𝗲𝗽𝗶𝗹𝗼𝗴𝘂𝗲
Aku celikkan mata saat sinaran matahari mengganggu lena panjang aku . Kepala aku tolehkan ke kiri dan muka Jungkook menerpa mata . Toleh ke kanan , muka Taehyung pula yang menjamah mata .
"Aku mimpi ke?" gumamku perlahan dan tak semena - menanya kepala aku diluku oleh Taehyung . Kuat pulak tu . Tch . Tak sweet bethol suami aku ni . Pantas aku angkat kepala dan wajah pelik aku tayang . Sekali lagi kepala aku jadi mangsa lukuan mereka berdua .
"Sekolah ? Bukan saya dekat hospital ke?" soalku dan sekali lagi Taehyung dengan selambanya meluku kepala aku buatkan aku menjerit sakit .
"Memang dekat hospital pun."
"Hospital sakit jiwa." serentak itu mereka berdua ketawakan aku . Namun aku masih dilanda kekeliruan . Lagi bertambah keliru bila masing - masing pakai pakaian sekolah . Termasuk aku . Kami bertiga berada dalam kelas darjah .
"Anak ni anak saya dan Taehyung ! Pft dia berangan nak ada anak dengan kau nyah!" kata Jungkook diiringi tawa kuat hingga mengundang perhatian pelajar lain .
Kebodohan apakah ini ?
"Boleh tahan gatal jugak eh kau ni . Berangan nak kahwin dengan kawan baik sendiri . Daripada kahwin dengan Taehyung si pemalas ni baik kau kahwin dengan aku." ujar Jungkook masih dengan sisa tawanya . Taehyung di sebelah hanya lemparkan pandangan menyampah , malas nak melayan kerenah Jungkook .
"Kau mimpi apa sia sampai menangis ? Aku dengan Jungkook kejut tak bangun - bangun . Saem kejut pun kau tak bangun . Kau mimpi apa nyah ? Buat risau aku jelah." soal Taehyung lalu berikan cermin pada aku .
Mata aku sembab sebab menangis ?
KETAHIKAN APAKAH ?
"Wei tak wei , aku mimpi Jungkook mengandungkan aku lepastu dia tinggalkan aku . Kau tawarkan nak jadi suami aku dengan rela hati lepastu setuju nak besarkan anak dalam perut ak-"
PUKK !
"YAH SAKITLAH!"
"Kau jangan nak merepek boleh ? Bila masa pula aku mengandungkan kau ? Tengok kau pun tak seleralah ! Taehyung , kau nasihatkan sikit kawan kau ni ! Entah apa yang dia melalut dari pagi tadi." bebel Jungkook lalu galas tali begnya dan memintas meja aku dan Taehyung .
"Tak , Taehyung . Aku cakap benda betul . Kau percayakan aku kan?"
"Haih kau ni . Kau mimpi je . Tulah aku cakap jangan banyak sangat baca fanfiction dekat wattpad . Kan tak memasal mimpi pelik - pelik . Dah jom balik . Sebabkan tunggu kau bangunlah , kitorang tak balik sampai sekarang tau?" kata Taehyung lalu jalan seiring dengan Jungkook di hadapan .
Tak mahu ketinggalan , aku berlari anak mendekati mereka . Bahu mereka aku paut memandangkan aku berada di tengah .
"Ey lepaslah . Geli aku dengan kau ni . Dengan muka tak terbasuh , ada hati nak pegang bahu aku . Sedar sikit diri tu pendek!" perli Jungkook kemudian tolak tangan aku dari bahunya .
“Taehyung ! Tengok Jungkook tu!” rengekku pada Taehyung . Dia hanya senyum dan gelengkan kepala .
"LEPAS NI JOM MAKAN TTEOBEOKKI PEDAS!" ajak Taehyung bila sedar dengan muncung panjang aku . Terus senyuman lebar aku tayang pada Taehyung .
Selalunya Taehyung lah yang nak pujuk , Jungkook tu jangan harap ! Dia mana tahu pujuk orang !
"AKU BELANJA!" ujar Jungkook semangat . Jangan percayalah dia nak belanja .
"KAU BAYAR ! AHAHAHAAHHAAHAHA!"
DAH AGAK .
•
•
•
- end ♡
hai ! annyeong ! hello ! habis dah story merepek , meraban , klishé , mintak kaki ni . maaflaa sebab ending dia simple teruks wkwkwkwk btw min dah letak dekat description don't believe means jangan percaya apa yang dibaca . sape yang maki ii taehyung tadi ? maaflaa noh atas segala kekurangan dan typo . also kalau suka , bolehlaa share dengan kawan , jiran , atuk nenek korang wkwkwkwkwkwk you know i love you right ? (。'▽'。)♡
thank you.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top