𝗜 - 𝟬𝟲
Yoongi lepaskan keluhan perlahan lalu dekatkan langkahnya ke katil . Aku kini berada di apartment kosong Yoongi . Puas aku minta padanya untuk pulang namun dia keras menghalang .
"Feels better?" soalnya dan aku angguk perlahan . Dia hulurkan mangkuk bubur pada aku berserta air susu .
"Maaflah . Aku sempat masak yang ni je . Barang habis." katanya lagi dan anggukan kepala aku beri sebagai balasan . Ini pun dah terlebih cukup .
"Aku nampak apa yang jadi antara kau dengan Taehyung petang tadi . So buat sementara ni kau tinggal je dekat sini . Lagipun due date kau dah dekat kan?"
"Habistu awak?" soalku risau . Yelah takkanlah dia tidur di luar sedangkan ini rumah dia . Sepatutnya aku tak menyusahkan dia .
"Jangan risaulah . Aku jarang balik rumah . Kadang - kadang aku tidur dekat hospital je . Dah tak payah fikirkan sangat . Kau fikir pasal diri dengan baby dalam perut tu je . Yang lain biar aku uruskan." ujar Yoongi lalu tangannya singgah di permukaan perut aku yang berlapik fabrik .
Melebar senyum Yoongi bila terasa tendangan dari si bayi . Aku juga turut tersenyum . Mujurlah dia yang bertugas ketika hari aku mahu menggugurkan kandungan . Jika doktor lain yang bertugas ketika itu , mungkin aku takkan rasa tendangan dari si kecil ini .
"Nah." beberapa keping kad dihulur pada aku setelah keluarkan dari poket kot putihnya . Tanpa menyoal , aku hanya menyambut . Aku pandang sekilas namanya tertulis di kad berwarna putih itu .
"Justin Shaw?"
"Itu kad Jungkook . Dia tukar nama dia since kitorang dekat overseas lagi . Kau pun tahu kan ? Lagi satu , aku dah matikan telefon kau . Takut pula nanti Taehyung datang serang kau dekat rumah ni . Apa - apa hal kau cakap je dengan Jungkook . He'll take care both of you . Especially his little junior." jelas Yoongi dan di hujung ayat dia tersenyum . Aku pandang Yoongi pelik .
His junior ? Wait- how did he know ?
"Aku tahu semuanya . Sebab tulah Taehyung mintak kau gugurkan kandungan yang hanya tinggal berapa hari lagi ni kan ? I know your past . Jungkook dah cerita dengan aku waktu dia balik Seoul minggu lepas . Trust me , dia pulang ke Seoul sebab nak pikul tanggungjawab dia . He'll loves and cherish you and the ba-"
"Tanggungjawab ? Ceit , apa awak merepek ni , Yoongi ? Dia tinggalkan saya sendiri dan Taehyung yang pikul tanggungjawab dia . Kalau betul dia sayangkan saya , dia takkan musnahkan masa depan saya." luahku bersama takungan air mata yang bila - bila saja akan melimpah .
Peritnya hanya aku yang rasa tika eomma dan appa menghalau aku keluar dari rumah tanpa sebarang bekalan . Sehelai sepinggang . Dan saat itu , hanya Taehyung yang sudi membantu .
"Beri Jungkook peluang . Aku tahu dia tinggalkan kau bersebab . Berikan dia peluang untuk buktikan pada kau bahwa dia layak jadi ayah pada bayi ni." pinta Yoongi lembut namun aku tetap berkeras dengan keputusan aku .
"Awak sedar tak apa awak cakap ni , Yoongi ? Berhentilah bela kawan baik awak ! Mati hidup semula pun saya takkan terima dia semula . Anak ni anak saya dan Taehyung!" nafiku keras serentak menjeling susuk tubuh Yoongi di birai katil . Mana mungkin aku akan beri peluang pada lelaki yang membuang aku seperti sampah dahulu .
"Okay i'm sorry sebab buka topik ni . Aku tak nak kau tertekan cuma aku nak kau tahu , sekeras manapun kau nafikan , anak dalam kandungan kau tetap anak Jungkook . Darah yang mengalir dalam badan dia darah Jungkook , bukan Taehyung."
Usai itu , dia beredar dari bilik . Meninggalkan aku sendirian dalam bilik bersama air mata yang berjuraian tanpa henti kerana Jeon Jungkook .
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top