak minta saya redah lautan dalam untuk awak, saya sanggup.”
Haerin mengerutkan dahinya, seakan ada yang salah didalam ucapan lelaki itu.
“Bukan sepatutnya lautan api ke?” soal Haerin pelik.
“Tak nak lautan api, panas.” ucap Taehyung dengan muncung dibibir sebelum seketika kemudian dia ketawa kecil bila bibir Haerin pula yang muncung.
Rahang gadis itu dicengkamnya lembut yang membuatkan bibir Haerin menjadi tambah muncung.
“Park Haerin, tak kira sejauh manapun kita dipisahkan dahulu, saya tahu, jika kita berjodoh, awak akan tetap menjadi milik saya lambat atau cepat.” ucap Taehyung, bibir Haerin dikecupnya sekilas.
“Awak akan jadi milik saya, aianos (forever)” bisik Taehyung sebelum kali ini dahi Haerin pula dikecupnya.
Gadis itu cuma tersenyum saja. Lengannya melingkar di pinggang Taehyung.
“Dan saya tahu, awak adalah lelaki yang tepat untuk saya, Kim Taehyung.” balas Haerin seraya mengenyitkan matanya buatkan Taehyung dengan pantas mengangkat tubuh Haerin secara bridal style.
“Yah!”
“Shhh. Jom mandi sama- sama. Muka comel sayang buatkan daddy Tae jadi gewram. Aums.”
.
Jumpa anda di epilogue!👋
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top