Epilog 👶


Ahra melihat pemandangan di balkoni.Pantai.Taehyung dengan Ahra sekarang ni dekat Jepun.Mereka nak meluangkan masa berdua tanpa Taera.

Hasil dari benih Taehyung.Syukur keluarga mereka sudah bahagia dan sempurna adanya cahaya mata yang sekarang sudah berusia 2 tahun.

Taehyung sengaja pilih tempat yang berdepanan dengan pantai.Mereka menginap di resort yang paling mahal.

Taehyung? Dia dah pergi tinggalkan Ahra keseorangan di resort tu.Hairan juga lah kenapa Taehyung pergi macam tu je.

Sia-sia saja jika mereka datang ke Jepun untuk berbulan madu kalau Taehyung tiada di sisi buat masa ni.

Tapi sebelum dia terlupa Taehyung sempat berpesan pada Ahra dari sticky note yang di lekat di atas meja solek.

"Dalam jam 8:00 malam.Saya nak awak bersiap-siap.Pakai baju yang saya beli saya letak kat dalam almari.Pakai make up lawa - lawa tau!"

30 minit sebelum pukul 8:00 Ahra bersiap -siap.Sengaja dia bersiap awal-awal.Macam tak faham-faham je kalau perempuan ni bersiap memang lama.

Selesai mengenakan semuanya.Dia mencapai handbagnya.Lalu keluar dari resort tu dan menuju ke pantai.

-----

Taehyung yang melihat dari jauh Ahra menuju ke tempat di mana dia di arahkan.

Dia mengarahkan seorang lelaki untuk menjemput Ahra duduk.Selesai je semua lelaki tu pun blah.

Sekarang ni hanya tinggal Ahra dengan Taehyung.Ahra yang duduk tu hanya menunggu kedatangan Taehyung.

Taehyung berhenti di belakang Ahra dan menutup kedua-dua mata Ahra.Terhinjut bahu Ahra.Terkejut.

"S-siapa ni...?"

Taehyung merapatkan bibirnya di telinga Ahra sambil membisikkan sesuatu.

"Im your one & only husband"

Kata-kata Taehyung membuatkan Ahra ketawa halus.

Taehyung melepaskan tangannya dari menutup mata Ahra dan berjalan ke depan lalu mengambil tempat duduk berdepanan Ahra.

 
Mereka bagaikan di dunia sendiri.Suasana di sana agak nyaman dan selesa tanpa adanya pengunjung.

Sebab? Taehyung dah pergi upah dekat pengunjung supaya balik je dekat rumah.Taknak ganggu masanya dengan isteri.

"Kita makan dulu eh"

Taehyung  dan Ahra mula makan dengan senyap sehinggalah Taehyung menatap mata Ahra dengan pandangan yang sangat menggoda.

Ahra berhenti makan dan berdehem.

"Ehem!....awak dah kenyang ke?.Asyik tengok muka saya.Make up saya tebal sangat ke atau saya dah tak cantik lagi pakai dress ni?"

Taehyung menggelengkan kepalanya.Siapa kata isterinya tak cantik.Dia je pandai-pandai kata macamtu.

"Taklah .Isteri saya ni memang cantik dan sempurna orangnya.Siapa yang kata awak tak cantik tu maknanya diorang tu buta.Even dah ada anak satu saya tetap sayangkan awak"

Taehyung mencapai tangan Ahra lalu menciumnya.Malu Ahra jadinya.

"Asal laki aku ni sweet sangat?.Hah!!!! I kennot lah!!"

"Awak nak tahu something tak?"

Soal Taehyung.

Ahra menaikkan keningnya.

"Saya sayang awak sangat-sangat Kim Ahra isteri kepada Kim Taehyung yang kacak lagikan hot.Tak pernah terlintas dalam fikiran saya nak tinggalkan awak atau sakitkan hati awak.Saya mengaku yang saya dulu memang jahil.Tapi sekarang saya dah ada isteri dengan anak saya tahu betapa besarnya tanggungjawab sebagai suami tu.Maafkan saya andai selama saya jadi suami awak saya ada terkasar bahasa ke apa ke yang boleh menyakitkan hati awak eh?"

Taehyung meluahkan segalanya yang terbuku di dalam hatinya.

"Saya juga sayang awak sangat-sangat Kim Taehyung.Maafkan saya jika layanan saya sebagai isteri selama ni kurang dekat mata awak"

Terukir senyuman di bibir mereka.Bahagia sekarang ni mereka rasakan.

Tak lama selepas tu mereka meluangkan masa berdua dengan menyanyi bersama.

Taehyung menyanyikan lagu yang di ciptanya buat Ahra.

I still wonder wonder beautiful story

Still wonder wonder best part

I still wonder wonder next story

I want to make you mine

Taehyung menghadiahkan Ahra ciuman di dahi , mata, hidung , pipi , dagu dan akhir sekali di bibir merahnya.

Mereka menikmati ciuman kasih sayang seorang isteri dan juga suami.

-Tamat epilog-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top