Part 8
Markas milik Jongdae diserbu. Keadaan amat berantakan di dalam sana. Habis segala alatan dimusnahkan oleh sesuatu. Tiada tanda-tanda makhluk bernyawa pun di situ.
Irene menyelongkar barang-barang yang hampir punah sepenuhnya itu. Dia membalingnya ke dinding dengan penuh kesal. Semuanya rosak seratus-peratus. Padahal alat-alat itu boleh menolong mereka.
"Tak guna! Siapa yang buat semua ni?!" tempik wanita itu. Nafasnya naik turun.
Wendy menoleh kearah kirinya saat mendengar seperti ada sesuatu yang bergerak dibelakang timbunan komputer yang rosak. Dia bergerak kesana dan menolak komputer-komputer. Terkejut bukan main lagi saat dia melihat ada seorang yang masih bernyawa dibawah itu.
"I--Irene!" panggil Wendy. Irene berpaling.
Matanya membulat saat melihat wajah orang yang sedang terbaring lemah dibawah itu.
"Jongdae!" teriak Irene. Dia membantu Wendy untuk mengeluarkan Jongdae daripada timbunan yang mencederakan lelaki itu.
Sebaik sahaja dikeluarkan, nampaklah kaki Jongdae yang sudah terputus dua itu. Ianya mungkin kerana telah dihempap oleh batu-batu dari siling yang jatuh keatasnya. Jongdae kelihatan sungguh tidak bermaya dan seperti mayat hidup.
Darahnya sudah hampir hilang sepenuhnya. Dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas. Anak matanya kerap memandang keatas. Seperti sudah hampir tiba untuk waktunya pergi.
"Cakap dengan aku! Siapa yang buat semua ni?!" arah Irene, garang. Suaranya bergema didalam bilik itu.
"Irene.. Jangan kuat-kuat sangat.." pinta Suho. Dia risau kalau-kalau ada musuh berdekatan.
"Aku tak peduli! Cakap dengan aku!" perintah Irene, hilang kesabaran. Nafasnya naik turun juga kerana begitu bengang dengan perbuatan manusia celaka itu. Habis teamnya dikerjakan oleh mereka yang tidak diketahui identitinya.
Bibir Jongdae bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu. Wendy mendekatkan telinganya pada bibir Jongdae. Dia terus memandang Irene saat mendengar kata-kata Jongdae.
"Siapa?!" soal wanita itu.
"X-Factor.." jawab Wendy. Irene bangun dan pergi melepaskan geramnya. Habis segala barangan elektronik dimusnahkan olehnya.
"Kalau aku tak lewat sampai sana.. Kalau aku periksa dulu siapa pemandunya! Kalau aku tak cuai dalam lakukan kerja aku. Mesti team aku tak akan dianiaya macam ni!! Aku ketua paling bodoh dan tak guna dalam dunia ni!!" tempik Irene. Suara nyaring teriakannya menyakitkan telinga sesiapa yang mendengar.
"Bu--bukan salah kau.." bisik Jongdae. Wendy kembali memberi perhatian kepada Jongdae.
Dia mendengar semua yang diucapkan oleh Jongdae. Kepala gadis itu terangguk-angguk faham.
"Irene.. Jongdae.. panggil.." ujar Wendy. Irene menoleh. Dia menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali untuk menenangkan diri. Kemudian, barulah dia kembali kearah Jongdae.
Jongdae mengambil tangan Irene dan menggenggamnya.
"Kau..ketua yang bagus.. berdedikasi.. tegas.. dan ada matlamat.. Jangan salahkan diri.." luah lelaki itu sambil tersenyum walaupun sedang sakit.
"Jangan provoked aku.."
"Aku yang lalai. Sepatutnya aku periksa dulu Tao masa dia kembali ke sini.. mungkin tempat ni tak akan kena bom.." sambungnya, mengimbau semula kejadian yang berlaku.
Tao kembali ke markas setelah berenang selama 30 minit di dalam air pembentung sambil membawa maklumat baru untuk Jongdae.
Sebaik sahaja tiba diatas daratan, ahli pasukan menyapa lelaki itu untuk menolongnya membersihkan diri daripada air kumbahan itu.
Namun tak dijangka-jangka apabila satu bom buatan tangan meletup dan meruntuhkan sebahagian markas. Dan melalui letupan itu, badan Tao hancur sepenuhnya. Ahli lain turut menerima akibatnya. Mereka tertimbus dibawah runtuhan dan mati serta-merta.
Meninggalkan Jongdae seorang sahaja. Tetapi dengan keadaannya yang sekarang, dia juga kelihatannya bakal menyusul ahli kumpulannya yang lain.
"Tolong.. pertahankan.. negara ni.. untuk aku dan kumpulan kita.. Jangan biar X-Factor.. menang.." pinta Jongdae sebelum melafazkan hembusan nafasnya yang terakhir. Matanya terkatup rapat.
Tangannya yang menggenggam tangan Irene terlepas jatuh ke tanah.
Semua orang diam melihat adegan itu. Irene pula kaku. Orang kanannya yang selama ini berjuang bersamanya termasuklah apabila mereka dibuang kerja kerana tidak mahu mengikuti arahan kerajaan sehinggalah sekarang kini telah meninggalkannya.
Rakan seperjuangannya sejak zaman muda kini telah tiada. Sahabat sejatinya telah pergi. Membiarkan dia bersendirian mempertahankan keadilan dunia.
Tangannya digenggam kuat. Matanya penuh dendam.
"Kita gerak ke sana sekarang! Aku nak bersemuka dengan ketua X-Factor sekarang juga!"
Mereka semua merenung sesama sendiri. Risau dengan keadaan Irene. Suho tanpa berlengah mencari bilik yang menempatkan kereta-kereta yang akan digunakan oleh mereka dalam misi-misi penting.
Mujurlah, kawasan itu tidak mengalami kerosakan yang teruk. Kereta-kereta juga masih dalam keadaan baik.
Kunci kereta dipulas dan enjin mulai mengaum. Mereka semua mengambil tempat masing-masing. Kini, mereka keluar dari tempat persembunyian dan menuju ke dunia realiti.
Di mana harga diri dunia sudah tidak bermakna lagi.
Di mana semuanya harus dibayar dengan hutang darah.
...
"Macam mana kau boleh faham bahasa orang bisu?" soal Loey, berbasa-basi sambil mereka dalam perjalanan ke center bank.
"Belajar.." jawab Wendy, sepatah. Tidak berminat untuk berbual kosong buat masa sekarang.
"Belajar je?" soal Loey.
"Mak aku bisu.." kata Wendy. Mula membuka isu tentang kisah keluarganya. Loey senyap. Dia rasa bersalah pula bertanya.
"Oh. Maaf.." ujar lelaki itu.
"Tak perlu minta maaf. Dia yang bisu kenapa kau serba-salah macam ni?" tanya Wendy.
"Maaflah. Aku cuma berminat nak tahu je pasal kau.."
"Nak tahu pasal aku?"
Mata mereka bertembung. Loey mengangguk.
"Semisterinya aku, misteri lagi diri kau. Kau tak pernah bagitahu pasal diri kau lagi sejak kita kenal.." jujur Loey. Wendy tersenyum pendek.
"Kita baru kenal tak lebih 24 jam lagi. Kita masih orang asing, Loey." ujar Wendy. Lidah Loey kelu. Dia sudah hilang modal untuk berbual dengan gadis itu. Padahal Loey yakin Wendy ini kalau tahu caranya, pasti seronok untuk berbual dengannya.
"Apa yang kau buat dekat perhimpunan semalam?" Wendy tertanya-tanya.
Loey mengimbau semula apa yang dilakukannya.
"Tak buat apa. Saja nak tengok-tengok," balas lelaki itu namun matanya tidak merenung Wendy lagi. Posisi badannya juga nampak seperti tidak selesa setelah disoal sebegitu oleh Wendy.
Gerak-gerinya nampak mencurigakan.
"Oh."
"Kau?" tanya lelaki itu semula.
"Cari ibu aku. Sepatutnya kami sambut hari jadi kami hari ni sama-sama. Aku dah siap belikan kek untuk sambut dengan dia. Tak sangka ibu pun ada beli kek juga. Tapi timingnya memang tak tepat. Ibu terperangkap dalam banjiran manusia yang tengah buat protes tengah-tengah jalan. "
"Wajah ibu waktu tu takut sangat. Aku nampak ibu nak minta tolong tapi tak dapat sebab dia bisu. Tak ada orang dengar dia. Diorang tolak ibu sampai kek yang ibu bawa jatuh. Aku cari ibu merata-rata tapi tak jumpa. Sampailah bila aku dengar bunyi tembakan dan orang yang pertama aku nampak adalah, ibu aku sendiri."
"Badan kecil dia tumbang ke tanah sambil tersenyum pandang aku. Semacam kegembiraan bila dia nampak aku. Aku kelu. Tak dapat buat apa. Aku ingat dengan jelas mata penjahat yang bunuh ibu! Sampai sekarang!" luah Wendy.
Dia kelihatan sungguh marah. Joy dan Kai yang mendengar diam tak berkutik. Mereka hanya mampu bersimpati sahaja. Manakala Loey, dia membuang pandangan kearah luar kereta.
Raut wajahnya berubah. Sepertinya ada sesuatu yang bermain dimindanya. Bibirnya tersenyum sinis.
Bersambung
Maaf lewat post. Vote ye hahahaha
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top