Bab 81


Rayden menyepak kuat barang-barang yang tersusun di atas lantai biliknya. Tangan dikepal penuh erat. Memang malang nasibnya hari ini. Kalau bukan kerana Davika tak adalah dia ditemani dengan kemarahan setiap hari. Noah dah bertolak pergi dari kampung tu?mesti ini disebabkan Davika yang pergi bagitahu semua. Kurang ajar perempuan ni!

"Frank!sini kejap!"

Pembantu Rayden yang bernama Frank itu segera menuju ke arah bosnya dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kemarahan Rayden semakin menggunung.

"Ya bos?ada apa yang bos nak saya buat?" ujar Frank yang takut-takut memandang wajah Rayden yang seperti harimau ingin membaham mangsanya ketika itu.

"Aku nak kau cari Davika. Jangan bagi muka dekat perempuan tu lagi. Aku tak kisahlah kau nak bunuh dia terus ke apa just go on.
Lagi cepat kerja kau lagi bagus. Disebabkan perempuan ni lah semua misi aku gagal!kalau kau boleh buat kerja seperti apa yang aku suruh aku akan reward kau lebih banyak. Ini kerja yang terakhir untuk kau kalau kau gagal aku akan pastikan nyawa kau yang akan jadi taruhan," ujar Rayden dengan penuh sinisnya.

Frank menelan air liurnya. Terasa degupan jantung mula berdegup kencang disebabkan dihuni rasa takut. Aku ada keluarga. Kalau aku gagal jalankan misi ini isteri dan anak aku macam mana?aku kena pastikan kali ini semuanya berjaya dilaksanakan. Bisik dalam hati Frank.

Frank mengangguk laju."Aku akan buat yang terbaik," kata Frank membuatkan Rayden berasa senang hati melihat kesungguhan pembantunya itu.

"Aku akan hantar beberapa pengawal lain untuk bantu kau dalam misi ini. Now go!"

Rayden menyilangkan tangannya di dada.
Dia hanya menghantar pandang kearah Frank yang semakin jauh dari tempat dia berdiri. Davika masa kau hanya berbaki beberapa jam untuk merasai dunia selepas itu aku akan ucapkan selamat tinggal.


***

Tepat pukul 5:00 petang mereka telah pun tiba di perkarangan villa. Hana pula sudah terbangun dari mimpi indahnya di siang hari. Mata dikesat perlahan lalu memandang sekilas suaminya yang sedang merenung tepat kearahnya. Fulamak boleh pula ye main tenung tenung dahlah aku baru je bangun. Bisik dalam hati Hana dengan penuh geram.

"Sayang...you look so tired. Awak ambil rehat di bilik. Nanti sakit pula," kata Noah penuh prihatin. Kepala isterinya diusap lembut. Niel di belakang yang leka bermain dengan anak patung dipandang untuk memastikan keadaan anaknya.

"No its okey. Saya tak penatlah hottie pie just mengantuk je tadi. But now dah hilang pun ngantuk ni. Don't worry..." Hana mempamerkan senyuman manisnya walau hakikatnya dia berasa pening sedikit ketika itu namun masih boleh ditahan.

"No. I need you to take rest. Sayang this is your hubby I know everything when the times you're not okey. Awak tak sihat ni and I can see it from your eyes sayang," kedua dua belah pipi Hana dipegang lembut membuatkan keadaan seakan romantis seketika. Hana tersenyum kecil. Pipi suaminya terus dicubitnya perlahan.

"Kalau macam tu saya masuk dahulu. Tapi kesian pula awak seorang je yang angkat beg ni. Tak adillah sebab barang ni bukannya ringan tapi berat mengalahkan berat anak gajah," Hana memuncungkan mulutnya.Noah tertawa seketika.

"Sayang, hubby awak ni kan berbadan sasa belum masuk six pack pasti superb. Dah pergi masuk kat dalam villa sekarang. Don't talk anymore," jari diletakkan dibibir memberikan isyarat supaya diam. Hana terus mengeluh perlahan. Dia mendukung Niel dan perlahan lahan membuka langkah meninggalkan suaminya. Dah dia kata macam tu kita nak buat apa lagi?

Sebaik sahaja pintu utama dibuka semua yang berada di ruang tamu terus mengalihkan pandangan ke arah Hana.

"Eh Hana tak tanya pun yang kau balik. Kitaorang kan boleh prepare awal-awal," ujar Daniella seraya tersenyum.

"Maaf kak. Bukan apa cuma Noah dia ada banyak kerja esok itu yang secara mengejut bawa Hana pulang,"

Davika yang duduk di sebelah datin Evelyn hanya diam menunduk. Hana memandangnya dengan pandangan menjengkelkan. Setiap kali dia melihat Davika, perempuan itu seolah olah pembawa masalah di dalam keluarganya.
Entah apa pula lakonan yang dia buat hari ini aku pun tak tahu. Bisik dalam hati Hana.

"Hana...mumy nak cakap dengan Hana sekejap secara personal," ujar datin Evelyn dengan serius. Yang lain segera memberikan mereka ruang untuk berbual tidak mahu dicop menyampuk.

Hana segera mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. Nampak macam penting apa yang ibunya mahu sampaikan kepadanya.

"Hana kamu kena hati-hati. Mumy risau keselamatan kamu dan Niel begitu juga Noah. Apa yang terjadi di villa baru-baru ini
menandakan musuh semakin dekat. Mumy tak mahu ada nyawa yang dijadikan taruhan. Hana, villa ni sudah tidak selamat untuk kamu. Kamu kena ikut Noah lagi lagi Niel. Dia masih kecil dan mumy tak mahu ada apa apa yang terjadi pada cucu mumy.
Cukuplah perkara lalu yang sudah beberapa kali buat mumy berasa bersalah. Hana...ayah kamu berada di Icu dan permintaan terakhir ayah kamu dia mahu melihat wajah puterinya kerana masa dia sudah tidak lama. Mu-my tak sanggup...kehilangan ayah kamu..." air mata datin Evelyn mula mengalir laju membasahi pipinya.

Hana memeluk ibunya penuh erat. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya dia pada ayahnya selama ini. Kenapa saat-saat terakhir baru dia diberi peluang untuk berjumpa dengan ayahnya. Kenapa selama ini dia tidak dibenarkan untuk bertemu dengan ayahnya?adakah dunia begitu tidak adil kepadanya?

"Walau macam mana sekali pun Hana tak nak pergi dari villa ini. Terlalu banyak kenangan selama Hana tinggal di villa ni dan tak mungkin Hana anggap villa ni dah tak selamat untuk Hana. Mumy...Hana nak sangat jumpa ayah. Hana nak dengar suara ayah untuk kali yang terakhir. Hana nak peluk ayah untuk kali yang terakhir,"

Hana cuba untuk mengesat air matanya namun semakin deras pula air matanya keluar. Pelukan pula semakin dieratkan.
Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Datin Evelyn menggelengkan kepalanya perlahan."Mumy cuma akan benarkan kalau Hana ikut Noah pindah di rumah baru. Mumy cuma tak nak ada yang terjadi dekat Hana. Please Hana..." rayu datin Evelyn. Bukan dia berniat untuk menjadi kejam terhadap anak sendiri namun ini sahaja jalan yang dia ada untuk menyelamatkan anaknya.

Dahi Hana dikucup lembut oleh datin Evelyn."Mumy minta sangat untuk kali ini.
Please Hana," kedua dua tangan anaknya digenggam penuh erat. Air mata Hana dikesat perlahan. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menangis begitulah juga dengan datin Evelyn.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top