Bab 14⌛

Aianos | Forever




AWAK pernah sukakan saya tak?”

Soalan itu buatkan Taehyung terdiam. Pandangan pelik bertayang, pelik dia dengan soalan yang dilontarkan Haerin itu.

“Soalan apa kau tanya ni? Mestilah tak pernah.” jawab Taehyung, tenang setenangnya. Haerin terjeda, dia dah agak yang Taehyung akan berikan jawapan seperti itu.

Lagipun mana mungkin Taehyung sukakan dia kan? Bila dah dapat perempuan secantik kak Haera, mana mahu dia pandang yang lain lagi.

“Kau okay tak ni?”

“Saya okay, cuma saja nak tahu.” jawab Haerin, bibir dimuncungkan. Taehyung menjongketkan keningnya, pen diletakkan atas meja sebelum fail kembali dibeleknya.

Mereka senyap lagi.

“Kau pula?”

“Apa?”

“Kau pernah sukakan aku ke?” giliran Haerin pula ditanya.

Gadis itu terkebil- kebil, pandangan mata Taehyung yang merenungnya buatkan dia cepat-cepat mengalihkan pandangan.

“Pernah.” jawab Haerin jujur dengan senyuman lebar. Alah, kita nak usik sikit abang Tae ni. Kasi cair dia sikit.

“Kau tetap sukakan aku walaupun kau tahu aku ni teman lelaki kakak kau?” soal Taehyung, nampak seperti mahu marah.

“Ya, sebab suka tak semestinya memiliki. Awak tak tahu ke yang saya dan kak Haera sukakan orang sama? Iaitu awak?” ucap Haerin. Mahu meneruskan rancangan nak mengenakan Taehyung. Lelaki itu diam.

Sungguh dia cakap, kata-kata Haerin buatkan hati dia berdebar.

“Kau..”

“Main- main jelah! Saya ni cuma minat awak secipi ni je.” jawab Haerin, dia tunjukkan gaya 'secubit' dihadapan Taehyung. Sekali lagi lelaki itu diam.

“Kalau aku cakap pernah sukakan kau macam mana?”

Haerin pula yang terpana. Apa ni Taehyung! Janganlah ambil serius sangat! Haerin garu kepala yang tak gatal.

“Awak tipu.”

Exactly.

Tu kan! Saja je nak main-mainkan hati orang! Haerin mencebik, menyesal pula dia bermain kata dengan Taehyung ni.

“Dah siap ke?”

“Satu je lagi.”

Tok! Tok!

Pintu ruangan kerja Taehyung diketuk perlahan dari luar diselangi dengan suara Taehyung yang membenarkannya masuk.

Kemudian daun pintu ditolak, Taehyung dan Haerin sama- sama menoleh.

“Dokyeom?”

“Haerin?”

Mereka sama- sama merenung, tak sangka yang mereka dapat bertemu lagi bila sekian lama tak berjumpa. Lelaki itu tersenyum.

“Kamu kenal dia, yeom?”

“Sudah tentu bos, dia ni bekas kekasih saya.” jawab Dokyeom yakin diselangi dengan senyuman lebar.

Tapak tangan dihulur pada Haerin dan tanpa menunggu waktu yang lama, Haerin menyambut huluran tangan bekas kekasihnya.

“Ehem!”

“Ahh, ya bos. Ini laporan dari site tu. Maaflah terleka.” ucap Dokyeom, fail merah diserahkan pada Taehyung.

“Awak boleh keluar.” ucap Taehyung, mengarahkan lelaki itu keluar.

Sesak nafas dia tengok Dokyeom dan Haerin saling berbalas pandang. Bukan sesak nafas sebab cemburu, dia sesak nafas sebab meluat aje!

“Jumpa nanti.”

Pintu bilik kerja kembali ditutup. Haerin cuma tersenyum, khayal dia tengok figura bekas kekasihnya itu. Tak ada yang berbeza, cuma lelaki itu nampak bertambah kacak.

Mereka berpisah bukan sebab curang atau apa, mereka berpisah dengan cara yang baik.

Dokyeom yang minta izin untuk putus, supaya dapat fokus pada pengajian. 3 tahun lelaki itu di England, dia kembali ke Korea untuk bekerja. Tak sangka pula dia kerja dekat syarikat Taehyung ni!

Yeay, bolehlah Haerin usya hari-hari!

“Tolong fokus bila kerja.” ujar Taehyung dengan nada dingin. Haerin menjongketkan kening.

Pehal dia ni?

“Iyalah, encik suami.”

Taehyung diam, cuba menahan senyum.

.

Okay ini last update untuk hari ni.

[👿]
Hai, sila tekan vote dan komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

+1

Dokyeom

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top