Bab 65⏳

Aianos | Forever

Sha akan panjangkan fanfic ni sikit sebab banyak yang request,kan?

Epilogue mungkin next chapter, so be ready.


8 bulan kemudian...

"TAEHYUNG?" panggil Haerin untuk kedua kalinya namun tak ada respon dari suaminya itu.

Dengan susah payah Haerin mengubah posisi baring kepada duduk dibirai katil. Perutnya yang memboyot besar itu buatkan pergerakan Haerin sedikit terbatas.

"Jiyoon?" panggil Haerin kali ini untuk anak gadisnya itu pula. Tapi dia langsung tak mendapat respon. Haerin memilih untuk menjenguk mereka.

Yalah, seharian dia duduk terperuk didalam bilik disebabkan arahan Taehyung yang tak membenarkannya untuk keluar dari bilik sama sekali.

Haih.

"Where are you?" soal Haerin seraya dia melangkah keluar dari bilik tidur tersebut. Dia menarik nafas perlahan sebelum menghembuskannya.

Dengan perlahan- lahan dia menuruni anak tangga. Di hujung tangga dia menangkap bunyi pinggan berlaga dengan kerusi yang bergeser dengan lantai.

Dahi Haerin berkerut.

"Pa, ini nak letak mana?" sayup- sayup kedengaran suara Jaehwan menyoal. Haerin mendiamkan diri.

"Letak atas meja, minta akak Jiyoon susun cantik- cantik eah? Dah jangan dekat sini, nanti kena minyak." jawab Taehyung pula.

Kemudian Haerin dengar bunyi tapak kaki melangkah ke meja makan.

"Ini, papa suruh kakak susun cantik- cantik." kata Jaehwan.

"Nak rasa sikit-"

"Eah tak boleh! Tunggu mama, nanti mama turun kita sama-sama rasa. Em, jangan bising okay? Nanti mama bangun." kata Jiyoon buatkan bibir Haerin menguntum senyuman lebar.

"Jiyoon! Ni dah dah siap. Tolong angkat dan letak atas meja, ya? Papa nak bangunkan mama, kejap." ujar Taehyung lalu menghulurkan sepinggan penuh berisi ayam masak merah kepada Jiyoon.

Dengan penuh berhati-hati gadis itu melangkah ke meja makan lalu meletaknya diatas meja.

"Sa- sayang? Buat apa kat sini? Kan saya dah cakap jangan keluar kalau saya tak bagi?" kata Taehyung geram seraya bercekak pinggang bila dia lihat kelibat Haerin dihujung tangga tersebut.

Haerin cuma mampu tersengih saja. Lengan Taehyung dipautnya, laju saja pinggang Haerin dipeluk Taehyung. Dahinya masih berkerut.

"Janganlah marah, Taehyung. Saya keluar ni pun sebab awak tak balas panggilan saya. Jiyoon pun sama, tulah saya turun." kata Haerin.

"Saya sibuk didapur, nak belajar masak makan malam sebab awak tak larat nak buat kan?" kata Taehyung. Haerin cuma tersenyum, dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung disitu.

"Awak masak semua ni? Banyaknya!"

"Bukannya selalu kita makan banyak, lagipun awak tu kena banyak berehat dan makan yang cukup. My baby need protein." kata Taehyung.

"Jiyoon, Jaehwan duduklah. Ambil lauk masing- masing, jangan sampai tumpah okay? Kalau tumpah, papa cium satu- satu." kata Taehyung memberi amaran buatkan Jaehwan berkerut kecil.

Tak suka. Yalah, lelaki mana suka sangat kena cium,kan?

"Oh ya sayang. Saya ada belajar cara nak masak ayam. Cuba awak rasa." ayam yang sudah dipotong sedikit disuakan pada Haerin. Haerin mengunyahnya sedikit.

"Erm... kurang garamlah Taehyung."

"Hum? Yeke?" terus sudu tersebut dimasukkan kemulutnya. Taehyung muncung lagi.

"Tak apalah, lain kali boleh cuba lagi. Makanlah, Yoon, Hwan." kata Haerin seraya mempelawa Jiyoon dan Jaehwan makan sekali.

Sedang elok Haerin menyudu makanan, tak semena- mena perutnya terasa sakit. Sudu terlepas dari pegangan tangannya sebelum jatuh diatas lantai.

Prang!

"Sayang? Okay, tak ni?" soal Taehyung dengan wajah risaunya. Lengan Haerin disentuhnya lembut.

"Errk... sakitlah Tae. Saya rasa... dah tiba masanya..." lirih Haerin berkata buatkan mata Taehyung membulat besar.

"Hah?! Dah nak sampai masa?! Jaehwan ambil kunci kereta papa! Jiyoon pula pergi ambil liggerie- Eh!! Pergi ambil sweeter mama! Dah, Move move move!" kata Taehyung buatkan Jiyoon dan Jaehwan melepaskan sudu ditangan lalu bergerak mencari apa yang diminta papanya itu.

"Sayang, tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus." kata Taehyung seraya mengipas- ngipas wajah Haerin, isterinya itu.

Haerin cuma akur, dia menarik nafas lalu menghembusnya.

"Nah papa!"

"Buka pintu rumah, tekan punat on kereta! Sekarang!" jerit Taehyung seraya mencempung tubuh Haerin keluar rumah.

______________

"YOUR ENEMY HAS BEEN SLAINED!"

"DOUBLE KILL!"

"SAVANGE!"

"VICTORY!"

"Yeay! Papa menang!" jerit Taehyung, Jaehwan mengerutkan dahinya, berserah dengan kekalahan yang dihadapinya.

Bila dia dongakkan wajah memandang ke hadapan, mata tajam Jiyoon tak semena-mena menikan pandangan matanya.

Terus perut papanya, disiku Jaehwan.

"Eh? Ha, buat apa berdiri lama-lama tu Jiyoon? Tak lenguh ke kaki?" soal Taehyung. Dia jongketkan keningnya, Jiyoon berpeluk tubuh.

"Papa ni dah kenapa? Tahu tak mama dekat dalam tu tengah bertarung nyawa nak lahirkan adik Jiyoon? Papa dengan Jaehwan ni masih lagi boleh main game?" soal Jiyoon.

Taehyung tersengih.

"Eiii papa nervous pula tiba-tiba. Meh sini duduk tepi papa. Kita main game untuk hilangkan nervous-"

"Tak nak! Eo? Nenek!" Seru Jiyoon seraya mendapatkan Nenek Kim dengan Nenek Park-nya itu.

"Jadi Taehyung, mana cucu mama?" soal Puan Park tak sabar- sabar. Rambut Jiyoon dielusnya.

"Haerin masih di dalam, ma. Dari tadi Tae tunggu, tak keluar-keluar."

"Papa sempat main game lagi halmonie! Papa macam tak kesah!"

"Aip! Papa kisah okay? Kalau boleh, papa nak robohkan aje pintu tu, nak tengok mommy Haerin kamu." ujar Taehyung seraya memuncungkan bibirnya.

Kelibat Doktor yang melangkah keluar dari bilik bersalin itu buatkan Taehyung tak semena-mena mengangkat punggung.

"Ha, dok! Macam mana isteri saya? Okay tak? Baby girl atau baby boy?" soal Taehyung tanpa sabar- sabarnya lagi.

Doktor tersebut membetulkan cermin mata bulatnya sebelum berdehem kecil.

"Puan Haerin dalam keadaan stabil, Encik boleh melawat dia selepas dipindahkan ke wad biasa. Hanya satu orang saja dan budak- budak tak boleh masuk. Saya minta diri dulu."

"Eh!" lengan Doktor itu ditahan Puan Kim, Puan Park serta Taehyung.

"gender?"

"Ouh, baby girl."

"YAHUUU!!" Jerit Jimin dari kejauhan.

.

Maaf kalau chapter ini agak rush, hehe.

Dalam kesempatan ini, sha nak menyusun sepuluh jari meminta maaf jika penulisan sha menyinggung anda, atau saya terkasar bahasa.

Saya minta maaf.

Kosong kosong😊

Dan anda peminat novel His Wife? Vote me on Premio Delibro.

Slot undian 2, batch 2.
Link ada di mb. Thanks💕

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top