𝗔 - 𝟬𝟭
"Saya dah buntu , Taehyung . Saya tak sangka Jungkook sanggup buat saya macam ni." aduku bersama juraian airmata yang tak henti mengalir .
Sumpah aku takut jika eomma tahu keadaan aku sekarang .
"Kahwin dengan saya." hampir tersedak aku dibuatnya apabila dia mengutarakan kenyataan gila padaku . Ya memang gila . Kim Taehyung sudah gila . Masakan dia boleh berkahwin dengan aku sedangkan dia masih berhubungan dengan teman wanitanya .
"Apa awak merepek ni?" soalku masih terkejut .
"Kahwin dengan saya . Kita besarkan anak ini sama - sama. Aku akan jaga dia macam anak aku sendiri." tuturnya penuh lembut lantas kekura tangan dicium penuh ikhlas .
"Jangan nak merepeklah Kim Taehyung . Macam mana dengan Sejong ? Lagipun kita tak pernah ada perasaan-"
"Aku cintakan kau . Dari dulu sampai sekarang." katanya seraya merenung lembut anak mataku . Cepat - cepat aku alihkan pandangan ke arah lain , tangan aku jauhkan dari terus dipegangnya .
Aku beritahu dia tentang keadaan aku untuk menyelesaikan masalah aku . Bukan untuk tambahkan masalah .
"Taehyung , awak tak boleh buat macam ni . Sejong cintakan awak and-"
"Aku tak pernah suka malah cinta pada Sejong . Kau lupa ke , kau yang minta aku terima Sejong . Aku lakukan semuanya untuk kau . Aku cuba untuk belajar , terima dia but i can't . Cinta aku pada kau terlalu dalam." terangnya masih setia memandang aku yang sudah serabut .
Perlukah aku terima saja Taehyung ? Hanya dia saja yang aku harapkan . Cinta ? Aku akan cuba cintakan dia sepertimana dia cintakan aku .
"Kahwin dengan aku ya , sayang ? Aku janji aku akan tatang anak kita sepenuh hati aku."
Anak kita ?
"Ya."
Dan ketika itu , saya menyesal kerana percayakan semua janji awak .
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top