tigá.

Park Jimin memandang sebuah keluarga yang berada tidak jauh dengannya di taman rekreasi.

Pasangan itu hanya membiarkan bayi mereka menangis demi memuaskan nafsu masing-masing.

Apa yang mereka sedang lakukan? Anda sendiri mungkin tidak mahu tahu hal-hal pasangan yang tengah kemaruk bercinta sedang lakukan.

Jimin menjadi tidak keruan mendengar suara tangisan bayi itu. Bising! Hatinya memberontak geram.

" Boleh tak kalau satu hari, tidak ada yang menganggu aku? "

Dia merenyukkan cawan plastik di tangannya lalu membuang ke dalam tong sampah untuk mengekori mereka sehinggalah tiba di sebuah apartment.

--

Pintu rumah mereka yang terkunci dengan passcode berjaya digodam oleh Jimin. Tidak sia-sia dirinya mempelajari ilmu hacking.

Masuk sahaja ke dalam rumah, bau asap rokok yang kuat serba sedikit membuatkan dia loya. Matanya meliar mencari pasangan dan bayi mereka.

Jimin menekup muka pasangan itu dengan bantal sehinggalah dia tidak lagi merasakan deruan nafas.

Tidak lama selepas itu, bayi yang berusia 17 bulan dijumpai dan perlahan-lahan Jimin mengambilnya. Kemudian, dia pergi ke beranda dan melepaskan bayi tersebut dari tingkat 20.

" Maaf. Jimin tak sengaja " sambil memuncungkan mulutnya. Sedih melihat nasib bayi itu. Tidak sempat dia nak membesar.

Jimin menyeluk poketnya mengambil kotak mancis lalu salah satu mancis digores sehingga keluarkan api kecil selepas menghidupkan dapur gas rumah.

Rumah itu terbakar selepas dia meninggalkan rumah tersebut tanpa disedari oleh jiran-jiran yang tinggal di apartment itu.

--

" They don't deserves a baby. So, I killed them. What's wrong with that? "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top