𝗢 - 𝟬𝟯

Pintu bilik aku tolak perlahan dan nampak Taehyung sedang bersiap untuk ke pejabat . Tangannya sibuk mengikat tali leher sendiri . Aku hanya senyum dan berjalan mendekati dia .

Badannya aku palingkan ke arah aku dan biarkan saja suamiku merungut kerana sesuka hati memegangnya . Tali leher yang sudah terbelit aku betulkan sambil pandang Taehyung yang tak habis - habis merengus kasar .

"Kau cepat sikit boleh tak ? Kau sengaja nak ambil kesempatan kan?" katanya lalu menjeling aku tajam . Aku hanya senyum nipis dan tepuk lembut permukaan dadanya untuk memperkemaskan pakaiannya .

"Salah ke ? Awak suami saya , Kim Taehyung . Saya ada hak untuk ambil kesempatan or apa - apa saja."

"Tapi aku tak izinkan kau sentuh aku walaupun hujung jari sebelum kau gugurkan kandungan tu . Kau kena ingat tu." pesannya tegas sebelum menolak aku ke tepi dan beredar ke ruang tamu . Beg bimbitnya aku capai dan bawa ke ruang tamu .

"Taehyung,"

"Aku tidur di pejabat malam ni." katanya lalu rentap beg bimbit dari tangan aku . Tanpa sempat aku ucapkan selamat tinggal , dia terlebih dahulu pergi . Aku hanya senyum hambar dan lambaikan tangan walaupun tahu dia takkan balas semula lambaian tangan aku .

Tangan aku turun ke perut yang semakin membesar dan aku usap perlahan . Makin lebar senyumku apabila bayi dalam kandungan itu memberi tindak balas positif setiap kali aku pegang .

"Anak eomma." ujarku perlahan . Kalendar yang tergantung aku pandang bersama debaran penuh di dada . Betul ke apa yang aku bakal lakukan ini ?

Tapi ini saja jalan penyelesaian terbaik untuk baiki semula hubungan aku dan Taehyung .

"Maafkan eomma , sayang."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top