Chapt 1
⇢ ˗ˏˋ 𝒲𝒶𝒾𝓉𝒾𝓃𝑔 𝐹𝑜𝓇 𝒰 ࿐ྂ
Seorang gadis kecil yang sedang duduk sendirian di satu sudut dalam kelasnya. Wajahnya kelihatan sayu saja. Kini adalah masa rehat. Ramai kanak² seumurannya bermain bersama-sama. Ada juga yang sedang makan bekalan mereka.
Gadis kecil itu hanya merenung rakan sekelasnya yang sedang menikmati bekalan makanan yang telah disediakan khas oleh ibu mereka. Tatapannya fokus pada bekal makanan mereka. Terliur? Sudah tentu. Dia lapar. Hari tersebut merupakan hari Rabu di mana semua pelajar perlu membawa bekal makanan sendiri dari rumah atau beli saja dari kedai sebelum mereka ke tadika.
"Tengok haneul tu. Dia tengok bekal kita lah." Bisik salah seorang rakan sekelasnya yang bernama Reena.
"Kenapa haneul tengok bekal kita?" Soal seorang lagi yang bernama eunbyeol.
"Aku rasa, mesti dia nak curi bekal kita. Tengoklah. Dia takda bekal makanan. Aku perasan, setiap minggu, dia mesti akan tengok bekal kita semua." Balas yoora.
"Tak hairan lah, sebab dia kan tak ada eomma. Jadi, takda siapa nak buatkan bekal untuk dia." Kata Reena.
"Aku dengar, eomma dia mati lepas lahirkan dia." Bisik yoora.
"Eomma aku pernah cakap, kalau jadi macamtu, maknanya anak tu bawa bala." Ujar eunbyeol.
"Eomma aku pon cakap benda sama. Maknanya, haneul ni bawa bala lah?" Soal yoora pula.
"Mungkin. Eomma aku pula kata, jangan dekat dengan orang yang bawa bala. Nanti kita sekali yang kena." Balas reena.
Haneul yang terdengar menjadi semakin sedih. Air matanya bertakung. Hampir saja ianya jatuh. Namun, suara seseorang menarik perhatiannya.
"Kolot lah! Eomma aku pulak cakap, jangan dekat dengan orang yang kuat gosip dan mengata orang lain. Nanti, aku pula yang dapat bala." Suara seorang budak lelaki menyergah perbualan tiga gadis kecil itu.
"Kau ni, youngjae! Sibuk ja." Yoora mencebik.
"Tapi betullah kan, dia tu bawa bala. Jadi kita ni tak boleh dekat dengan dia." Ujar reena lagi.
Kanak² lelaki yang bernama youngjae itu terus menepuk kepala reena.
"ADUII!! Sakitlah! Kau kenapa, hah!?" Matanya mula menakung air mata dan menahan kesakitan.
"Padan muka kau. Kutuk orang lagi." Youngjae membuat muka mengejek pada mereka bertiga.
"Teruklah kau ni, youngjae. Kesian reena. Reena, awak okay?" Soal yoora risau.
"Dahlah. Aku nak nikmati bekal makanan terbaik di dunia ni." Sempat lagi youngjae membuat memek mengejek lagi pada mereka sebelum melangkah pergi.
"Oh, yea!" Youngjae mengambil langkah undur sebelum menyambung ayatnya. "Eomma aku pon pernah cakap, jangan banyak sangat cakap buruk pasal orang. Kalau tak nanti, mulut tu kena bakar, pastu kena gunting. Mesti kau tak sabar kan nak mulut kau kena macam tu? Jadi teruskanlah!" Dia terus berlari meninggalkan mereka bertiga yang sudah menjadi geram dengan kata² youngjae.
Haneul yang masih cuba menahan tangisnya menundukkan wajahnya memandang permukaan meja di hadapannya.
Satu bekal bertutup diletakkan di hadapannya. Haneul sedikit terkejut. Dia lantas mengangkat wajahnya bagi memandang seorang kanak² lelaki berdiri di sebelahnya dengan senyuman yang sangat lebar.
"Haneul-ah! Bab mokja! Gati mokja!!" Kata youngjae dengan teruja. Tanpa menanti jawapan daripada haneul, dia terus mengambil kerusi yang berada berdekatannya dan duduk di sebelah haneul. Tangannya lantas membuka penutup bekal tersebut. Haneul memerhatikan isi bekal tersebut. Makanan yang sangat menyelerakan dan dihias comel.
Cemburu? Yea. Haneul sedikit cemburu dengan youngjae yang mendapat bekal makanan secomel itu buatan eommanya. Sayu saja wajahnya menatap bekal tersebut.
"Haneul-ah. Wae geurae?" Soal youngjae yang masih menayangkan senyumannya pada haneul. Haneul langsung tidak mengalihkan wajahnya.
"Apa rasanya dapat makan makanan yang disediakan oleh eomma sendiri?" Suaranya serak. Sudah terang bahawa dia sedang menahan tangisan. Youngjae menjadi sedih melihat gadis malang itu. Namun senyumannya tidak lekang dari wajah. Dia tidak mahu tunjuk kesedihannya pada haneul.
"Haneul-ah! Tengok sini!" Haneul memalingkan wajahnya menghadap youngjae di sebelahnya. Dengan pantas sesuatu disumbat ke dalam mulut kecilnya.
Yea, youngjae menyumbat sedikit makanan pada mulut haneul. Gadis kecil itu terkejut dengan tindakan pantas itu.
"Kunyah lah." Ujar youngjae lembut. Perlahan-lahan haneul mengunyah. Matanya terbuntang.
'Neomu mashisseo!' Bisik hati kecil haneul. Kini, dia mengunyah dengan lebih pantas dan berselera.
"Sedap sangat ka tu?" Haneul mengangguk laju.
"Baguslah!" Ujar youngjae makin teruja dengan reaksi haneul. Dia memberikan dirinya satu suapan sebelum menyuap haneul suapan yang seterusnya. "Mulai sekarang, aku akan minta eomma aku buatkan bekal khas untuk kau." Haneul menjadi teruja apabila mendengar kata-kata youngjae.
Senyuman terukir di wajah haneul. Dia kini terlupa sebentar tentang kesedihannya tadi.
- 5 TAHUN KEMUDIAN -
"HANEUL-AH!!!!!" Dari jauh suara seorang kanak² lelaki melaung nama haneul. Gadis yang berumur 10 tahun itu berpaling bagi melihat empunya suara tersebut berlari menuju ke arahnya dengan senyuman lebar yang langsung tidak lekang dari wajahnya sejak dulu.
"Kau ni kan! Boleh tak berhenti menjerit? Sakit telinga haneul." Si gadis mencebik. Youngjae hanya menayangkan sengihnya. "Apa sengih-sengih?? Haneul tumbuk kang!" Kata haneul sambil menggenggam penumbuknya.
"Comelnya penumbuk kau! Ololoo!!" Lantas youngjae memasukkan penumbuk haneul yang kecil itu ke dalam mulutnya.
(Mulut kau pon kecik, ada hati nak makan penumbuk orang)
"EEWWWWW!!! SOHN YOUNGJAEEE!!!!!" Lantas kanak-kanak lelaki itu melarikan diri dengan pantas persis kilat. "YAHH!! YOUNGJAE-AHH!! JANGAN LARII!!" Haneul berlari mengejar youngjae yang sudah jauh meninggalkannya.
- 7 TAHUN KEMUDIAN -
"Janji yang kita akan graduate sekolah ni sama-sama, yea??" Haneul mengeluarkan jari kelingkingnya bagi mengikat janji.
"Ne!! Mestilah kita akan graduate sama-sama! Tinggal setahun saja lagi." Jari kelingking sang gadis disambut lembut oleh Youngjae. Senyuman lebar terukir pada wajah mereka.
"Kau ingat kan apa jadi kalau kau mungkir janji kau?" Soal si gadis.
"Mestilah! Kalau aku mungkir, aku takkan dapat jumpa kau lagi." Bibir si jejaka dimuncungkan.
"Baguslah kalau kau ingat. Now, I'm hungry. Let's get some food! It's on you, okay!?" Haneul dengan pantas berlari meninggalkan youngjae yang masih terpinga-pinga.
"NO WAYY!! IT'S YOUR TIME TO TREAT ME!! SHIN HANEUL!!!" Kali ini giliran youngjae yang mengejar haneul. Sayang sekali, youngjae lebih pantas berlari berbanding haneul. Sempat dia menjelirkan lidahnya pada haneul ketika dia sedang melepasi haneul. Si gadis tidak berpuas hati. Mereka berlumba hingga ke snack bar.
- SETAHUN KEMUDIAN -
- Hari Graduasi -
"Liar. Kau penipu. You broke the promise. Our promise." Setitis demi setitis air matanya mengalir jatuh pada wajahnya. "If you can't fulfill your promise, then I will fulfill mine. From now on, you will never see me again. Sohn Youngjae." Air matanya diusap. Matanya penuh dengan amarah terhadap youngjae.
Sejak dari hari itu, dia hilang kepercayaan terhadap semua orang. Sikapnya juga berubah dengan drastik serta merta.
'Aku akan pastikan kau terima akibatnya...'
'Sohn Youngjae....'
'Mulai sekarang, aku bukan Shin Haneul yang kau pernah kenal dulu...'
𝒯𝑜 𝒷𝑒 𝒸𝑜𝓃𝓉𝒾𝓃𝓊𝑒𝒹
===== ⎯⎯⎯⎯ ≪•◦ ❈ ◦•≫⎯⎯⎯⎯ =====
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top