Bab 78

Datin Marlinda menolak kuat pasu kaca yang berada di sebelahnya. Amarahnya menggunung ketika Rayden memberitahunya bahawa rancangan mereka telah gagal. Apa yang lebih menyakitkan hatinya apabila dia mendapat tahu duit yang sebenarnya ditransfer ke akaun banknya telah gagal dalam proses.

"Apa yang dah berlaku?Rayden kau dah janji dengan auntie kan?Kau boleh buat semua tu. Kau ni rupanya tak reti nak buat kerja juga!" marah datin Marlinda tanpa memikirkan perasaan anak buahnya ketika itu.

"Maaf auntie. Ini memang salah Rayden." kesal Rayden dengan nada separuh sedih. Datin Marlinda menggengam erat buku limanya. Kalau Rayden hanyalah orang suruhannya sekarang sudah lama dia test power dengan penumbuknya itu.

"Balik!auntie dah tak nak Rayden terlibat dalam rancangan auntie. Lebih baik kalau Rayden pergi buat kerja Rayden sendiri. Menyusahkan auntie tahu tak!"

"Just calm down auntie. Rayden tahu siapa dalang disebalik rancangan ini sehingga kita kalah. Tapi auntie tak perlu risau Rayden boleh handle setakat ni,"

"Siapa mereka?jahanam tu?"

"Davika. Dialah punca semuanya sehingga rancangan kita tak berjaya sebab Davika nak balas dendam dengan saya sebenarnya. Jadi apa yang auntie nak Rayden buat sekarang?" ujar Rayden.

Datin Marlinda tersenyum penuh sinis. Anak bodoh tu berani nak masuk campur dalam urusan ibu dia. Aku dah bagi warning!

"Bawa dia balik. Taulah apa auntie buat dekat dia. Dah cukup ayah tak guna dia tu menyusahkan aku ditambahkan pula dengan anak bodoh dia tu. Kau jangan nak cabar aku Davika!"

Rayden tersenyum sinis. Baguslah ini yang aku suka. Bila dah kebencian dia bertambah lebih senang untuk aku dapat apa yang aku nak selama ini.

"Lagi satu .Davika bukan keseorangan tapi dengan Noah sekali,"

"Apa!!"

"Yes auntie. Terpulang pada auntie nak percaya ke tidak tapi pengawal Rayden nampak kejadian tu semasa berada di villa The Livingston Family. Mereka seperti berpakat untuk menyelamatkan datin Evelyn. Auntie bukannya tak tahu kan datin Evelyn tu mak mentua Noah jadi memang sahlah dia akan selamatkan ibu mentua kesayangan dia tu," bohong Rayden.

Malang sekali datin Marlinda terpedaya dengan kata kata Rayden sehinggakan niatnya untuk membunuh Noah semakin berkorbar-korbar.

"Mana lelaki tak guna tu sekarang?kalau dah dapat location dia beritahu auntie dan auntie akan hantar pengawal untuk jatuhkan dia," kata Datin Marlinda dengan mata helangnya yang sudah tidak sabar menunggu mangsanya mati.

"No worry. Pembantu Rayden sedang cari dimana keberadaan Noah sekarang. Pasal Davika tu biar Rayden je yang uruskan,"
terasa senang hati pula Rayden ketika itu.

Datin Marlinda mengangguk faham. Dia berdiri dari tempat duduk dan segera menunggu pembantu Rayden di luar rumah.


***

Noah khusyuk memandang isterinya yang sedang sibuk melipat kain di ruang tamu sehingga tak tenang Hana dibuatnya.

"Awak lipat kain ni dulu. Mata tu asyik tenung kat muka saya. Ada apa-apa ke yang melekat kat muka saya ni sampai pandangan awak tu tak lari?" tanya Hana geram.

"Tadi kan hubby awak kata nak bantu tapi awak tu yang degil tak nak itu yang saya tenung je wajah cantik isteri saya ni. Best juga. Nak tahu tak sayang wajah sayanglah yang memang buat hubby awak ni angau setiap hari,"

"Dahlah tu pergi buat. Isy bagi ayat tu pun dalam keadaan macam ni. Nasib Niel dah tidur."

Noah tergelak lucu. Kepala isterinya sempat diusap sebelum mula menjalankan kerja seperti yang disuruh Hana sebentar tadi.

Kini giliran Hana pula yang duduk di atas sofa. Dia melihat sekilas suaminya yang begitu tekun membuat kerja.

"Macam mana awak dapat tahu saya ada kat sini?" soal Hana yang sememangnya tertunggu-tunggu jawapan untuk soalannya itu. Tak mungkin kalau Daniella yang beritahu mesti ada orang lain yang beritahu dia.

"Its a secret. Lagipun sekarang hubby awak dah ada kat sini so dont worry," balas Noah.

"Kalau awak dah ada kat sini bagitahu je lah. Bukannya saya nak marah pun orang yang bagitahu dekat awak tu sebab saya just nak tahu siapa," ujar Hana.

"Kalau macam tu baiklah saya akan beritahu. Davika. Dia beritahu saya yang awak ada dekat kampung ibu bapa angkat awak. Saya sebenarnya tak nak percaya tapi disebabkan ini melibatkan sayang dan Niel jadi saya pergi di sini bersebab,"

Hana tertanya tanya buat seketika. Davika?how can?kalau dah jadi musuh tu mestilah dia biarkan je semua tu. Tapi kali ni Davika berbeza berbanding yang sebelumnya atau dia ni ada matlamat sendiri kenapa dia buat semua ini.

"Lepas dah siap lipat kain tu awak letak kat atas meja,"

Hana berdiri dari tempat duduk lalu menuju ke arah luar rumah.

"Sayang nak pergi mana tu?tak elok berada di luar tengah malam macam ni. Nak bagi ceramah free lagi ke macam petang tadi," ujar Noah. Hebat isterinya. Dia pun hampir tergelak bila tengok kejadian petang tadi. Mat rempit kena bagi pengajaran secara free.

"Sekejap je kat luar. Lepas tu saya masuk balik nanti," balas Hana.

Noah mempercepatkan kerjanya. Tak sanggup nak biarkan isterinya duduk di luar bersendirian tambahan pula hari dah hampir ke larut malam.

Hana berdiri di bangsal rumah.Dia asyik memikirkan tentang Davika. Dia nak tahu apa sebenarnya niat disebalik kawan lamanya itu. Kalau nak fikir positif pun tak boleh juga sebab dia sudah hilang kepercayaan pada gadis itu.

Itu yang membuatkan dia rasa tidak sedap hati sekarang.

"Opocot mak kau!"

Terlatah terus Hana apabila terasa ada tangan yang melingkar dipinggangnya.
Grr...dia ni main suka hati je ya.

"Ish Noah lepaslah." pinta Hana perlahan.

"No I wont," ujar Noah yang masih memeluk isterinya dari belakang. Kepala segera dilentokkan di atas bahu isterinya itu.

"Orang kampung nampak padan muka awak kena cop suami tak romantik,"

Noah tertawa perlahan. "Tak romantik ke?kalau dalam bil-"

"Noah!ada juga yang kena makan ubat sekarang ni. Awak sakit ke apa?"

"Tak mana ada sakit kalau sayang nak bagi ubat cinta boleh juga. You know what sayang?saya nak sangat berada di samping sayang dalam keadaan macam ni selama-lamanya. Kalau awak tak ada dalam hidup saya walau sesaat saya tak rasa hati saya akan aman tanpa awak. Sayang yang pertama dan terakhir dalam hidup saya dan tak akan ada yang dapat gantikan awak dalam hati ini. Sayang mungkin cinta saya bagi awak tak lebih dari sebening cahaya lilin yang redup bersinar di tengah ribuan cahaya terang yang lainnya tapi saya minta biarlah cahaya itu tetap menyala di hati awak kerana suatu saat itu akan bersinar lebih terang disaat cahaya lainnya padam. Malam ni dengan bersaksikan bintang dan bulan saya mohon seribu kemaafan jika selama ini saya gagal jalankan tanggungjawab saya sebagai suami dan ayah kepada Niel. Andai kalau saya telah lukakan hati awak saya sanggup tunduk depan awak sebab saya tak boleh hidup dengan kesalahan itu,"

Hana mengesat perlahan air matanya yang kian mengalir dengan deras. Dia memusingkan badannya menghadap ke arah Noah. Dahi mereka bersentuhan buat seketika.

"Saya tak pernah berdendam dekat awak. Saya tak pernah pun merasa benci dekat awak biarpun awak pernah lukakan hati saya. Awak tak perlu sentiasa letakkan kesalahan awak sebab saya juga manusia pendosa yang tak layak untuk menghukum sesiapa kerana setiap insan tak lari dari membuat kesilapan. Mungkin dengan cara ini antara awak dan saya kita boleh perbetulkan apa yang dah jadi selama ini. Awak bimbing saya dan saya bimbing awak dan saat itu kita dapat melengkapi antara satu sama lain. Saya dah lama maafkan awak dan janji dengan saya jangan pernah tinggalkan saya,"

Noah mengesat air mata Hana. Ubun-ubun isterinya dikucup penuh lembut.

"Terima kasih kerana maafkan saya. Terima kasih juga kerana terima kekurangan saya. Saya janji saya tak akan pernah tinggalkan awak. Niel perlukan kita. You and our little handsome son are the best part of me. I love you honey,"

"I love you too hottie pie."




TAMAT.


















Hahaha tipu je.Sabar belum habis lagi.Masih ada beberapa bab sebelum buku ni tamat.
Korang rasa ada watak yang akan pergi tinggalkan dunia selama lamanya ke?haa komen2.Atau mungkin heroin atau hero dalam cerita ni?
Author nak kasih sebak hati para pembaca ni😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top