Bab 48⏳

Aianos | Forever


HAERIN meletakkan beg tangannya diatas meja kerja.

Good morning, Puan Haerin” sapa Maria diselangi dengan senyuman kecil. Haerin cuma membalasnya dengan senyuman.

Saat itu juga dia berpandangan dengan Taehyung yang baru melangkah masuk kedalam pejabat itu.

Sempat lelaki itu kenyitkan matanya sebelum melangkah masuk kedalam bilik kerjanya.

Haerin cuma tersengih kecil.

“Luna eonnie!” sapa Haerin bila dia lihat kelibat Luna melangkah keluar dari pantri sambil membawa secawan kopi yang masih berasap. Wanita itu menjongketkan keningnya.

“Eo, Haerin. Good morning.” sapa Luna, punggung dilabuhkan diatas kerusi.

Unnie, masih nampak apa- apa ke? Em.. i mean, Kak Haera masih ada ke?” soal Haerin seraya menarik kerusinya ke tepi meja Luna.

Luna mendongak, matanya ralit memandang ke sekeliling tempat berhampiran Haerin sebelum dia berpandangan dengan Haerin.

“Ada, Haera masih berlegar- legar. Dia cakap.. ada benda yang masih tak selesai lagi. Dia tak yakin..” terang Luna buatkan Haerin terdiam.

“Tak yakin sebab apa? Akak Haera tak yakin yang Haerin dengan Taehyung dah bahagia?” soal Haerin.

Luna melepaskan keluhan kecil.

I'm not sure, tapi Haera cakap, selagi Taehyung masih tertarik dengan perempuan lain, selagi tulah dia susah nak lepaskan kamu berdua.” ucap Luna buatkan Haerin terdiam.

“Ini pasal kes yang Maria tu ke?” soal Haerin lagi.

Terjongket kening Luna jadinya.

“Kes Maria? Maria pekerja baru tu? Kenapa dengan dia?” soal Luna. Haerin tersengih kecil, kepala yang tak gatal digarunya.

“Em.. Tae nampak macam tengah flirt dengan pekerja baru tu. Haerin jadi.. em.. cemburu.” ucap Haerin lambat- lambat buatkan senyuman Luna menjadi lebar. Lantas bahu gadis itu ditepuknya perlahan.

“Lah, sebab tu ke Kak Haer tak tenang? Patutlah. Taehyung tu kan lelaki? Memang wajarlah dia nak menggayat lebih-lebih lagi dia tu bos. Mesti ada hati nak try pekerja baru.” balas Luna sebelum ketawa kecil.

Masam muka Haerin jadinya.

“Kalau dia dengan saya tak ada apa- apa hubungan, tak apalah unnie. Masalahnya Taehyung tu dah beristeri, saya ni!” ucap Haerin, kembang kempis hidung dia menahan geram manakala Luna cuma ketawa melihat gelagat Haerin yang baginya agak comel itu.

“Lah, cemburu tandanya sayang, Haerin. Siapa je yang tak sayang suami, kan?”

“Disebabkan saya sayanglah saya rasa nak potong- i mean, cubit dia!” balas Haerin, sikit lagi dia hendak terlepas cakap.

“Hish, dahlah. Sambung buat kerja balik.” ujar Luna diselangi ketawa kecil.

“Iyalah.”

Haerin menolak kerusinya ketempatnya semula.

“Oh ya, kalau ada perempuan datang nak interview kerja, minta dia untuk terus masuk kedalam bilik Bos, okay?” ujar Luna. Berkerut dahi Haerin jadinya.

Interview kerja? Bahagian apa?”

PA? Lah? Haerin tak tahu?” soal Luna.

Haerin terdiam, interview kerja sebagai PA? PA siapa pulak ni? Taehyung dah ada Haerin sebagai PA.

Takkanlah..

“Taehyung nak gantikan Haerin ke?”

“Bos tak bagitau ke?” soal Luna, keningnya terjongket satu.

Lagi- lagi Haerin diam, tanpa membalas ucapan Luna terus saja dia membawa langkah kaki masuk kedalam bilik kerja Taehyung. Tanpa mengetuknya terlebih dahulu.

“Eo? Sayang?”

“Kenapa awak nak cari PA baru sedangkan masih ada saya yang jadi PA awak?” soal Haerin. Dahinya berkerut.

Taehyung terdiam seketika, dia melepas cermin mata bulatnya sebelum meletakkannya diatas meja.

“Yalah, saya nak cari PA baru untuk menggantikan awak-”

“Persoalannya, kenapa Kim Taehyung?” soal Haerin.

“Saya nak pecat awak.”

“Awak tak boleh nak pecat saya macam tu je!” balas Haerin, Taehyung menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil tersenyum kecil.

“Kenapa awak nak pecat saya? Apa sebabnya? Saya ada buat salah ke?” soal Haerin bertubi- tubi.

Pandangan matanya mengikuti gerak tubuh Taehyung yang sedang melangkah kearahnya.

Ketinggian Haerin yang hanya mencecah dada Taehyung itu membuatkan dia terpaksa mendongak untuk memandang lelaki itu.

Tell me what's the reason?

“Saya pecat awak sebab..” Taehyung menjeda ayatnya sambil tangannya melingkar di pinggang Haerin.

“Saya nak awak jadi suri rumah tangga sepenuh masa buat saya.” bisik Taehyung seraya mengenyitkan matanya.

Can you?

“Ke- kenapa tak bagitau awal- awal?” soal Haerin, dia alihkan pandangan. Taehyung senyum kecil.

“Tapi saya tak nak PA awak seorang perempuan.” kata Haerin.

“Lah? Kenapa?”

“Sebab saya tak nak awak kena goda dengan perempuan lainlah!” ucap Haerin seraya menarik telinga Taehyung perlahan buatkan lelaki itu terjerit kecil.

Aduh, kenapa kasar sangat bini aku ni?! Desis Taehyung dalam hati.



.

Hai,

Ok

Bye.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top