Bab 36

Davika tergesa-gesa masuk ke dalam bangunan pusat membeli belah apabila hujan mulai turun membasahi bumi.

Ketika dia ingin masuk ke dalam lif seorang perempuan melanggarnya dengan kuat sehingga Davika terdorong ke hadapan. Nasib baik sahaja dia sempat masuk ke dalam lif kalau tak entah apa jadinya pada diri dia.

"Hei pompuan!apa masalah kau haa!suka hati je nak langgar aku macam aku ni pintu lif pula!" bentak Davika dengan geram.

Chalida menjulingkan anak matanya. Menyampah pula aku tengok minah ni.

"Excuse me. Dont call me pompuan. Aku panggil kau pondan nanti baru padan muka kau!dahlah suara sebiji macam monyet terlepas euw," kata Chalida sempat buat gaya seperti termuntah.

Davika menolak kasar bahu Chalida. "Eh kau kenapa ea!nak cari pasal dengan aku pula?oh pleaselah kau ni tak layak pun dipanggil sesiapa sebab manusia jenis macam kau ni dah pupus dalam bumi. Dahlah mata letak kat kaki entah mungkin lepas ni mulut pula letak atas kepala," balas Davika yang tidak mahu mengalah.

Orang yang turut berada di dalam lif itu tidak berani menyampuk mahupun meleraikan pergaduhan diantara mereka. Tak pasal pasal sendiri pula yang kena nanti.

Chalida juga tidak mahu mengalah dia lantas menolak bahu Davika dengan kuat.

"Hello!kau ni memang buta kan?ada nampak tak mata aku sekarang ni kat kaki. Kalau buta lain kali mesej dekat mak bapak kau suruh belikan cermin mata kalau tak sanggup nak beli aku boleh tolong belikan," balas Chalida dengan suara lantangnya.

Orang di dalam lif itu pula sudah menahan tawa mendengar balasan dari Chalida. Davika pula sudah naik bengang mendengar kata-kata Chalida.

"Kau ingat kalau aku buta sekali pun aku tak mampu beli cermin mata yang setakat berapa ratus ringgit tu. Lainlah macam kau berlagak sombong entah entah duit yang kau pakai pun duit haram!" ujar Davika.

Berdesing telinga Chalida mendengar ayat paling pantang dia dengar itu.

Belum sempat Chalida membalas pintu lif sudah pun terbuka. Davika menjeling Chalida sekilas dan sempat melanggar bahu Chalida sebelum keluar dari lif.

Kalau boleh nak je aku hempuk kepala Minah ni sampai puas. Bisik dalam hati Chalida penuh geram.

***

Davika mengambil tempat duduk di hadapan Rayden. Mukanya kelihatan seperti seorang yang tengah bad mood disebabkan kejadian di lif tadi.

Tas tangan dihempas kasar di atas meja. Minah sewel tu memang nak try penampar aku kot. Bisik dalam hati Davika penuh geram.

"Apasal muka kau ni masam memanjang?gaduh dengan Noah ke?" ujar Rayden tapi lebih kepada menyindir.

Davika menjulingkan anak matanya ke atas. "Boleh tak buat masa sekarang ni jangan sebut nama Noah. Kau tahu tak aku sakit hati sangat dengan perangai dia yang semakin menjadi jadi. Aku call tak jawab. Aku message tak reply. Dia buat apa sebenarnya dekat Thailand tu sampai sekarang tak balik balik lagi!bencilah!" Davika mendengus geram.

"Sedarlah diri tu sikit. Kau ingat kau tu isteri dia yang dia nak jaga 24 jam ke. Davika kau tak pernah terfikir ke yang Hana dan Noah mungkin dah bersama?kalau memang betul dia sayang kan kau untuk apa dia berminggu minggu di Thailand?" kata Rayden seakan akan cuba menyerabutkan fikiran saudaranya.

Davika berfikir sementara. Mungkin ada betul juga apa yang Rayden cakap ni. Kalau memang betul mampuslah perempuan tu aku kerjakan. Kau jangan nak berharap Hana!

"Why?kau nak cabar aku buat something ke apa?aku boleh je. Setakat Hana si gadis lemah tu aku boleh buat apa apa je asalkan kebahagiaan aku tercapai," kata Davika dengan sinisnya.

"Maksudnya kau ingin dapatkan Noah hanya untuk kebahagiaan sebaliknya kau tak cinta dia?macam tu?" tanya Noah.

Davika mengangkat kedua dua bahunya. Entah kadang kadang aku pun pelik juga sama ada aku cintakan Noah atau aku saja nak dia hanya untuk bahagiakan aku.

"Bahagia atau cinta. Aku lebih pilihkan kebahagiaan. You know what cinta ni tak penting sangat bagi aku. Tengok je papa aku. Dia seperti dipermainkan oleh isteri sendiri. Papa pernah ceritakan aku yang pada mulanya mama bukan kemain lagi cakap sayang separuh mati tapi bila mama dah lahirkan aku semuanya berubah sekelip mata. Itu ke namanya cinta?" ujar Davika dengan api kemarahan di dalam hati.

"Aku dah nampak kat sini. Kau tak cintakan Noah pun kau saja gunakan dia macam permainan. Well, game kau ni best jugakan?" Kata Rayden sambil menepuk tangannya.

"Who care?" balas Davika acuh tak acuh.

Datin Kylie menunggu mesej dari Noah. Dah nak masuk seminggu Noah dekat Thailand tu kenapa masih tak pulang lagi. Apa yang dah berlaku?

Ting!

Dua notification dari Noah terpampang di skrin telefon datin Kylie. Satu senyuman terbit di bibir lalu dibukanya mesej itu.

Ma. Bagi Noah dua minggu lagi lepas tu Noah akan pulang. Perempuan tu larikan diri dari Noah kelmarin. Bagi Noah masa dulu untuk uruskan semuanya. - Noah

Senyuman datin Kylie terus hilang. Macam mana boleh terjadi sedangkan Hana tu perempuan lemah. Tak mungkin Noah tak dapat handle dia.

Baiklah. Noah uruskan hal kamu disana secepat mungkin. Kesian Davika di sini. Jangan lama lama tau. - Datin Kylie

Mesej itu dihantar.

Noah tersenyum sinis melihat mesej yang baru sahaja dihantar oleh ibunya. Sampai sekarang masih nak permainkan Noah.
Kalau macam tu Noah nak tengok sejauh mana mama nak teruskan rancangan mama tu.


     

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top