Bab 24


Seawal jam 6:00 pagi Hana sudah pun bangun. Dia memasak makanan kegemaran Noah untuk dibawa ke hospital begitu juga untuk Daniella dan Theo yang masih diulit mimpi.

Bau masakan bukan kemain lagi menusuk ke hidung sehinggakan Theo dan Daniella pun terbangun terhidu bau masakan Hana itu.

"Dear siapa yang masak ni?" tanya Theo.

"Awak rasa?" tanya Daniella.

Soalan dibalas soalan. Begitulah Daniella bila bersama dengan suami tercintanya itu.

"Maybe Hana. Dia kan pandai memasak just like you dear. Waktu kecil dulu memang dah belajar memasak ke?" kata Theo.

"Saya selalu je belajar memasak dengan papa. Tapi tak sangka pula Hana juga pandai memasak mungkin keturunan. Waktu umur Hana genap setahun kami terpisah selepas papa disahkan menghidap penyakit jantung tahap dua. Mama kata dia nak minta bantuan dari sahabatnya di kampung untuk jaga Hana sehingga papa boleh keluar dari hospital sebab kos rawatan sangat tinggi ketika itu. Pada masa yang sama syarikat papa digodam oleh kawan baik mama sendiri. I can't imagine our life that time. Start from there I try to work hard for my family and finally I got a big reward,"

Panjang lebar Daniella menceritakan kisah keluarganya kepada suaminya.

Theo memeluk bahu Daniella. "I know you can do it dear. Lepas ni apapun yang akan terjadi awak kena ingat yang jangan mudah putus asa. Fight for your life and I will stay by your side forever and ever. Macam tu juga saya nak awak janji dengan saya yang kita akan kekal sampai bila-bila," lantas tangan Daniella dikucup oleh Theo penuh lembut.

"I promise .Thank you sebab selama ini awak dah banyak bantu saya dan motivate saya selalu. Bila saya rasa down awak lah yang selalu ada untuk saya. You know what saya happy sangat bila awak hadir dalam hidup saya cause you are the right person my mr.doctor!" ujar Daniella seraya mengukir senyuman manisnya.

"One more thing izinkan saya rawat hati sayang supaya tak akan terluka. Cause your hubby is your mr.doctor and the owner only Daniella Collins Livingston," ujar Theo dengan romantisnya.

"Dah terlebih sweet awak pagi ni tau. And this is your morning kiss," pipi Theo lantas dicium oleh Daniella sebelum turun dari tempat tidur.

"Sweet untuk dear je kan. Thanks for the kiss dear," Theo sudah tersenyum senyum.


***

Daniella memberhentikan kereta BMW miliknya di hadapan T&N hospital.

"Hana nanti akak suruh Nick ambil Hana di sini. Jaga keselamatan Hana tau maaf sebab akak tak dapat nak teman Hana. Ada meeting awal pagi ni. Maaf ya," ujar Daniella.

"Its okey kak menyusahkan pula kalau akak nak teman Hana. Nanti Hana tunggu Nick di sini. Terima kasih sebab hantar Hana," balas Hana.

Daniella tersenyum mengangguk tetapi di dalam hatinya sudah dilanda kerisauan. Setiap kali Hana berada di luar seorang diri dia pasti akan risau keselamatan adiknya itu.

Selama ini pun dia selalu menghantar beberapa orang bodyguardnya untuk mengawasi keselamatan Hana.

"No problem Hana. Okeylah kalau macam tu akak pergi dulu. Ingat keselamatan tu sentiasa dijaga kalau ada apa-apa just call me,"

Hana menganggukkan kepalanya.

Setelah kereta BMW itu meluncur laju meninggalkan kawasan T&N Hospital Hana pun melangkah masuk ke dalam hospital.

Pintu bilik wad Noah dikuaknya perlahan. Segaris senyuman diukir sebaik sahaja Noah memandang ke arahnya.

"Good morning. How are you today?" tanya Hana.

"Morning too. Kepala masih sakit but just a little bit. Awal awak sampai hari ni. Memang dah biasa bangun awal pagi ke?" tanya Noah.

Hana tersenyum. "Saya dah biasa dah bangun awal sebab kalau bangun matahari dah terbit saya tak suka. Saya ada masak makanan untuk awak. Tapi awak tak boleh makan pagi ni sebab tak sesuai. Tengahari nanti baru awak makan," kata Hana.

Noah tersenyum. Kalau bab makanan ni bukan kemain lagi dia bersemangat di waktu pagi. Nasib baik je bukan Theo yang datang sekarang kalau tak sanalah tempat dia bermanja.

"Boleh makan sekarang ke?im really hungry," kata Noah tersengih. Tak apalah kalau Theo tak ada aku bermanja dengan dia eh tak boleh.

"Boleh. Tapi bubur ni je. Yang makanan lain tak bole," ujar Hana. Penutup bekas makanan yang berisi bubur dibuka.

"Thank you. Tolong suap...suapan suay...khun suay mak,"

Fuh dapat cover ke tu. Nasib aku pandai bahasa Thailand sikit. Aduh!macam ni lah keadaan kalau tak ada Theo. Mungkin lepas ini kena kurangkan sedikit kemanjaan ni.

Hana menahan tawa dalam diam. Macamlah dia tak tahu yang suaminya itu manja kalau tengah sakit.

"Awak makanlah dulu ye. Saya lupa bawa air tadi. Awak tunggu kejap ye," kata Hana.

Hana pun berlalu keluar. Nasib baik tak terhambur tawa aku tadi.

Bubur terus disuap masuk ke dalam mulut setelah kelibat Hana hilang dari pandangannya. Aroma bau masakan Hana itu sungguh mencabar nafsu makannya.

Kalau ikutkan hati semua makanan yang dibawa Hana tadi dia nak habiskan sekarang ni juga tapi memandangkan Hana dah kata tak boleh tadi dia patuh jelah.

Datin Kylie menuju ke T&N Hospital selepas selesai menemani Davika di airport. Rasa sedih pula bila bakal menantunya itu akan meninggalkannya dalam masa beberapa bulan.

Tapi nasib baik juga semalam Noah okey sahaja bila dia beritahukan tentang Davika yang akan pergi ke Sabah untuk uruskan syarikat saudaranya.

Kan dia dah kata Noah seorang yang mudah memahami keadaan seseorang. Untunglah Davika lepas ni. Bisik dalam hati datin Kylie.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top