lápan.

Setelah satu jam di mahkamah, kes ini akhirnya selesai juga.

" Berdasarkan keterangan tertuduh, tertuduh akan dikenakan hukuman gantung sampai mati" lalu semua orang bersurai.

Park Jimin hanya menayangkan muka pasrah apabila dia bakal menemui ajalnya tidak lama lagi. Dia dibawa semula ke penjara seperti biasa.

Kenapalah dia cuai dahulu? Dia menyangka dirinya sudahpun membuat kerja dengan kemas.

Rupa-rupanya salah satu mangsanya ialah anggota polis yang ditugaskan untuk menyamar menjadi pencuri. Belum sempat dia mahu membunuh polis itu, dia sudahpun dikepung.

Dia tidak sangka masih ada mata-mata memerhati walaupun rumahnya jauh di dalam hutan.

Walaupun roh dan jasadku bakal berpisah tidak lama lagi, tidak semestinya aku tidak boleh kembali ke dunia untuk menghukum manusia-manusia yang melakukan kesalahan.

Mereka sombong bahkan tidak pernah merasakan diri mereka itu salah. Mereka terus menerus melakukan kesalahan tanpa rasa serbasalah.

Episod lepas...
seseorang yang membuka pintu almari itu sebenarnya ibuku yang ku sendiri bunuh.

Dan karna itu, mereka layak menerima hukuman daripadaku dan jangan sangka binatang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

Aku bersumpah atas nama Park Jimin, aku akan kembali menghukum mereka supaya insaf dengan perbuatan jijik mereka...

-tamat-

terima kasih kerana sudi baca, vote dan komen. niat di hati nak tulis abuser lagi panjang tapi idea tak muncul-muncul hsjssh jadi ain tamatkan je hehehe.

bye ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top