Bab 85


Rayden memandang sinis kearah seorang wanita yang terkulai lemah di atas lantai. Sungguh dia rindukan wajah yang hampir sahaja duculiknya dulu. Bukan sekali sahaja. Namun ini sudah masuk kali yang ketiga wanita itu berjaya diculiknya.

"Sayangku Hana..."

Kedengaran sayup-sayup di telinganya suara seseorang memanggilnya dengan lembut. Walaupun kepala masih terasa berat namun digagahkan jua untuk bangun.

"Noah..." panggil Hana yang masih berusaha untuk bangun.

Rayden tergelak sinis. Dalam masa genting macam ni pun masih nak fikirkan suami kau tu. Tak apa lambat laun nyawa kau akan tetap berakhir disini.

Dalam bayangan Rayden dia terbayangkan wajah cantik Hana itu adalah Daniella.
Semua tentang Hana juga dibayangkan seperti Daniella sehingga membuatkan dia terasa ingin melakukan sesuatu pada Hana yang lebih buruk.

"Lelaki tu dah mati!kenapa kau pilih dia sedangkan aku yang sempurna di depan mata kau putuskan begitu saja?aku tak bodoh Daniella!aku tak bodoh!kau cantik dan selalu buat aku tergila-gilakan kau sehingga sanggup mengadaikan semuanya demi kau. Tapi, kau?kau buat apa?kau putuskan aku demi lelaki yang kau kenal baru beberapa bulan. Aku dah lama teringin nak bunuh kau!dah lama sayang tapi kau pintar. Kau tahu semua permainan aku sehingga aku libatkan adik kau. Aku boleh gila bila lihat kebahagiaan kau dengan lelaki tak guna tu!kau dah melampau Daniella!"

Hana tersentak. Macam...macam mana aku boleh ada disini sedangkan aku di?Apa semua ni!Rayden?apa yang berlaku?

Melihat reaksi Hana yang masih terkejut Rayden terus mengarahkan pengikutnya untuk menyimbahkan air sejuk ke arah Hana.

"Kau harus berterima kasih sebab aku tak suruh mereka simbah air panas diatas kepala kau. Kalau kau nak tahu kenapa kau ada disini jawapannya ada pada Daniella, kakak kau sendiri!aku baik Hana. Aku tak jahat. Tapi kakak kau tu yang paksa aku jadi syaitan. Dan hari ini kau yang akan gantikan tempat dia. Aku sebenarnya dah lama ingin buat perkara ini tapi sayang, kau juga terlalu setia pada Noah," Rayden sengaja membersihkan hujung pisau lipatnya di hadapan Hana.

"Tajam tak?kalau aku bunuh orang tersayang dalam hidup kau guna ni kau mesti gembirakan?"

"Kau gila Rayden!" marah Hana. Ini manusia yang layak pupus dari muka bumi. Sungguh menaikkan kemarahannya!

Rayden menjongketkan keningnya."Aku?
layak pupus?sebut ayat tu sekali lagi!" dagu Hana diangkat kasar. Mata tajamnya menikam kearah Hana namun sedikit pun tidak berjaya membuatkan Hana berasa takut. Baginya kebencian yang timbul dalam dirinya ketika ini.

"Kau layak pupus dari muka bumi!orang macam kau layak sahaja tinggal di neraka,"
pandangan Hana juga begitu tajam saat mengatakan ayat itu sehingga membuatkan Rayden tercabar.

Bahu Hana ditekan kuat membuatkan dia menjerit kesakitan."Rayden!you are worst!let me go!" dengan sekuat hati Hana ingin menepis tangan Rayden namun masih belum berhasil.

Dia yang mempunyai satu idea terus menggigit tangan Rayden membuatkan lengan baju pendek yang dipakai Hana terkoyak kerana Rayden menarik tangannya kuat dari terus digigit.

Mukanya kemerah-merahan menahan marah. Pengikut yang lain ingin menendang Hana namun ditahan oleh Rayden. Hasil ggitan tadi dipandang Rayden sekilas.
Dia terus mencekik leher Hana sehingga menampakkan kesen merah di bahagian leher wanita itu.

"Kau nak kau bunuh kau sekarang?boleh!tapi aku nak nikmatinya dahulu!sebelum aku hantar kau ke tempat yang lebih aman!"
Gelak tawa Rayden mula kedengaran di segenap ruang itu.


***

Davika terketar-ketar memegang telefonnya. Dia takut jika Noah tidak menjawab panggilannya. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi jika Hana tidak diselamatkan. Dia tahu tentang hal itu kerana Rayden yang sendiri menghubunginya.

"Aku harap kau tak akan campur tangan dalam urusan aku. Kalau aku dapati kau bersekongkol dengan mereka. Nyawa ayah kau berada di tangan kau jadi jangan paksa aku untuk melakukan. Bukankah kau nak membiarkan Hana-"

"Kau buat apa?huh!kalau kau berani sentuhkan tangan kau tu pada dia aku janji aku tak akan pulangkan jari kau. Kau tak ada hak nak ungkit masa lalu aku. You are nothing Rayden!" marah Davika.

Rayden semakin gelak sinis mendengar kata kata saudaranya itu. Apa dia ingat dia takut dengan kata-kata itu?heh!

"Aku dah sentuh dia pun. Dah banyak kali juga. Kalau kau tak nak kawan baik eh tak pembetulan ex-bestfriend kau ni mati. Suruh Daniella jumpa aku itupun kalau dia sayang nyawa adik dia ni. Kalau kau libatkan Noah dalam hal ini aku tak akan teragak agak bunuh keluarga kau. Sekarang kau berani lagi ke nak cabar aku?masa lalu kau juga ada kaitan dengan aku jadi aku ada hak mengungkitnya. Don't take too long. Time flies Davika,"

"Kau!!aku bunuh kau Rayden!aku bunuh manusia jahanam macam kau!" jerit Davika namun panggilan terus ditamatkan.

Davika pantas mengesat air matanya apabila panggilan akhirnya disambut oleh Noah.

"Davika. Hana ada dengan kau ke?" soalan pertama yang ditujukan.

"Tak dia tak ada disini. Aku risau Noah.
Aku takut kalau ada apa-apa yang terjadi pada Hana. Rayden dah mulakan rancangan gila dia tu. Dan...dan dia dah dapatkan Hana,"

"APA!!!SH*T!!" streng kereta ditumbuk dengan amarah yang mula membuak-buak ketika itu. Rayden!kau memang binatang.

"Terima kasih Davika,"

"Noah walau macam mana sekali pun kau kena bawa Hana dalam keadaan yang selamat. Aku akan bantu kau. Mungkin cara ini aku dapat tebus kesilapan lalu aku,"

"Baiklah. Hantar aku alamat sekarang.
Sampaikan pada Theo dan Daniella tentang ini,"

"Niel?where is he?"

"Dia ada dengan datin Evelyn di hospital sekarang. Aku akan tiba di tempat itu tepat jam 6:00 petang dan kau akan menyusul selepas itu. Arah semua pengawal di villa supaya serbuh tempat itu secara senyap-senyap,"

"Baiklah. Aku akan buat. Be careful Noah.
Hana dan Niel perlukan kau dan jangan buat mereka sedih,"



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top