𝗢 - 𝟬𝟳


warning : chapter agak panjang ye ;-)

"Macam mana , hyung?"

"Macam mana apa , kau tak dengar tadi dia marahkan aku sebab bela kau ? Keras kepala macam kau ! Tulah kau , dah pandai buat , tak pandai tanggung . Tak pasal - pasal aku pulak yang kena." bebel Yoongi usai menutup pintu bilik gadis itu . Hampir tercabut jantungnya bila muka Jungkook menerpa ruangan mata sebaik saja menoleh .

Nak je dia cepuk muka Jungkook biar takde siapa nak .

"Aku tahu aku salah . Sebab tulah aku tekad balik ke sini walaupun eomma halang." nyata Jungkook lantas mengikuti langkah Yoongi ke ruangan dapur . Punggung dilabuhkan ke kerusi bar berhadapan Yoongi .

Lelaki tiga tahun tua daripada Jungkook itu hanya mampu menghela nafas . Entah sama ada dia penat atau kesian dengan Jungkook . Segelas mug dihulur pada Jungkook sementara segelas lagi diteguknya habis .

"Aku bukan taknak tolong cuma aku malas nak masuk campur . Takut nanti makin teruk pulak nanti . Aku harap kau dapat selesaikan hal ni secepat mungkin sebelum eomma kau sendiri yang datang cari." pesan Yoongi seraya menepuk perlahan bahu Jungkook . Dia kenal sangat dengan perangai Puan Jeon yang terlalu mengawal hidup Jungkook sejak sekolah lagi .

Dengan siapa Jungkook berkawan , dengan siapa Jungkook berbual , semuanya dalam genggaman Puan Jeon .

Bahkan tentang hubungan terlarang itu juga Puan Jeon tahu . Disebabkan itulah , Puan Jeon bertindak menghantar Jungkook ke luar negara dengan alasan tidak mahu anak lelakinya itu terganggu dengan budaya negatif di sekolah .

"Buat sementara ni , kau jagalah dia . Aku tak selalu sangat ke sini . Manalah tahu nanti jadi apa - apa , kau boleh tolong." cadang Yoongi pada Jungkook . Tanpa membantah , Jungkook ikutkan saja cadangan yang diberikan .

Itu yang terbaik buat masa sekarang .



❁ ════ ❃• ♡ •❃ ════ ❁



PRANG !

Pasu bunga di meja makan Taehyung baling ke dinding . Geram . Malam sudah menjelang namun isterinya itu belum pulang . Walaupun berkali - kali dia telefon , hasilnya tetap sama .

Masih tidak berangkat .

Dalam geramnya masih terselit rasa risau dalam hati mengenangkan isterinya sehelai sepinggang di luar sana . Sudahlah dia halau di tepi jalan . Makin bertambahlah rasa risaunya itu .

"Bodoh , Taehyung . Bodoh ! Macam mana kau boleh biarkan isteri kau seorang diri dekat luar tanpa peneman ! Mana perginya belas kasihan kau ?! Bodoh!"

Makinya pada diri sendiri . Rambut perangnya dikusutkan lantas badan dia rebahkan pada sofa di ruang tamu . Sisi sofa ditumbuk , masih memikirkan keadaan isterinya yang sarat mengandung .

ting tong !

Badan yang baru direbahkan digagahkan bangun dan melangkah ke pintu . Siapa pula yang datang waktu malam begini ?

Klek !

"Yoongi,"

"Aku nak cakap sikit dengan kau." nyata Yoongi dingin seraya melangkah masuk ke dalam ruang tamu . Punggungnya dilabuhkan ke sofa . Taehyung dengan fikiran yang masih bercelaru hanya mengekori tanpa banyak soal .

Hal apa pula ? Serius je muka Yoongi .

"Aku nak kau packing barang isteri kau dalam luggage . Sekarang." tidak sampai beberapa saat Taehyung duduk , arahan dari Yoongi buatkan lelaki itu pandang Yoongi pelik .

Kenapa nak packing barang isterinya pula ? Yoongi tahu ke di mana isterinya ?

"Kenapa ni , hyung ? Dia ada dengan kau ke?"

"Jangan banyak cakaplah . Boleh tak kau cepatkan kerja aku ? Pergi packing baju dia cepat." arah Yoongi lantas menolak tubuh Taehyung agar pantas bergerak . Namun sama saja tindak balas Taehyung . Masih tercegat tanpa bergerak .

Yoongi mengeluh . Bazir air liur dia je cakap dengan Taehyung . Kalau bukan kerana gadis itu yang memintanya datang ke sini , mengambil segala barangnya sudah lama dia berada di hospital sekarang ni .

"Kau faham ke tak apa yang aku cakap?" desak Yoongi lagi seraya menolak Taehyung agar menaiki tangga secepat yang mungkin . Pintu bilik tetamu dibuka kemudian almari berwarna hitam dituju .

"Hyung ! Mana isteri aku?!" soal Taehyung sudah hilang dengan Yoongi . Semua soalannya dari tadi diabaikan oleh Yoongi . Lelaki itu lebih fokus mengemas barang daripada menjawab soalan bodoh Taehyung .

"Dia ada dengan Jeon Jungkook . Puas hati kau?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top