Bab 69


Selesai sahaja memasukkan semua beg di dalam bonet kereta Hana pun menuju ke arah Daniella dan memeluk kakaknya itu.

"Jaga diri di sana tau. Keselamatan Hana sangat penting dan juga Niel,"

"Dont worry everything will gonna be fine. Tapi Hana nak minta tolong dekat Daniella satu je. Bolehkan?"

"Sure go on. What is it?"

"Jangan beritahu Noah tentang ni. Please. Aku minta sangat. I put my trust on you kak," ujar Hana dengan nada yang berharap agar Daniella menolongnya supaya tidak memberitahu suaminya di mana keberadaannya.

Daniella tidak tahu apa nak jawab sebaliknya dia hanya mengangguk. Dia tidak boleh berjanji tapi dia boleh berusaha untuk tidak memberitahu Noah tentang isterinya.

"Thanks Daniella .Sekarang aku kena gerak. Kalau tidak nanti lambat sampailah jawabnya. Kirim salam dekat mama dan Hana nak minta maaf sangat dekat mama sebab tak minta kebenaran. Beritahu mama juga supaya jangan risaukan Hana dan Niel. Kalau tiba masanya nanti Hana dah okey Hana akan pulang di sini. Hana janji,"

Daniella mengesat air matanya. Sekali lagi dia memeluk adiknya penuh erat. "Hana janji ya. We are always waiting you here," ujar Daniella.

Hana mengangguk dan selepas itu dia pun masuk ke dalam kereta. Niel pula sudah berada di belakang seat. Hana mengalihkan pandangan ke arah villa The Livingston. Villa yang telah banyak memberinya kenangan manis dan pahit. Sampai bila dia harus menanggung semua ini seorang diri?jujur dia katakan  isteri mana yang mampu bertahan melihat ada perempuan lain yang mempunyai perasaan terhadap suaminya tinggal di satu villa.

Selagi Davika tu masih ada di villa selagi itulah Hana tidak mahu kembali ke villa. Mungkin dia lebih tenang dan aman berada di kampung daripada jumpa muka sahabat lama yang dianggapnya paling baik di dunia rupa-rupanya kawan bermuka dua.

Bila dia dan Noah mula membina rumah tangga disanalah ada perampas yang sesat datang dari planet ke berapa datang menganggu. Rasa macam nak samakan Davika ni dengan alien pula. Rasanya dia lebih teruk dari alien kot.

Kelihatan kereta Vios berwarna putih itu mula bergerak dan meluncur jauh membelah bahu jalan. Hana menghembuskan nafas lega. Nasib baik perjalanan hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Bisik dalam hatinya.

***

Telefon Noah berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia yang sedang fokus memandu terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan kerana ingin menjawab panggilan itu.

"Hello dad?"

"Noah...Noah kena pergi hospital sekarang. Mama kamu tidak sedarkan diri. Dia pengsan sebentar tadi jadi papa hantar dia di hospital terdekat," suara dato Vincent kelihatan begitu resah.

Noah pula sudah mula bertambah serabut ketika itu. Tanpa melengahkan masa dia terus membelok ke kanan dan menuju ke hospital mengikut location yang dihantar oleh dato Vincent sebentar tadi.

Perasaannya bertambah semakin risau memikirkan isterinya dan juga ibunya. Kedua dua insan tersebut penting dalam hidupnya dan selepas ini dia kena bahagikan masa untuk mereka.

Sampai sahaja di hospital dia pun terus melajukan langkahnya menuju ke wad yang ditempatkan datin Kylie. Kelihatan ayahnya sedang mundar mandir di luar pintu wad.

"Pa...mama macam mana?" tanya Noah.

Dato Vincent menggeleng perlahan kepalanya. "Papa sendiri tidak pasti tapi kelmarin papa yakin dia baik-baik sahaja.
Sebenarnya mama kamu tu selalu sebut nama kamu ketika dia tertidur. Mungkin mama kamu tu selalu teringatkan kamu. Dia risaukan kamu Noah. Papa tahu mama kamu tu masih tidak boleh lupakan perkara lalu. Itu disebabkan papa suruh kamu datang di sini. Noah kena jumpa dengan mama bila nurse dah benarkan masuk. Kita doakan agar tiada apa-apa yang berlaku,"

Noah meraup wajahnya perlahan. Dia perlahan-lahan mengambil tempat duduk di atas kerusi yang sudah disediakan khas untuk pelawat.

Kedua-dua tangannya digenggam rapat dan dirapatkan pada dahi. Dalam hati dia berdoa meminta pertolongan dari tuhan agar tiada apa apa yang tidak diingini berlaku. Jujur dia katakan dia takut. Dia takut jika ada sesuatu buruk berlaku namun dia tidak pernah pun berharap itu akan terjadi.

Macam mana pula keadaan isteri dan anaknya?Im sorry sayang. Its really my fault. Im really sorry. Im sorry Niel my only son. Daddy minta maaf kerana gagal menjadi ayah yang terbaik untuk Niel. Im sorry son.

Tidak berapa lama kemudian pintu wad dibuka dan kelihatan dua orang jururawat keluar dari wad itu dengan senyuman di bibir.

"Macam mana keadaan isteri saya nurse?" tanya dato Vincent.

"Jangan risau dato. Isteri dato sebenarnya penat lagipun dia kelihatan banyak tenaga semasa bekerja itu yang membuatkan dia pengsan. Dato kena sentiasa perhatikan dia dan jaga makan minum dia. Kadang kalau kita terlalu bekerja boleh menyebabkan badan kita lemah. Dato, datin kata nak jumpa anaknya," ujar jururawat yang memakai tag bernama Olivia.

Noah pun segera masuk ke dalam wad. Hatinya berasa sedikit lega melihat ibunya yang sudah pun sedar. Thanks God the almighty!

"Noah..." panggil datin Kylie lembut. Senyuman manis terukir di bibirnya tatkala melihat wajah anaknya yang amat dirinduinya.

"Mama. Kan Noah ada pesan mama dulu jangan terlalu bekerja. Mama kena banyakkan berehat. Noah risau tau bila papa call Noah cakap mama masuk hospital," tutur Noah lembut. Tangan ibunya digapai sebelum dikucup.

Datin Kylie cuba untuk menahan air matanya dari mengalir keluar. Rindu dia pada Noah amat mendalam. Sungguh dia gembira ketika ini kerana masih mempunyai peluang untuk melihat satu-satu anaknya itu.

"Mama rindu sangat Noah. Mama fikir mama tak akan dapat melihat kamu. Jangan risau tentang mama lagipun kelmarin mama cuma nak kena siapkan kerja di syarikat sebelum client dari Indonesia datang sebab minggu lalu mama terlalu sibuk urus perniagaan. Tapi Noah tak perlu lagi risau," senyuman diukir usai sahaja selesai berkata.

"Yelah. Tapi apa yang penting mama mesti kena jaga kesihatan mama tau. Bila mama boleh keluar dari wad?" tanya Noah.

"Hari ini. Mama kan dah kata mama okey tak ada pun yang teruk berlaku. Mama cuma penat sahaja. Sekarang ni dah okey bila nurse dah bagi ubat tadi. Mama minta maaf sebab susahkan Noah pergi di sini,"

Noah menggeleng perlahan kepalanya."No its okey. Everything for you mum," kata Noah.

"Hana di mana?dia sihat ke?mama pun dah rindu dengan menantu mama,"

Soalan ibunya itu membuatkan Noah terdiam. Apa dia nak jawab?kalau menipu alamatnya memang bertambah dosa lah jawabnya.

"We have an arguement yesterday."








BORED RIGHT😧HUHU LOST IDEA.SORRY GUYS!BY THE WAY AKU NAK UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA YN BACA CERITA ERK😴MEMBOSANKAN INI.BUT STILL PROUD SEBAB TAK JUGA AKU PADAM STORY NI DARI WORK😂

MESTI KENA END CEPAT NI.
BOLEH BAH TU KAN❤😁

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top