Chapt 3
⇢ ˗ˏˋ 𝒲𝒶𝒾𝓉𝒾𝓃𝑔 𝐹𝑜𝓇 𝒰 ࿐ྂ
"Haneul? Shin haneul? Buka pintu ni, sayang." Suara appa yang memanggil aku dari luar berjaya mengejutkan aku dari tidur aku. Tangan aku mencapai telefon aku bagi melihat jam.
2.15 pagi!? Apa yang appa nak pagi² buta ni? Dengan mamai aku pergi ke arah pintu dan membukanya. Kelihatan appa yang masih berpakaian kemeja kerjanya berada di hadapan pintu bilik aku dengan senyuman. Baru sampai rumah lah tu.
"Appa nak apa pagi² ni? Haneul baru ja dapat tidur sejam." Kata aku dengan mata yang terpejam akibat terlalu mengantuk.
"Maaflah sebab appa terpaksa kejut kamu waktu² macamni. Appa sebenarnya nak hantar kamu ke Australia untuk belajar tentang perusahawanan. Appa nak kamu gantikan tempat apa sebagai CEO syarikat appa. Memandangkan appa pon akan ada banyak kerja lagi, appa nak minta kamu yang jadi CEO syarikat appa. Lagi pon, satu masa nanti, syarikat tu pon akan diserahkan pada kamu. Jadi, apa salahnya kalau kamu belajar mulai sekarang." Ujar appa panjang lebar. Aku hanya mengangguk-angguk sambil cuba memproses dengan baik kata² appa. Terbuntang mata aku apabila segala kata² appa telah dapat aku proses.
"MWOO!?? Ha-haneul ganti tempat appa!? Pfftt-- Lawak betul. Tak lama lagi syarikat tu hancur lah." Aku lepaskan tawa sinis pada hujung ayat aku.
"Sebab tu appa nak kamu bersiap dan pergi ke Australia untuk belajar di sana. Kamu kan teringin nak ke Australia? Jadi apa salahnya?" Ujar appa tenang. Aku seperti tak percaya apa aku dengar ni.
"Okay. Haneul setuju. Tapi, dengan syarat." Aku tersenyum sinis memandang appa. "Haneul nak appa berpisah dengan perempuan tu." Senyuman sinis aku masih tidak lekang, malah ianya lebih melebar. Appa nampak sangat terkedu. Heh! Tau pon.
"Kamu jangan nak melampau, shin haneul! Appa takkan berpisah dengan eunjin hanya disebabkan kamu tak suka kehadiran dia."
"Kalau macamtu.... Ermmm.. takpalah, appa. Haneul pon mengantuk sangat dah ni. Haneul nak sambung tidur dulu, yea?" Ujar aku selamba lalu cuba menutup pintu bilik aku. Belum sempat aku menutupnya, appa terlebih dahulu menghalang.
"Anything, sayang. Tapi bukan tu. Apa² saja tanpa melibatkan eunjin." Aku kembali tersenyum sinis.
"Anything?"
"Anything, dear."
"Promise?"
"Promise."
"Kalau macamtu, haneul nak appa serahkan Vault Tower tu kat haneul. Appa ingat, haneul tak tahu ka appa nak serahkan tower tu dekat perempuan tu? Appa tau kan Vault Tower tu adalah punca keuntungan terbesar keluarga kita?" Ujarku sinis.
"Kamu pon tau kan, haneul, tower tu merupakan satu-satunya tower yang appa ada. Kamu kan akan dapat lebih banyak bahagian untuk harta appa. Kamu pon dapat syarikat appa juga. Kenapa kamu perlukan Vault Tower tu?" Soal appa lagi. Dia nampak bengang ja dengan aku.
"Haneul sebenarnya memang dah lama sangat berangan dapat bangunan tu, tau tak? Jadi.... Apa salahnya appa serahkan bangunan grand tu kat satu²nya anak appa ni? Hm?" Aku sengaja nak buat dia sakit hati. Aku nak tengok sejauh mana dia sanggup hanya untuk buat aku ganti tempat dia.
"Habis? Kalau appa bagi kamu bangunan tu, apa yang eunjin akan dapat?"
"Appa kan ada tinggalkan dia harta. Apa salahnya bagi Vault tower tu kat haneul? Hm? Appa kata appa sayang haneul. Oh! Jangan lupa jugak janji appa tadi. 'Anything'" Saja aku menekankan perkataan 'Anything' itu.
Appa masih mendiamkan dirinya. Aku apa lagi? Sambung lah sakitkan hati dia.
"Anything for me, right? Maknanya apa² yang haneul minta, appa kena tunaikan sebab appa dah janji dengan haneul untuk bagi apa² saja yang haneul nak asalkan haneul tak ganggu perempuan tu, kan?" Aku menggulingkan bebola mata apabila appa masih mendiamkan diri.
"Now, choose one. Give me Vault Tower and I will agree to go to Australia and replace you in the company. Or...." Aku memandang appa semakin sinis sebelum aku meneruskan ayat aku.
"I'll make sure 'She' dies." Terbuntang mata appa dengan kata² aku yang akhir itu. Heh! Baru dia tau siapa Shin Haneul. Melihat appa yang semakin tertekan membuatkan aku rasa puas. "Ppalliwa appa~ You know that I really hate of wasting time? Come on! Just 2 choices. Is it very difficult to make a decision?" Dia masih mendiamkan diri memikirkan keputusan yang sememangnya antara hidup dan mati.
"Three."
"Two."
"O—"
"Okay! Fine! Appa akan serahkan Vault Tower tu pada kamu. Puas?" Aku mengukirkan senyuman sinis tanda kemenangan. Puas pon. "Kamu setuju kan untuk buat apa appa minta?" Soalnya lagi. Dia ingat aku ni mungkir janji sangat ka macam dia? Heh! Ini Shin Haneul.
"Geurae! Bila haneul kena pergi?" Soalku.
"Lusa. Appa dah sediakan semua yang kamu perlukan kat sana nanti. Tempat belajar pon appa dah daftarkan kamu. Kamu akan tinggal sana selama 2 tahun." Terbuntang mata aku. 2 tahun!?? Siyes ah!? Okay haneul. Takpa. Kau boleh!
"Geurae. Now, haneul nak sambung tidur haneul yang terganggu tadi." Sempat aku menjeling appa aku sebelum menutup pintu bilik.
"Jalja, sweetheart! Appa akan bertolak semula pukul 6 pagi nanti! Appa sentiasa sayang haneul, okay?" Aku hanya mengabaikan suara appa dan sambung tidur aku.
— Esoknya —
Lepas saja aku bangun dan mandi, aku terus keluar untuk cari sarapan. Malas aku hadap muka perempuan tu pagi².
Aku menuju ke cafe yang sama dan menempah pesanan yang sama.
Suasana pagi di cafe itu sangat tenang sehinggalah...
"Yeah!! Aku sampai dulu!!" Suara seorang lelaki yang baru saja merempuh masuk pintu cafe tersebut sangat mengganggu aku. Tak lama kemudian, seorang lagi masuk dengan muka yang penat. Mereka berdua mengambil nafas seketika.
Masuk macam normal boleh kot? Kacau mood betullah pagi² ni. Aku hanya mengabaikan dan menikmati sarapan aku.
"Aku sampai dulu, aku menang, kau yang belanja eh?" Kata lelaki tersebut.
"Fine! Kau ni, pagi² dah cuba habiskan duit aku." Ujar seorang lagi. Kuat betullah diorang ni borak. Macam lah orang nak tau korang sembang apa. Lantas aku memasukkan earphone aku ke dalam telinga dan memasang lagu dalam playlist aku.
Sedang aku asyik menikmati sarapan aku sambil didendangkan dengan lagu yang aku dengar, ada dua sosok tubuh yang datang duduk kat meja depan aku. Aku mengintai sedikit dengan menggunakan hujung mata aku.
Ahhh!!! Sudahhh!! Diorang duduk meja depan ni pulakk!! Habislah semakin rosak pagi aku yang dah memang rosak ni!!
"Sunwoo! Cepatlah bawa makanan tu. Aku lapar ni!"
"Eric! Bawak ah dulang kau ni!"
Fuhh!!! Sabarlah shin haneul. Sabarrr!!!!
𝒯𝑜 𝒷𝑒 𝒸𝑜𝓃𝓉𝒾𝓃𝓊𝑒𝒹
===== ⎯⎯⎯⎯ ≪•◦ ❈ ◦•≫⎯⎯⎯⎯ =====
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top