'4'
[Ff ni tak dapat ramai sambutan hiks ;-; badaweh korang nak ff ni mature content atau 15+ je? COMMENT PLEASE]
No one pov.
Evelyn mendesis perlahan.
"Jeon Jungkook! Lepaskan dia!" Dari tepi Yoongi bersuara. Jungkook menoleh dan menghentikan perbuatannya. Matanya membulat.
"H-hyung?"
Mereka semua kelihatan terkejut dengan kehadiran Yoongi yang amat rapat dengan Evelyn. Yoongi berdecit.
"Aku tahu apa yang korang nak cakap, tapi ni adik aku. Jangan apa - apakan dia, kalau tak naya kau!" Tegas sahaja suara Yoongi pada ketika itu.
Evelyn ketawa. Sah perangai dia datang lagi. Hyuka dan Soobin menepuk dahi mereka serentak.
"Dah kenapa budak ni?" Soal Namjoon pelik.
"Nanti aku cerita, jom masuk wad Taehyung dulu, tapi jangan bising sangat dia masih tidur tu. By the way, Kai dan Soobin bawa Lyn pulang." Yoongi menyeluk tangannya kedalam poket kot doktornya.
Evelyn berhenti ketawa dan memandang Yoongi tajam, selepas itu dia ketawa semula.
Hyuka dan Soobin segera menarik Evelyn bersama mereka. Evelyn juga sedaya upaya melepaskan dirinya dari genggaman mereka.
"Ah silheo! Nak Taehyung, aku nak dia! Lepaslah! Yoongi! Tolong aku!" Evelyn memandang Yoongi dengan penuh harapan, tapi malangnya Yoongi berlalu pergi begitu sahaja.
BTS dan para isteri melihat Evelyn pelik, ada juga yang bersimpati dengan keadaan Evelyn yang ditarik paksa oleh Hyuka dan Soobin. Mereka berlalu pergi bersama Yoongi masuk kedalam wad Taehyung.
Jira berhenti sebentar, lama dia melihat Evelyn sebegitu rupa. Kepalanya disengetkan.
Jimin yang perasan tiada kehadiran Jira ditepinya, menoleh kebelakang. Memerhati Jira yang tercegat ditengah jalan.
"Jagi? Tengah buat apa tu?" Jimin menuju ke arah Jira, tangannya diletakkan disekeliling bahu Jira.
Jira berhenti mengelamun dan memandang Jimin dengan senyuman kecil.
"Takdelah, kaja"
-
Mereka semua melihat Taehyung dengan simpati, nampaknya penyakitnya belum reda lagi.
Jungkook duduk ditepi katil Taehyung.
"Hyung ceritalah!" Desak Jungkook kepada Yoongi. Yoongi mengeluh.
"Begini ceritanya, Evelyn tu ada penyakit mental disorder. Dia sebelum ni okay je, tapi lepas break dengan first love dia, dia jadi macam tu. Aku kenal Evelyn dah lama sejak diapers lagi. Dia dari kecil takde mak bapak, so family aku baik hati, ambil Evelyn jadi anak angkat. Evelyn ni gadis yang ceria dan senang disayangi sesiapa, tapi bila first love dia pergi, dia mula murung dan depressed. Dia berkurung dalam biliknya selama 3 bulan, tak keluar - keluar. Bila dia keluar badan dia kurus gila, nampak semua tulang badan dia. Muka dia dah tak seceria dulu, cuma mata sembab, bibir kering, pipi dia langsung nampak tulang. Dia keluar dari rumah kitorang dan cuba hidup sendiri. Akhirnya dia berjaya, dia kembali jadi cantik dan bermaya, tapi mental dia tidak seceria itu, dia berjumpa dengan 5 budak yang aku taktahu asal usul diorang tapi yang aku tahu, Evelyn dah rosakkan mereka dan simpan. Sebenarnya dah banyak dia rosakkan namja secara suka - suka, tapi semuanya tak selamat kecuali mereka berlima. Dan Taehyung mungkin akan menjadi salah satu daripada mereka. Tapi jangan risau, aku ada. Aku boleh halang Evelyn. So begitulah alkisahnya, ada faham?"
Mereka semua mengangguk serentak.
"Tapi hyung, kalau Evelyn tu adik angkat kau sejak diapers, kenapa kitorang tak pernah nampak dia?" Soal Namjoon.
"Kau orang bukan kenal aku sejak diapers pun, dah masuk sekolah menengah tinggi baru kenal kan. Umur kita semua masa tu baru 17 tahun, Evelyn 16 tahun. Dia keluar rumah kitorang sejak umur dia 16 tahun. Dia tak pergi mana - mana pun, just balik kampung je."
Mereka meng'oh'kan ayat Yoongi.
"Ha ada soalan lagi?"
"Ada - ada sini - sini!!" Jerit Jin mengada.
Yoongi pandang dia dengan muka derp.
"Siapa budak 5 orang tu dan siapa first love Evelyn?"
"Kau ni, sibuk nak tahu privacy dia" Yoongi menjeling. Mereka semua memandang Yoongi berharap.
"Ish, kalau aku bagi tahu pun, belum tentu korang kenal."
"Cakap je lah" Desak Jungkook lagi sekali.
Yoongi rollkan matanya.
"Yelah - yelah, budak 5 ekor tu, nama diorang Soobin, Yeonjun, Beomgyu, Taehyun dan HeuningKai. First love dia, Park Bogum."
"B-bogum hyung?" Sebut Taehyung tak percaya.
Mereka semua menoleh ke arah Taehyung terkejut.
"Tae! Kau dah sedar?!" Mereka mengerumuni Taehyung. Taehyung hanya mampu senyum kotak.
"Eh tepi - tepi, aku nak periksa dia." Yoongi menolak mereka semua ketepi. Mereka memerhati pergerakan Yoongi.
Sebelum memeriksa, Yoongi menekan butang merah diatas katil Taehyung untuk memanggil para nurse yang lain.
Selang beberapa minit, Nurse Jiae masuk kedalam diikuti Nurse Hani bersama fail ditangan mereka.
Yoongi mula melakukan tugasnya dengan memeriksa mata, telinga, dan mulut Taehyung.
Nurse - nurse itu mencatat kesemuanya yang diberitahu oleh Yoongi.
"Nampaknya keadaan Taehyung dah sedikit stabil, tapi dia tetap kena berada dalam wad ni selama beberapa hari sehingga dia betul - betul sembuh dan stabil" Yoongi berkata sambil memandang mereka semua.
Mereka mengangguk faham.
Namjoon dan Jin segera mengerumuni Taehyung.
"Tae, tae okay?" Mereka menunduk rasa bersalah kerana kehilangan Taehyung sejak hari itu.
Taehyung perlahan - lahan mengangkat tangannya dan memegang tangan mereka. Sambil itu dia senyum.
"Tae okay je lah hyungdeul! Tae kan kuat!" Kata - kata Taehyung sedikit sebanyak memberi mereka ketenangan.
"Taehyung hyung!! Huaaaaaaaaaa rindu hyung!" Jungkook berlari sambil mendepa tangannya sedia untuk memeluk Taehyung.
Taehyung membesarkan matanya.
"STOPPPPP!"
Jungkook berhenti serta - merta. Senyumannya belum pudar sama sekali.
"Mari sini" Panggil Taehyung, sambil itu dia dibantu untuk duduk oleh Namjin.
Jungkook segera kearah Taehyung, Taehyung menariknya dan memeluk Jungkook lembut.
Tapi Jungkook memeluk Taehyung erat sambil menggoyangkan bontotnya kekiri dan kekanan seperti anjing mengibas ekornya.
"Bogochippeochooooo"
Taehyung menepuk - nepuk belakang Jungkook kuat.
"W-weh aku tak bernafas!"
Belum sempat Jungkook melepaskan pelukan, Jimin datang dan join mereka.
"Group hug!!" Jerit Namjoon dan mereka semua memeluk Taehyung.
Mata Taehyung semakin membesar. Matilah.
-
Evelyn duduk diatas katilnya sambil memeluk lututnya. Mukanya sedih sepanjang masa.
Dia tidak tahu sama ada dia sedih melihat Taehyung ataupun Bogum yang muncul secara tiba - tiba bersama yeoja lain disampingnya.
Matanya berganjak melihat pemandangan Seoul dihadapan matanya.
Tanpa dia sedar, air matanya mengalir membasahi pipinya yang mulus tanpa sebarang cacat cela.
"Hik.. hik.. d-dia dah ada p-pengganti yang baru.."
Tok Tok
"Lyn, boleh aku masuk?" Soal seseorang dari luar biliknya.
Evelyn mengangkat mukanya. Air matanya dilap menggunakan tangannya.
"Hm"
Orang itu membuka pintu bilik Evelyn dan terdiam sebentar melihat rupa Evelyn yang sedemikian rupa.
"Ah beomgyu.. kau nak apa?" Soal Evelyn dan mengalihkan pandangannya ke arah Seoul semula.
Beomgyu senyum kecil dan mengorak langkah kearah Evelyn, sesudah sampai, perlahan - lahan dia duduk ditepi Evelyn.
Tangannya mengusap lembut rambut Evelyn.
"Kau okay?" Soalnya dengan lembut.
Evelyn menggigit bibirnya, menahan air matanya keluar sekali lagi.
"Hey... aku ada kat sini, kau boleh cerita kat aku" Pujuk Beomgyu lagi sekali.
Akhirnya Evelyn mengalah dan terus memeluk Beomgyu erat. Dia akhirnya tewas dan nangis teresak - esak dibahu Beomgyu.
"Gyu hik hik, d-dia- ... d-dia hik"
Beomgyu mula 'hum' seperti lullaby untuk menenangkan Evelyn.
"Slow - slow sayang" Bisik Beomgyu ditelinga Evelyn.
"B-bogum.. d-dia dah ada y-yeoja lain"
Muka Beomgyu menjadi ketat. Tangannya digumpalkan menjadi penumbuk.
"A-aku nak k-korang terseksa macam a-aku, aku nak Taehyung terseksa! D-dia tak layak untuk hidup!"
TBC
----------------------------------------------------
Sorry lambat update :(
Dan sorry juga kalau chap kali ni pendek sikit. Tiber aku rasa idea aku tak tersusun kat akhir - akhir tu hiks.
So dipersilakan komen yang korang tak faham, aku try jelaskan.
Btw ni SEQUEL kepada Criminal, bukan SEASON 2 harap maklum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top