Bab 22⌛
Aianos | Forever
DOKYEOM merenung meja kerja Haerin yang kosong, kemudian matanya melirik memandang jam rolex yang tersemat elok di pergelangan tangannya.
Jarum pendek sudah menunjukkan angka 8 pagi. Takkanlah Haerin lambat hari ni?
“Amboi, termenung nampak.” tegur Luna yang baru melangkah keluar dari pantri untuk membuat secawan kopi. Dokyeom sedikit tersentak. Lehernya dia gosok perlahan.
“Noona.. em. Haerin tak datang eah hari ni?” soal Dokyeom. Terjongket kening Luna jadinya.
“Haerin kena gantung kerja, two days.”
“Huh? Kenapa?” soal Dokyeom. Terkejut dengan berita yang baru dia dengari. Kenapa kena gantung? Takkan disebabkan kejadian di lift kelmarin?
Doesn't make any sense!
“Haerin gaduh, dengan Yoora. Awak pun tahukan Yoora tu macam mana perangai dia?” ujar Luna lagi. Punggung dilabuhkan diatas kerusi. Dokyeom terdiam.
“Apa lagi Yoora buat kali ini?”
“I don't know.” jawab Luna.
Dokyeom terdiam, bukannya dia tak tahu perangai rakan sekerjanya, Kwon Yoora itu. Dari dulu lagi, asal ada pekerja perempuan yang baru masuk, terus dia buli.
Dah banyak kali kena report, tapi bos langsung tak ambil pusing. Dia cakap mesti nampak dengan mata kepala dia sendiri baru dia percaya.
“Yang awak tanya pasal Haerin ni kenapa? Kamu berdua ada something?” soal Luna, saja menyerkap jarang.
Ya, dia tahu Haerin tu bekas kekasih Dokyeom, tapi takkanlah tak boleh move on kan?
“She's my ex girlfriend.”
“Huh? Macam mana boleh berpisah?” soal Luna, sedikit teruja dengan cerita Dokyeom itu.
Yalah, tak sangka lelaki itu sudah pernah bercinta kerana selama ini Dokyeom tak pernah mention apa- apa soal perasaan ni. Tak sangka dia ni bekas teman lelaki Haerin, si isteri bos itu!
“Kami berpisah dengan cara baik, noona. Untuk fokus pada pengajian, dia pun sama. Tak adanya kes curang. Saya tak suka sakitkan hati perempuan.” ucap Dokyeom.
“Saya ni, bila cintakan seorang gadis, dia tetap akan bertakhta dalam hati saya, sampai bila- bila.” ujar Dokyeom diselangi senyuman kecil.
Luna terdiam.
“Sampai sekarang?”
“Yes.”
“Saya rasa awak perlu move on, sebab Haerin dah jadi milik orang lain.” ucap Luna.
Dokyeom cuma diam.
“Sambung kerja, jangan asyik nak berbual je.” tegur satu suara dan serentak Dokyeom dan Luna sama-sama berpandangan.
Disitu dia lihat Taehyung sedang melangkah keluar dari bilik kerjanya lalu terus ke pantri. Dingin saja riak wajahnya.
Kemudian Taehyung kembali dengan membawa secawan kopi. Dia berhenti disamping Dokyeom. Kedua tapak tangan yang dia masukkan keadalam seluar.
“Bos?”
Mereka berpandangan seketika.
“Ba- bawakan aku fail dari site tu. Sekarang! Jangan nak berbual lagi!” ucap Taehyung datar sebelum dia melangkah masuk kedalam bilik.
Dokyeom mengerutkan dahinya, pelik.
Tak pernah- pernah lagi Taehyung tu bersikap macam tu.
“Waeyo?”
“Awak kalau nak meluah soal perasaan, jangan kuat sangat. Banyak telinga dalam pejabat ni. Boleh merosakkan mood.” ujar Luna seraya tersengih kecil.
Mustashil Taehyung tak dengar dengan pengakuan Dokyeom tadi, kan?
.
Please stay away from toxic people.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top