11 👶


"Hyung!"

Taehyung yang baru nak masuk kawasan sekolah berhenti apabila Jungkook datang menghampirinya.

"Aduh bala datang!"

"Hah apa kau nak kook?"

Tanya Taehyung.Dia sebenarnya malas nak layan Jungkook tapi di sebabkan nak jaga hati terpaksa je lah.

"Boleh tolong aku tak untuk pikat adik angkat hyung tu?"

Bbuk!!!

Seperti ada batu yang terhempas kat dada Taehyung ketika Jungkook membahas tentang perasaannya kepada Ahra.

"Aku tak tahulah macam mana nak bagi kau idea ke apa.Aku bukannya international playboy"

Balas Taehyung lalu meninggalkan Jungkook di belakang.

Hilang mood dia terus.Panggil orang niat hanya untuk bagi idea pikat orang.

Tambah lagi kalau orang tu yang dia suka.Kau rasa?

Taehyung tak dapat menafikan lagi perasaan nya terhadap Ahra.Adakah gadis itu juga mempunyai perasaan yang sama seperti dia?

Atau di sebaliknya?

Lagipun belum tentu yang Ahra akan memaafkan Taehyung segala apa yang dia buat selama ni.

Kita doa je baik-baik.

---

Ahra tengah menunggu Jungkook di luar pagar sekolah.Tapi batang hidung pun tak nampak-nampak.

Sudahlah cuaca sekarang ni panas namatey!!!!!

Tiba-tiba lengannya di tarik oleh Taehyung.Ahra mengeraskan badannya tanda tidak mahu mengikuti Taehyung.

"Kau! Baik kau ikut aku sekarang! Jangan nak mengada-ngada nak tunggu Jungkook tu . Dia tengah dating ngan pompuan lain kat kantin"

Ahra meleraikan pegangan tangan Taehyung.Lalu dia pandang muka Taehyung dengan tajam.

"Tak nak! Aku tak nak balik dengan kau! Aku ni kan anak pungut yang kau selalu hina.Pergilah balik dengan betina lain"

Ahra melepaskan amarahnya pada Taehyung.Air mata yang bertakung hanya tunggu jatuh saja lagi.

Taehyung yang melihat Ahra menangis tu membuatkan dia lemah.Dia tak suka tengok orang yang dia cinta menangis depan dia.

Setapak dia menghampiri Ahra lalu menarik Ahra dalam pelukan hangatnya.

Ahra hanya menangis di dada Taehyung.Taehyung membelai rambut Ahra sambil mengucapkan kata maafnya.

Insiden di mana dia memarahi Ahra waktu rehat sebab dia pergi rehat kat rooftop.Dia memang tak dapat kawal kemarahannya.

"A-ahra...Hyu..ng?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top