Bab 46
Sebaik sahaja datin Evelyn menidurkan Niel dia terkejut apabila terdengar satu bunyi yang kuat datang dari bahagian belakang villa.
Jam di dinding biliknya dipandang sekilas sebelum berlalu menuju ke belakang villa.
"Mumy..." panggil Hana yang baru sahaja turun dari tangga.
"Hana tak tidur lagi ke?" tanya datin Kylie.
Hana menggelengkan kepalanya.
Sudah beberapa kali dia cuba untuk melelapkan matanya namun masih tidak dapat.
"Hana tak dapat tidur. Ada je sesuatu yang ganggu di fikiran Hana. Niel macam mana?"
"Niel dah tidur. Comel je cucu mumy tu. Ada juga teman mumy tidur di bilik. Hana cuba cerita dekat mumy. Hana ada masalah ke?" tanya datin Evelyn dengan prihatin.
"Hana pun tak tahu tapi sejak tadi Hana rasa macam tak sedap hati macam ada sesuatu yang buruk berlaku. Itu yang Hana fikir sampai tak dapat tidur," ujar Hana seraya mengeluh perlahan.
Datin Evelyn berfikir sejenak. Dia pun sudah beberapa kali pernah merasakan seperti yang Hana lalui sekarang dan tak lama selepas itu perkara buruk betul betul terjadi. Mungkin itu adalah petanda.
"Hana...kita berdoa sahaja agar tidak ada perkara buruk yang berlaku. Hana mesti kena rehat banyak dan kena fikir positif mumy yakin semuanya baik baik sahaja. Noah dah tidur ke?"
"Noah dah tidur. Mumy boleh tak kalau Hana tidur dalam bilik mumy?Hana nak teman mumy boleh kan?" ujar Hana seraya tersenyum.
"Anak mumy yang sorang ni pun manja rupanya. Mumy bukan tak benarkan tapi kesian pula Noah tu kalau tidur seorang,"
"Bolehlah mumy...Hana nak juga tidur dengan mumy just one time. Hana tak dapat tidur dekat bilik Hana tu walaupun ada Noah...please mum," rayu Hana sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Okeylah kalau macam tu tapi kalau suami Hana tu merajuk pagi esok pandai pandailah Hana pujuk ye," kata datin Kylie.
"Hehe okey..." balas Hana lalu tersengih.
"Hana pergi masuk tidur dulu mumy nak pergi check di belakang villa kejap,"
"Okey. Good night mumy,"
"Good night too..."
Hana pun naik ke tingkat atas. Dia sempat membuka pintu biliknya untuk menjenguk Noah. Kelihatan Noah yang tidur begitu nyenyak sekali. Dia pun menutup semula pintu bilik lalu menuju ke bilik datin Evelyn.
Davika lantas menuju ke arah Rayden yang baru sampai.
"Macam mana?plan berjaya tak tadi?" tanya Davika yang sudah tidak sabar menunggu jawapan dari Rayden.
"Of course. Aku dah letak cctv kecil di belakang villa The Livingston Family tu. Nasib baik tak kedapatan tadi dahlah aku terlanggar empat pasu bunga. Dah jom bantu aku connect cctv tu dekat computer. Kau jangan lupa esok dengan rancangan kita tu. Be prepare kalau kau nak sangat Noah macam aku nak Hana!"
Davika berpeluk tubuh. "Well aku dah lama buat persediaan. You dont have too worry. Aku hebat dalam lakonan setakat Hana tu senang je dia jatuh di tangan aku
dan anak dia tu akan jadi sasaran aku lepas ni. Aku pasti kalau kita libatkan anak dia dalam rancangan kita dia pasti akan kalah," kata Davika tersenyum penuh jahat.
"Esok aku akan hantar konco konco aku serang villa tu supaya pengawal mereka akan berkurangan dan senang lah plan kita berjalan. Mungkin sekitar pukul 10:00 pagi sebab aku yakin tinggal Hana seorang lagi yang akan berada dalam villa tu. Davika kau kena spy datin Evelyn esok dan inform aku kalau dia dah masuk kerja begitu juga Noah dan Theo. Kalau Daniella tu senang je aku nak urus,"
"Dont worry aku boleh buat semua tu. Aku nak esok kau arahkan anak buah kau bawa Hana keluar dari villa tu. Lepas tu aku akan mula dengan lakonan aku untuk selamatkan dia. Pastikan tiada satu pun dari mereka yang syak apa apa!"
Rayden mengangguk. Mereka pun mula menyediakan apa yang patut untuk rancangan mereka pada pagi esok.
***
Datin Evelyn berasa pelik apabila melihat empat pasu di belakang villa telah pecah dan dia melihat ada kesan tapak kasut di lantai. Pasu bunga tu bukan jenis pasu yang kecil tapi pasu yang besar.
"Nick...macam mana pasu ni boleh jatuh?Ada apa apa yang pelik tak tadi?"
"Sepanjang saya buat rondaan malam ni tak ada apa apa yang saya nampak mencurigai. Tapi bila saya buat rondaan kali kedua saya ada dengar bunyi kuat datang dari belakang villa ni. Bila saya check balik cuma pasu ni sahaja yang pecah," ujar Nick yang turut berasa pelik.
"Mesti ada orang yang cuba nak buat something dekat villa ni. Tak apa bersihkan dulu semua pasu ni. Esok kita bincang selepas urusan di syarikat selesai. CCTV di belakang villa ni juga check lepas tu beritahu saya keputusan esok,"
"Baiklah datin,"
Tanpa mereka sedari segala perbualan mereka sudah pun direkod oleh CCTV yang di sembunyikan oleh Rayden.
Rayden melihat rakaman itu di komputernya dengan senyuman sinis.
Malam itu semua CCTV di luar dan dalam villa The Livingston Family dihack oleh Rayden dan dibantu oleh dua orang rakannya.
Ini balasan untuk kau Daniella!
Tunggu hari esok menanti lagi seronok permainan aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top