Bab 75

Noah termenung sendirian di rooftop villa The Livingston Family. Angin malam itu sungguh mendamaikan tambahan pula dia yang ingin menenangkan fikiran.

Sudah seminggu berlalu namun dia masih belum menjumpai Hana dan Niel. Wajah isterinya begitu juga dengan anaknya itu sering kali datang di dalam mimpinya. Sungguh dia rindu akan wajah dua insan yang tersayang dalam hidupnya.

Saya tak pernah lelah cari awak sayang. Saya tak pernah putus asa cari awak dan Niel. Setiap saat, minit dan jam rindu ini sungguh tak tertahan. Seminggu berlalu bagaikan setahun dirasakan.

Noah merapatkan kedua dua tapak tangannya. Matanya dipejam rapat.

Ya Tuhan. Jika peluang kedua diberikan maka aku akan gunakan peluang itu sebaik mungkin. Maafkan aku ya Tuhan.
Aku sudah menyakitinya. Aku gagal menjadi suami yang terbaik untukny. Aku gagal menjadi ayah yang terbaik untuk anakku. Maafkan segala silap ini dan berikan aku peluang terakhir untuk menebus segala kesilapanku. Ya Tuhan, lindungilah dua insan yang nun jauh di sana agar mereka baik-baik sahaja. Jauhkanlah mereka dari perkara yang buruk. Andai esok aku masih diberikan peluang untuk bernafas berilah petunjukMU untuk aku mencari mereka. Amin.

"Noah..." panggil satu suara dari arah belakang dan kedengaran begitu lembut sahaja suara pemilik tersebut.

Davika tersenyum tatkala Noah memusingkan badannya menghadap ke arahnya. Dia berdiri jauh sedikit dari lelaki itu memandangkan Noah sudah membencikan dirinya atas apa yang sudah berlaku. Bukan hari ni sahaja malah selama lamanya.

"Kau nak apa lagi Davika?kau tak serik lagi ke dengan permainan kau?aku dah penat jadi tolong pergi," ujar Noah perlahan. Dia tidak mahu bercakap secara kasar kerana dia tahu dia perlu mengawal kemarahannya di saat ini.

"Aku datang jumpa kau bukan nak cari masalah. Aku datang nak tolong kau Noah," ujar Davika.

Noah tersenyum sinis dan bertukar pula dengan tawa. Hantu jenis apa pula yang rasuk dia ni sampai nak hulur pertolongan dekat aku pula?

"Davika. Aku tak ada masa nak berbual dengan kau. Buang masa walau hanya sesaat,"

"Noah. Ini hal penting. Aku dah kesuntukkan masa. Aku cuma nak tolong kau. Aku tahu kau rindu dan risaukan Hana dan Niel. Kalau kau anggap aku ni berbohong kau jangan menyesal pula lepas ni," Davika berkata sedaya upaya cuba ingin membuatkan Noah mempercayai dirinya.

"Kau?nak bantu aku?eh kau sedar tak Davika. Kau dah kacau rumah tangga aku. Kau ingat aku masih nak percayakan perempuan macam kau lepas apa yang kau dah buat dekat aku?" wajah Noah begitu serius ketika itu.

Davika memandang Noah dengan penuh harapan. "Hana dan Niel ada dekat kampung ibu angkat dia dulu. Terpulang pada kau sama ada nak percaya atau tak. Bukan aku pun yang menyesal di kemudian hari. Kalau kau memang sayangkan isteri dan anak kau esok pagi kau bertolak pergi sana sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi. Aku cuma nak bantu. BANTU. Itu je," usai berkata Davika terus meninggalkan Noah yang masih tercegat berdiri.

Betul ke tak?percaya ke tak?Argh!apa semua ni!

Noah mula berperang dengan perasaan sendiri. Dia sudah bingung untuk membuat keputusan.Oh God please help me.

"Hana dan Niel ada dekat kampung ibu angkat dia dulu. Terpulang pada kau sama ada nak percaya atau tak. Bukan aku pun yang menyesal di kemudian hari. Kalau kau memang sayangkan isteri dan anak kau esok pagi kau bertolak pergi sana sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi. Aku cuma nak bantu. BANTU. Itu je,"

Kata-kata Davika sebentar tadi sering kali bermain di fikirannya sehinggakan dia mahu melelapkan mata pun tidak dapat.

Percaya ke tak?tapi reaksi dia ketika bercakap tu tak nampak pula macam orang penipu. Malah wajah dia pula yang pucat.

Baiklah. Aku akan bertolak esok demi awak sayang dan Niel. Entah kenapa tapi hati ini kuat mengatakan supaya pergi ke sana. Seperti ada connection yang ingin menariknya ke situ.

Davika perlahan lahan membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia penat kerana seharian menjalankan rancangannya yang berhasil juga.

Flashback

Tepat pukul 7 malam Davika dan dua orang suruhannya mula menjalankan misi. Dia yang memakai pakaian serba hitam ketika itu memudahkan kerjanya untuk menganggu rancangan ibunya sendiri.

"Korang berdua pastikan datin Evelyn selamat," ujar Davika kepada orang suruhannya. Mereka mengangguk faham lalu mula bergerak mendahului bos mereka.

Aku akan pastikan ibu tak akan menang. Lagipun ini melibatkan nyawa datin Evelyn kerana setiap dendam tu akan aku balas.

Dari jauh Davika memerhati pergerakkan datin Evelyn yang sedang memasukkan barang di dalam kereta. Dia memandang sekilas jam di pergelangan tangannya. Ok set.

Rayden memberi isyarat kepada pengawal keluarganya untuk mula menyerang datin Evelyn secara senyap sebaik sahaja kereta itu bergerak keluar dari kawasan perumahan.

Davika tersenyum sinis. Dia yang masih berada di tempat persembunyiannya melihat Rayden yang sedang mengatakan sesuatu kepada pengawal ibunya di dalam kereta.

Kalau dia tidak menyuruh orang suruhannya pergi di syarikat keluarganya tengahari tadi memang datin Evelyn dah tak ada harapan. Nasib baik juga orang suruhannya bukan orang yang calang calang itu yang dia sanggup bayar dua kali ganda.

Melihat datin Evelyn yang sudah masuk ke dalam kereta Davika pantas menukarkan posisinya. Pengawal Rayden pula sudah bersedia di jalan raya. Rancangan mereka adalah untuk membuat datin Evelyn kemalangan namun siapa sangka tindakan Davika dahulu yang pantas.

Paku yang sudah diletak di hadapan pagar villa itu membuatkan tayar kereta datin Evelyn pancit. Kedengaran keluhan berat tercetus di bibirnya ketika itu.

"Shit!" Rayden menumbuk streng keretanya dengan kuat.

Apasal pula kereta tu berhenti. Lambatlah kalau begini!bisik dalam hati Rayden.

Datin Evelyn keluar dari kereta.
Dia mula bercekak pinggang apabila mendapati banyak paku yang bertaburan di hadapan pagar villa.

Orang suruhan Davika pula sudah menyerang pengawal datin Marlinda secara senyap.

Rayden yang sudah hilang kesabaran terus memakai topeng muka dan mengambil pistol yang disisipnya dia sebalik baju. Dia keluar perlahan lahan dari kereta dan ketika itu datin Evelyn sedang sibuk memandang telefon.

Mampus!

Davika mengikut langkah Rayden dari belakang secara senyap. Apabila melihat Rayden yang mula mengacukan pistol ke arah datin Evelyn dia lantas menendang belakang Rayden dengan kuat sehingga terjerit lelaki itu dibuatnya.

Datin Evelyn tersentak apabila mendengar jeritan seseorang yang begitu dekat dengannya.

Rayden yang tersedar datin Evelyn memandang ke arahnya cuba untuk mengambil pistol yang terjatuh. Sebaik sahaja berjaya mengambil semula pistol itu dia mahu melepaskan satu tembakan tetapi sekali lagi Davika menendang tangan dan perut lelaki itu.

Rayden yang sudah panas hati ketika itu membalas kembali tendangan ke arah Davika yang juga memakai topeng muka.

Namun apabila menyedari pengawal datin Evelyn berlari menuju ke arah mereka Rayden lantas menuju ke arah keretanya dan Davika turut melarikan diri kerana dia tidak mahu datin Evelyn tahu. Apa yang penting rancangan ibunya itu tidak berjaya. Kemenangan akhirnya berpihak pada aku. Mujur sahaja semuanya berjalan dengan lancar.

End Flashback











Nampaknya BMLV akan tamat tak lama lagi.Harap ak rajin update haha.Thanks uall sebab baca cerita yang hmm entahlah haha.😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top