Bab 59
Enjin kereta dihidupkan sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Dikerlingnya sekilas jam di pergelangan tangan sebelum matanya tertumpu kearah isterinya yang baru keluar dari villa.
Hana tersenyum kecil melihat wajah suaminya yang tanpa senyuman itu. Takpelah mungkin aku kena fikir positif je. Yelah aku ni bukannya selalu baik pun. Setiap hari ada je yang aku buat silap tanpa aku sendiri sedari.
Kereta Civic mula meluncur laju dari kawasan villa. Apabila kedua-dua pihak masing-masing tidak mahu membuka mulut keadaan di dalam kereta hanya ditemani dengan suara Dj yang sedang membuat lawak jenaka di corong siaran radio.
Nak ikut ketawa dengan lawak DJ tu pun tak boleh kang tak pasal pasal encik suami punya muka bertambah seram. Getus dalam hati Hana.
Matanya mencuri-curi pandang suaminya yang sedang memandu. Entah berapa lama lagi nak tunggu keadaan baik semula. Tak sampai sehari pun dah aku rasa macam setahun lamanya.
"Dah tak payahlah curi curi tengok muka aku. Suami sayang memang handsome pun jadi tak payah tenung lama lama sebab tak lari pergi mana pun,"
"Dah tu kalau suami berdiam je nak buat apa lagi?" ujar Hana namun suaranya diperlahankan sedikit.
"Tak ada perkara penting yang nak dibualkan dengan awak pun. Nanti sampai rumah awak berbual lah dengan mama," balas Noah seperti tidak memahami perasaan isterinya ketika ini.
Hana berasa seperti kata-kata yang dilontarkan Noah tadi seperti menikam di lubuk hatinya. Maksud dia saya ni dah tak penting ke?sampaikan dia cakap tak ada perkara penting yang nak dibualkan dengan saya. Jadi selama ini?
Hana berdiam diri. Sudah tidak ada mood dia mahu membalas. Kalau ikutkan hati memang dia nak mengamuk sekarang ni tetapi disebabkan ada anak mereka di dalam kereta jadi dia memutuskan untuk berdiam.
Menyedari isterinya yang hanya berdiam Noah pun kembali membuka kata. "Ada nak pergi mana-mana ke lepas balik?" tanya Noah. Dia memandang isterinya sekilas sebelum fokus kembali ke hadapan.
"Tak ada. Balik terus," kedengaran suara Hana serius membuatkan Noah mengeluh kejap. Apa aku dah buat ni?takkan disebabkan kata-kata Davika tu buat aku jadi macam ni?Bisik hati Noah.
***
Sampai sahaja mereka di halaman rumah banglo keluarga Noah kedatangan mereka disambut mesra oleh datin Kylie dan dato Vincent yang sudah pun berdiri di hadapan pintu masuk dengan senyuman penuh lebar.
Hana mengukir senyum dari jauh sambil melambaikan tangannya ke arah kedua dua mentuanya. Betapa dia rindu dengan rumah banglo di hadapannya yang membawa seribu satu kenangan indah mahupun pahit di dalam hidupnya. Bermula dia menjadi pembantu rumah di dalam banglo mewah itu sehinggalah bergelar isteri yang sah kepada Noah.
Detik detik bersama dengan suaminya di dalam rumah banglo itu sungguh merindukan. Tawa canda yang menggambarkan kebahagiaan ketika itu sungguh membuatkan dia berasa ingin kembali pada masa itu jika waktu boleh diputarkan semula namun apakan daya yang berlalu tidak boleh diulang kembali.
"Yang awak termenung je kat sana tu kenapa?kat luar ni sejuk kalau berdiri lama-lama boleh demam,"
Suara suaminya menyentakkan lamunannya. Hana segera menoleh ke arah Noah yang sedang menolak stroller. Cepat cepat dia membuka langkah mengejar suaminya. Alamak nampak macam nervous pula berhadapan dengan ibu Noah walaupun petang tadi dah pun bertemu.
"Hana terima kasih banyak ye sebab sudi datang. Jomlah masuk mama ada masak macam-macam masakan kegemaran kamu berdua. Kita dinner sama sama ye," datin Kylie memegang lembut tangan menantunya.
Sungguh dia rindu dengan Hana. Bagi dia hari ini adalah hari untuk dia menebus segala silapnya dahulu. Kadang kadang datin Kylie pernah terfikir layakkah Hana mendapat mentua yang kejam seperti dia sedangkan Hana seorang gadis yang berwatakan lemah lembut dan baik hati. Kesilapan dia dahulu memang dia akui dan dia juga bersedia menerima hukuman jika diberikan kerana dia memang layak.
Dato Vincent mendukung Niel dengan perasaan yang cukup gembira. Betapa gembiranya dia kerana masih berkesempatan melihat cucunya. Dahlah comel.
Di atas meja dapur kelihatan pelbagai jenis makanan yang dimasak oleh datin Kylie.
Semuanya sedap-sedap belaka!Mestilah kalau dah namanya chef Kylie siapa yang boleh lawan kan?
"Thanks for this food mom. Sedap mama masak dari dulu tak pernah berubah," ujar Noah. Memang betul pun sebab dia pandai memasak pun semua dari tunjuk ajar ibunya sewaktu dia masih remaja lagi.
Hana mengangguk. Setuju sangat dia dengan kata-kata suaminya itu. "Ma, your food is always the best. Hana memang peminat nombor satu masakan mama.
Sangat sedap," Hana menunjukkan thumbs up seraya tersenyum. Sebenarnya sudah hampir setahun dia tidak mencuba masakan ibu mentuanya namun kali ini tidak sangka pula dia dapat mencuba lagi masakan datin Kylie.
Datin Kylie sudah tersenyum lebar mendengar pujian mereka. Selalunya dia hanya dapat pujian dari dato Vincent, anaknya dan rakan lamanya namun kali ni dari menantunya pula.
Selain terkenal dengan kecekapannya menguruskan syarikat datin Kylie juga sering kali dijadikan bualan hangat kerana masakannya yang tidak pernah mengecewakan.
"Ala, mama bukannya hebat sangat macam chef yang terkemuka di seluruh negara tu.
Mama biasa-biasa je pun. But thanks sebab sudi makan masakan mama ni. Nanti ada masa lagi mama masak lebih banyak dari ini," ujar datin Kylie.
"Ma, Hana believe. Kalau mama ikut mana-mana pertandingan memasak tak kiralah di mana sama ada di Malaysia atau di luar negara confirm mama menang. Betul kan hottie pie?" sempat Hana bertanya kepada Noah.
Lelaki itu mengangguk. "Yes, of course. Ma, Noah pergi luar dulu nak angkat call," Noah memandang skrin telefonnya yang tertera nama Theo di situ.
Hana hanya melihat suaminya sehingga hilang dari pandangannya. Riak wajahnya pula dikawal sehabis mungkin agar datin Kylie tidak mengesyaki apa-apa. Kalau tak habislah dia nak jawab apa nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top