BAB 90 :SPECIAL PART

***

"Hottie pie!belikan saya spaghetti," jerit Hana dari tingkat atas.

"MCD!"

"Macaroni!"

"Burger!"

"Satu lagi. Wait hubby. Let me list it first. Ala lupa lah pula," Hana sudah mulain kegeraman. Umur aku ni kira mudah lagi tapi boleh jadi pelupa. Hana mendengus geram.

Noah menggeleng kepalanya perlahan.
Nak buat macam mana kalau isteri mengidam ni memang tak boleh lawanlah, getusnya dalam hati.

"Sayang...kan makanan tu tak baik untuk kesihatan baby dalam perut tu...pilih yang lain lagi. You cant eat that food. Ada yang spicy pula tu. Suami mana yang tak risau,"
perut isterinya diusap perlahan.

"Jadi? awak nak biarkan saya tak makan? ala hubby awak tak kesiankan saya ke? dari malam punya semalam lagi saya craving tau. Yang spicy tu tak payahlah pilih. Lagipun saya memang tak suka makan pedas. Tapi sayang...I really want all this food right now. Please...please...sayang...." Hana mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Awak tak takut gemuk?"

Pandangan Hana terus berubah secara drastik. Rasa macam nak jadi langsuir pula hari ini sebab ada yang nak minta kena makan ni. Eh jap langsuir makan orang ke?

"Ni semua awak punya salah lah. If Im not pregnant manalah I craving! hisy! kalau saya gemuk pun masih isteri awak jugakan?melainkan kalau awak dah tak suka bila tengok saya gemuk macam giant," Hana memberikan jelingan tajam. Apalah nasib kita yang perempuan ni. Bertabahlah ya.
Pandai-pandailah cari suami yang faham akan keadaan kita semasa mengandung.
Kalau diorang buat buat tak faham ambil je frying pan lepas tu kasih hempuk dekat kepala diorang.

"Ala salah husband pula. Salah sayang lah tu. Ni iman lelaki ni kadang kadang tak kuat tau. Mudah jatuh cinta dengan mana mana gadis. Tapi kalau sayang gemuk pun hubby tak akan pergi dekat perempuan lain sebab sayang tetap cantik di depan mata husband sayang ni," Noah mengenyitkan matanya.

"Ele...puji tak ikhlas je. Baiklah I tak nak makan dah semua tu. Just buy me milk and some fruit. Kalau saya makan semua tu pun I tak nak gemuk. I nak sentiasa lawa depan suami I. Supaya tak ada minah yang cuba nak ngorat awak. Okey hubby?" Hana mengerdipkan matanya beberapa kali.
Sudahlah encik suami ni hot takkan lah isteri dia pula tak hot.

Noah mencuit hidung isterinya."You know what sayang? sayang nampak hot tau bila tengah pregnant ni. Haha. Tak apa kan kalau hari-hari macam ni?" ayat terakhir sengaja diperlahankan Noah.

"You nak I pregnant everyday? husband pernah rasa penyepak sayang ke? Kalau belum sini," Hana menahan geram. Nasib baiklah Niel ada kat bawah. Kalau tak anak tu lagi yang akan support papa dia ni.
Maklumlah nak adik banyak. Heih.

Noah tergelak seketika."Dah pernah rasa. Tak nak dah. Sakit tau. Tak kesian husband you ke nanti lebam sana sini?" Noah sempat memuncungkan mulutnya.

"Cute lah sangat. Dah sana. Pergi beli apa yang saya suruh awak tadi. Jangan muncungkan mulut tu. Macam itik pula.
Seiras sangat. Tapi comel," ujar Hana seraya tergelak.

"Husband sayang ni memang comel pun.
Kalah Lee Min Ho kan sayang? tapi sebelum saya pergi beli sayang kena ikut turun bawah dulu. Ada perkara penting,"

"Hm...awaklah yang paling handsome lagi comel di dunia. Boleh je tapi awak kena angkat I macam gaya bridal style gitu barulah sweet. Nanti baby dalam perut ni pun bangga dapat papa yang romantik lagi caring dengan mama yang tengah pregnant ni," ujar Hana penuh manja. Biasalah kalau mood wanita mengandung ni.

Noah mengusap perut isterinya. "Ala yeke baby daddy ni. Okey..baiklah. Nak jadi suami yang paling romantik jap. Sayang mungkin kebanyakkan lelaki yang romantik ni ada dekat drama tapi percayalah in real life pasti banyak yang lagi romantik. Contohnya macam husband sayang ni lah," Noah kemudian mengangkat isterinya dan sempat mencium kedua-dua belah pipi Hana.

Hana memaut leher suaminya dengan senyuman penuh menggoda. "My husband ni memang pun romantik. Nanti I nak buat cerita. Tajuk cerita tu adalah 'Suami Hari-Hari Romantik'. Macam best pula dengar kan sayang?" tanya Hana.

"Suami Hari-Hari Romantik. Not bad. Sesuai dengan watak seorang suami yang bernama Noah Luke Vincent,"

Hana tergelak seketika."Untunglah isteri yang dapat awak ni kan sayang?" ujar Hana.

"Of course, baby,"

"Berat-berat macam ni pun awak boleh pula panggil I baby. Tak nak lah panggilan tu.
Just sayang, honey, dear, wife itu je yang I nak," kata Hana.

"Halah kenapa pula? cute apa baby tu?"

"Isy tak nak. Panggilan baby sesuai untuk baby dalam perut ni je. Okey dear husband?"

"Baiklah sayang. Husband menurut perintah sayang,"

Sampai sahaja di tingkat bawah kelihatan ahli keluarga Hana dan ahli keluarga Noah yang sedang menunggu mereka. Terus membulat mata Hana melihat ahli keluarga Noah juga ada. Reunion ke apa ni?

Datin Evelyn dan datin Kylie tersenyum melihat Noah dan Hana. "Amboi...maklumlah dah pindah dekat rumah baru bolehlah beromantik kan?" sempat yang lain mengenakan mereka berdua.

"Ha'a betul tu. Ni suami Hana ni makin sweet pula ye. Memang untunglah isteri awak Noah,"

"Alahai cute je Hana ni. Berbadan dua lagi pula. Tahniah both of you. Niel dah ada adik dah," ujar Davika. Di sebelahnya ketika itu adalah Nick. Mereka sudah mengikat tali pertunangan sebulan yang lalu dan hanya menunggu masa untuk Nick menjadikan Davika isterinya yang sah. Davika kini sudah jauh berbeza berbanding sebelumnya. Dia bukan lagi Davika yang dulu. Penampilan dan tutur katanya sudah jauh lebih baik membuatkan Hana bangga akannya.

"Thanks Davika. By the way congrats too," ujar Hana seraya memandang ke arah Nick.
Davika mengangguk faham seraya tersenyum.

"Hana...we have a special surprise for you today," Datin Evelyn berkata membuatkan Hana tertanya-tanya. Dia memandang ke arah Noah cuba meminta penjelasan namun Noah hanya memberikan isyarat 'just wait and see'.

"Special surprise? Hana kan dah dapat semua tu," ujar Hana penuh yakin.

"Are you sure Hana?" tanya Daniella pula.
Theo yang duduk disebelahnya sedang mendukung bayi mereka yang baru berusia 2 bulan.

Hana mengangguk.

"Tengok dekat belakang,"

Hana pantas memusingkan badannya menghadap ke belakang.

"Ayah!!"

Tanpa menunggu lama Hana terus mendapatkan ayahnya dan lantas memeluk seorang insan yang dirinduinya selama ini.
Tangisannya mula kedengaran ketika itu.

"I miss you daddy...thanks God. You answer my prayer."

"I miss you too my daughter," ujar Dato Austin seraya tersenyum. Kepala anak bongsunya itu diusap penuh lembut.
Sungguh dia gembira dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala dan apa yang membuatkan dia bahagia adalah keluarganya. Dia berjanji. Walau apapun yang akan terjadi dia akan melindungi keluarganya dan dia tidak mahu perkara lalu akan berulang kembali.

"Hana bangga dengan ayah.You are strong daddy. We all are proud of you. Today was the best day ever. I been waiting dad for too long. Thank you dad,"

"Ayah dah janji yang ayah akan balik. And here I am today let us celebrate this beautiful day,"

Datin Evelyn dan Daniella segera menuju ke arah mereka."Lets do family hug together,"
ujar mereka serentak.

CLIK!

Beberapa gambar diambil ketika itu.

"Congratulations The Livingston Family," ujar yang lain serentak.

Dato Austin sempat menunjukkan thumbs up ke arah Noah dan Theo."Without this two man I dont know what would happen.
Terima kasih Noah dan Theo. Both of you are the best' menantu'. Terima kasih juga kerana menjadi pengganti untuk menjaga kedua- dua anak saya. You do the best. Cucu saya semua ni pun comel-comel belaka. Memang meriahlah villa ni tak lama lagi," kata dato Austin sambil tersenyum.

Hana mengenyitkan matanya ke arah Noah.
Daniella juga membuat perkara yang sama kepada Theo. Alahai dua adik beradik ni dapat suami doktor memang payahlah.
Bestfriend pula tu. Memang gempaklah.

"Come Niel. Jom pergi tempat mumy,"

Hana segera mendapatkan Niel lalu mengucup pipi anaknya itu. Noah juga membuat perkara yang sama."I love you mumy and daddy," ujar Niel lalu mencium pipi ibu dan ayahnya. "We love Niel too," kata Hana dan Noah serentak.

"Lets us take a picture. Sayang awak kira ye," kata Hana.

"Okey come. Neng...song..sam..."

CLICK!

"Bahasa apa tu awak?"

"Thailand my dear,"

Hana mengangguk.

"Phom rak khun," bisik Noah perlahan.

"I know this one. Chan rak khun dear husband," balas Hana.

"Okey good. Memandangkan sayang dapat balas so the reward adalah your husband akan bawa sayang and Niel travel pergi Thailand this week. Kita travel sana nak tak?"

"Yes!of course!thanks you husband!" jerit Hana dengan gembira tak terkata. Akhirnya dapat peluang lagi ke sana.

"Thank you daddy!"

Noah tersenyum seraya membawa isteri dan anaknya ke dalam dakapan.



❣♥️


"Cause Im the dreamer, and you're the dream"









Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top