Bab 56

Jam tangan dikerling oleh Noah sekilas. Sekarang adalah waktu lunch dan dia perlu pulang ke rumah untuk menjemput isterinya.

Niel yang sedang bermain anak patung di dalam officenya dipandang berserta dengan satu senyuman.

"Anak papa...jom kita balik rumah pergi jumpa mumy," dahi Niel dikucup lembut oleh Noah. Permainan disusun dan disimpan di dalam beg.

"Dddy..." panggil Niel yang masih belum dapat menyebut ayat 'daddy' itu dengan betul.

Noah faham sangat dengan anaknya itu. Nak kena dukung lah tu maksudnya.

"Awlolo manja betul hero daddy ni kan," lantas Noah mendukung Niel dan sempat dia mengucup pipi anaknya itu sebelum berlalu keluar dari hospital.

Datin Kylie yang baru selesai membuat appointment di T&N Hospital tidak sengaja terserampak dengan anaknya yang sudah beberapa minggu tidak pulang ke rumah.

"Ma?mama buat apa dekat hospital. Kenapa tak tanya Noah. Mama sakit ke?" tanya Noah bertubi-tubi. Sejahat dan seburuk mana pun ibunya dulu namun masih tetap dia hormati melainkan ibu yang menyembah berhala itulah hukum agamanya.

Datin Kylie tersenyum tawar. Matanya memandang cucunya yang didukung oleh Noah dengan perasaan yang sebak.

"Noah...mama tak bermaksud pun nak buat Noah dan Hana terpisah dulu. Mama terlalu percayakan orang luar. Mama sepatutnya tidak bertindak secara melulu. Maafkan mama Noah. Mama salah. Mama tahu mesti Noah akan benci mama sekarang," tangan Noah dipegang erat. Terketar-ketar tangan datin Kylie saat itu. Air matanya pula mengalir begitu deras.

Noah memandang sayu ibunya. Kalau dulu ibunya berfikir secara rasional sebelum bertindak tak adalah masalah yang timbul setiap hari. Tapi siapalah dia yang ingin menghukum orang lain sedangkan dia sendiri juga orang yang berdosa.

"Ma...apa yang dah berlaku dulu lupakan semua tu. Noah tak pernah pun benci mama. Sekali pun tak pernah. Noah dah lama maafkan mama. Noah tahu setiap orang tak pernah lari dari kesilapan macam Noah sendiri juga. Noah pun minta maaf juga kalau Noah pernah sakitkan hati mama selama ini," ujar Noah.

Datin Kylie menggelengkan kepala perlahan. "No. It's not your fault my son. You don't have to say sorry. Im the one who should to apologize,"

"Im okey mum. Apa yang berlaku dulu lupakan sahaja. Mama buat apa dekat hospital?mama sakit ke?" soalan yang sama dilontarkan kepada datin Kylie.

"Mama okey je. Dont worry. Mama saja nak melawat disini. Cucu mama macam mana?sihat ke?" datin Kylie tersenyum melihat Niel. Kepala cucunya itu diusapnya perlahan. Comel!

"Okey je ma. Cuma suhu badan Niel ni kadang panas kadang tidak. Nasib baik tak demam teruk,"

"Dah bagi makan ubat ke?kesian baby Niel ni,"

Noah mengangguk.

Tiga orang konco-konco Rayden mengintip Noah dan datin Kylie yang sedang berbual tidak jauh dari tempat persembunyian mereka.

Paku sudah diletakkan di belakang tayar kereta Noah dan mereka tinggal menunggu tayar kereta itu pancit.

"Noah dah nak gerak ni,"

"Noah malam ni baliklah kat rumah ya. Mama dan papa dah lama tak berbual dengan Noah. Kalau boleh bawalah Hana sekali," ujar datin Kylie.

"Kalau tak ada yang menghalang. Noah datang ya ma,"

Datin Kylie mengangguk. "Mama tunggu tau," sempat dia berkata sebelum masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh pengawal peribadinya.

Noah pun masuk ke dalam keretanya dan Niel diletakkan di car seat khas untuk baby. Enjin kereta dipasang dan perlahan-lahan kereta BMW itu mengundur namun beberapa minit kemudian kedengaran letupan kecil di bahagian bawah kereta Noah.

"Takkanlah tayar kereta pancit?" Noah memikirkan sesuatu. Niel dipandang sekilas sebelum berlalu keluar dari keretanya.
Sempat dia melock keretanya dari luar.

Noah begitu terkejut memandang beberapa paku besar di bawah keretanya yang seakan-akan diletakkan secara sengaja oleh seseorang.

Tiga konco-konco Rayden berlalu menuju ke arah Noah secara perlahan. Pisau lipat dipegang kemas di tangan.

"Kamu bertiga tolong bantu Noah sekarang. Cepat!" arah datin Kylie. Mujur sahaja dia melihat ke arah cermin kereta ketika ini.

"Baik datin!" ketiga-tiga pengawal datin Kylie berlalu keluar dari kereta dengan cepat.

Noah perasan akan tapak kaki yang semakin mendekat kearahnya.

"Stop right there!"

Terus terhenti konco-konco Rayden sebaik mendengar suara keras itu. Dengusan kasar dilepaskan bersama perasaan marah yang membuak-buak.

Noah memandang ke belakang dan pada masa yang sama seorang dari konco-konco Rayden cuba untuk mencederakan Noah menggunakan pisau lipat namun pantas sahaja perut lelaki itu ditendang oleh Noah dan mengelak cepat-cepat.

Pengawal datin Kylie pula cuba untuk menggari lengan konco-konco Rayden namun tiga lelaki itu cepat sahaja meloloskan diri agar tidak ditangkap.

Noah cuba mengingat kembali wajah lelaki yang cuba mencederakannya tadi. Wajah itu sama dengan wajah yang menculik isterinya ketika villa The Livingston Family diserang.

"Kamu bertiga tolong kejar tiga lelaki tadi. Nanti saya akan hantar pengawal lain untuk bantu kamu dan tolong send location kamu nanti!"

"Baik tuan,"

Noah mengambil Niel dan barangan penting yang lain dalam kereta lalu menuju ke kereta datin Kylie.

Nombor telefon Theo didailnya. Beberapa saat kemudian panggilan bersambung.

"Theo aku nak minta tolong. Tayar kereta aku pancit dan aku nak kau hantar seorang mekanik untuk repair kereta aku. Apa-apa bayaran nanti aku settlekan di villa nanti. Aku kena cepat sekarang,"

"Okey...okey. Ada apa-apa yang berlaku ke?kenapa suara kau ni macam dalam keadaan yang tergesa-gesa?" tanya Theo.

"Nanti aku cerita. Thanks bro bantu aku,"

"Okey. No problem."




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top