Bab 7
Rayden memerhati gerak-geri Daniella yang baru sahaja menapak masuk ke dalam Syarikat D'Livingston, iaitu syarikat milik keluarga Daniella.
Rayden tersenyum sinis. Nikmatilah semua yang kau ada sekarang Daniella sebelum terlambat. Bisik dalam hatinya.
Dia masih menyimpan belas dendam terhadap Daniella. Mereka sudah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan tetapi Daniella putuskan dia disebabkan seorang lelaki yang bernama Theo Dave Hudson.
Well aku tak expect permainan kau sungguh hebat Daniella tapi jangan risau lambat laun akan aku balas semuanya. Kau memang pintar tapi sayangnya kau tak boleh terlepas dari aku selepas ini.
Daniella menjeling tajam ke arah Rayden yang bersandar di kereta Audi milik lelaki itu. Meluat aku tengok muka mamat ni. Dah putus pun tapi dia masih nak munculkan diri depan aku.
"Bahagia nampak bila dah mula membina rumah tangga dengan suami tercinta kan?" sindir Rayden.
"Kau kalau sehari mesti nak ganggu hidup aku!kau bukannya tak tahukan yang kita dah tak ada apa-apa lagi hubungan!" ujar Daniella seraya mendengus geram.
Rayden tersenyum sinis sambil menepuk tangannya beberapa kali.
"kau pilih jantan tu sedangkan kau baru kenal dia beberapa bulan dan kau putuskan aku yang kau dah kenal bertahun. Kau sedar tak apa kesilapan kau kat sini?huh!Daniella aku dah separuh mati cintakan kau apatah lagi ingin menjadikan kau isteri aku tapi disebabkan kau semuanya sia-sia. Kau perempuan paling tak guna aku pernah jumpa!"
"Kalau kau nak tahu aku sangat gembira sebab dah putuskan kau tapi lebih gembira lagi kalau aku tak pernah kenal kau dan nama kau tak pernah wujud dalam hidup aku!jadi sekarang izinkan aku padam sejarah kenangan masa lalu kau dan aku yang memang tak berguna bagi aku!"
sinis sahaja Daniella berkata.
"Miss Daniella. Just do it lagipun aku tak kisah.Tapi kalau kau tak nak aku ganggu hidup kau aku ada satu syarat. Aku nak adik kau. Aku tahu kau ada adik yang terpisah dengan kau sejak kecil lagi. Simple and easy I want her to be my wife untuk gantikan tempat kau. Senangkan?"
Rayden tersenyum kemenangan melihat wajah Daniella yang seakan akan mulai risau.
"Kau jangan pernah berharap!aku tak akan sesekali lepaskan dia pada manusia bertopengkan syaitan macam kau!tak akan!" naik turun nafas Daniella ketika itu. Dia pantang bila adiknya dilibatkan dalam hal ini lebih-lebih lagi nama adiknya disebut oleh musuhnya sendiri.
"Kita tengok siapa yang akan menang. Antara kau dan aku!aku dapat bayangkan yang muka adik kau memang cantik persis bidadari. Aku tak sabar nak dapatkan dia. Its okey tak lama lagi aku akan cari adik kau sampai aku dapat walau kau sorokkan dia macam mana sekali pun aku akan tetap cari. Ingat tu!" amaran seakan-akan diberikan kepada Daniella ketika itu.
Rayden terus bergerak meninggalkan Daniella dengan api kemarahan yang semakin meluap-luap.
Semua pekerja menunduk hormat kepada Daniella yang baru sahaja masuk ke dalam bangunan D'Livingston. Gerun mereka melihat wajah bos mereka dengan wajah yang masam mencuka pada pagi itu.
Disebabkan kata-kata Rayden tadi dia langsung tidak mempunyai mood pagi ini.
Daniella segera duduk di atas kerusi pejabatnya dengan muka yang tegang. Segera dia mendail nombor ketua bodyguard yang mengawal villa keluarganya.
"Miss Daniella, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
"Pastikan adik aku berada dalam keadaan selamat dan tolong pantau pergerakan dia apabila dia berada di luar. Mulai hari ini aku akan ketatkan kawalan bertugas 24 hours. Make sure kena sentiasa fokus pada kamera litar bertutup dan tolong jangan sesekali cuai!understand?" tegas sahaja Daniella berkata.
"Understand miss," balas Nick, iaitu ketua bodyguard yang Daniella letakkan kepercayaannya seratus peratus. Tapi dalam masa yang sama Nick juga merupakan seorang detective untuk membantu inspector polis menyelesaikan kes jenayah di bandar maju itu.
Daniella memasukkan telefonnya ke dalam tas tangannya. Dia pun menyemak fail yang dihantar oleh assistantnya pagi tadi. Good.
Semua berjalan dengan lancar.
***
Hana duduk termenung memandang beberapa pengawal yang bertugas di sekitar villa milik Daniella. Aku pun nak jadi juga macam Daniella. Seorang wanita yang berkerjaya dan baik hati. Bukan macam aku harta pun tak ada, dibuang dari keluarga suami oleh mak mentua sendiri, dibenci kawan baik sendiri dan sekarang hanya menumpang di villa ini.
Hidup aku memang malang. Baru
aku nak merasai kebahagiaan bersama suami tercinta namun semuanya berubah dalam sekelip mata. Adakah memang benar aku tak akan dapat bersama dengan suami aku lagi selepas ini?
Hana mengeluh lagi entah sudah masuk ke berapa kali dia mengeluh. Dia sudah cuba lupakan masalah ni dari menganggu emosi aku tetapi dia sendiri tak tahu kenapa dia tak boleh lupakan dia dengan begitu sahaja.
Hana pun menuju ke taman belakang.
Saja dia mahu berjalan jalan di sekeliling halaman villa yang besar dan luas itu.
"Miss Hana, hari dah nak gelap ni miss kena masuk di dalam rumah sekarang. Bahaya kalau miss berada di luar," ujar Nick apabila sedar yang Hana belum lagi masuk ke dalam villa dari tadi.
"Maafkan saya. Err...rasanya tak perlulah panggil saya miss sebab saya hanya menumpang dalam villa ni sahaja. Panggil Hana je pun dah okey," tutur Hana dengan penuh lembut.
Nick tersenyum memandang Hana. Gadis yang berperwatakan sungguh lembut. Pada pandangan pertamanya pun dia sudah mengagak Hana memang lembut orangnya.
"Miss Hana tetap miss Hana. Saya hanya ikut peraturan dalam villa sebagai tanda hormat," balas Nick lalu menunduk badannya sedikit.
"Kalau begitu terpulang pada awak. Saya masuk dahulu," balas Hana berserta satu senyuman di bibirnya.
Nick hanya menghantar pandang kearah Hana yang meninggalkan kawasan taman itu sehinggalah wanita itu hilang dari pandangannya.
Betapa bertuahnya aku kalau dapat wanita yang berhati lembut seperti Hana. Tapi apakan daya dia sudah menjadi milik orang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top