Bab 22


"Maaflah kalau kehadiran saya ni buat awak rasa tak selesa," kata Hana. Dia perasan yang Noah hanya berdiam diri sebaik sahaja dia masuk ke dalam wad tadi.

Noah tersenyum nipis. "Tak ada apalah. Tak salah pun kalau awak datang. Saya nak tanya. Kita pernah jumpa ke sebelum ini?" tanya Noah.

Soalan itulah yang ditunggu tunggu oleh Hana selama ini. Dia kena berusaha supaya Noah dapat mengingati dia kembali.
Dia mahu bersama dengan Noah secepat mungkin sebelum anak mereka lahir.

"Kita dah bertahun kenal bukan hanya pernah berjumpa. Tetapi memandangkan tempoh hari ada kecelakaan berlaku membuatkan awak dah tak kenal siapa saya dalam hidup awak. Dan saya harap awak akan sembuh secepat mungkin," kata Hana ringkas namun sudah membuat banyak persoalan yang bermain di dalam benak fikiran Noah.

"Awak sebenarnya siapa?saya nak tahu," balas Noah. Aku pernah hadir dalam hidup dia?bukan ke nama dia ni Faith?

"Buat masa sekarang ni awak kena berehat dulu. Tak baik serabutkan fikiran tu," kata Hana tersenyum. Tak sesuai pula kalau dia berterus terang dalam keadaan macam ni.

"Tak apa saya okey," balas Noah dan matanya tertancap pada perut Hana.

Noah kalaulah awak tahu siapa saya yang sebenarnya sudah tentu kita tak macam orang asing sekarang ni.

"Saya harap sangat awak cepat sembuh. Awak tak apakan kalau esok saya datang lagi," tanya Hana.

"No problem datang je. Awak tahu ke Davika di mana sekarang?kali terakhir saya dan dia bersama di lapangan terbang. Lepas tu saya tak nampak dia sejak tadi," kata Noah.

"Davika dah balik. Mungkin dia ada urusan. Noah saya kena pergi sekarang. Jumpa lagi esok. Jangan lupa ambil rehat yang cukup tau supaya awak cepat sembuh," kata Hana. Kalau ikutkan hati dia masih belum puas berbual dengan Noah hari ini lagipun Daniella mungkin sudah tertunggu tunggu dia di luar wad jadi dia kena pergi.

Noah hanya tersenyum. Dia menghantar pandang ke arah Hana yang sudah melangkah keluar dari wadnya.

Dalam ramai orang yang aku jumpa kenapa hanya dia seorang sahaja yang memberikan aku satu kesan bila melihat dia.


***

Datin Kylie termenung di luar tingkap officenya. Dia asyik terfikir tentang kandungan Hana kerana dia tidak mahu kalau anak dalam perut Hana itu adalah anak Noah. Dia sama sekali tidak akan menerimanya.

Kalau Hana mengandung kenapa dia tak beritahu aku dari awal sebelum aku halau dia keluar dari rumah tempoh hari?

Atau anak dalam perut dia tu anak orang lain?dia kan perempuan mata duitan mungkin setakat maruah pun dia tak kisah berikan kepada orang lain.

"Datin ada orang nak jumpa dengan datin. Nama dia Davika," ujar assistant datin Kylie.

"Suruh dia masuk,"

"Baiklah datin,"

Davika pun masuk ke dalam office datin Kylie dengan senyuman manis di bibirnya.

"Hi mama. Mama busy ke maaflah kalau Davika menganggu mama," kata Davika.

"Taklah. Mama tak busy lagipun mesyuarat dah siap tadi. Davika datang ada something nak beritahu dekat mama ke?"

"Ya mama. Sebenarnya macam ni. Esok Davika akan start bekerja dengan saudara Davika kerana syarikat saudara Davika tu baru je dibuka. Jadi Davika pun kena bantu uruskan syarikat tu sehingga semuanya berjalan dengan lancar. Davika minta maaf sangat sebab Davika tak ada masa nak luangkan masa dengan mama begitu juga dengan Noah. Mama tak apakan?" kata Davika sedikit berdebar.

Sebenarnya dia hanyalah mencari alasan buat sementara kerana dia dan Hana ada perjanjian. Syarat itu dia sendiri juga yang buat dimana dia akan biarkan Hana dan Noah bersama sehingga anak dalam kandungan Hana itu lahir.

Riak muka datin Kylie berubah menjadi sedih.

"Kalau macam tu tak apalah. Mama pun faham juga. Berapa hari Davika di sana?" kata datin Kylie.

"Kalau semua urusan di syarikat tu selesai dalam masa 3 bulan Davika boleh pulang di sini awal sedikit. Tapi kalau urusan berjalan tak lancar mungkin Davika kena ambil masa lama sedikit untuk balik di sini," ujar Davika.

"Kalau mengenai syarikat ni memang akan mengambil masa yang lama. Kat sana nanti Davika mesti kena jaga kesihatan dan keselamatan. Kalau ada masa mama akan lawat Davika. Davika kena ingat tau kalau Noah dah ceraikan Hana nanti mama nak Davika jadi bakal isteri Noah," kata datin Kylie.

"Tapi Noah nak ke ceraikan Hana?kalau ingatan dia kembali pulih mesti dia tak akan lepaskan Hana begitu sahaja,"

"Mama tak kira. Noah mesti kena ceraikan juga perempuan tu secepat mungkin. Mama tak mahu anak mama hanya dipermainkan oleh perempuan. Sebelum mama lupa tanya Davika sudah tahu ke yang Hana mengandung?" tanya datin Kylie.

Davika berfikir sama ada nak berterus terang atau tidak. Rasanya tak perlu kot aku nak berterus terang.

"Hana mengandung?davika tak tahu langsung tentang ni. Kenapa dia perlu sorokkan hal ini. Mama tak hairan ke?" kata Davika yang berpura pura tidak tahu padahal dialah orang pertama tahu yang Hana mengandung.

Berkerut dahi datin Kylie mendengar jawapan Davika. Ini mesti Hana ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan mereka.

"Tak apalah lupakan je. Tak penting pun. Mama nak tanya ni esok pukul berapa flight Davika?mama nak temankan Davika,"

"Pukul 12:00 tengahari. Thank you mama!" kata Davika sambil tersenyum gembira. Senang je nak tipu datin Kylie. Petik jari je dia dah mula percaya aku. Mudah je.

"Oklah kalau macam tu esok mama teman Davika pergi di airport. Nanti mama akan tolong sampaikan kepada Noah tentang ini. Dont worry mama yakin dia faham keadaan Davika," kata datin Kylie.

"Terima kasih banyak mama. Davika janji lepas dah siap semua urusan di Sabah Davika tak akan tinggalkan Noah lagi,"

Datin Kylie tersenyum. "Sepanjang Davika berada di Sabah mama akan cuba cari jalan macam mana nak buat Noah ceraikan Hana. Jangan risau," kata datin kylie.

Davika hanya mengangguk. Kalau itu adalah rancangan datin Kylie aku tak kisah pun yang penting aku nak buat datin Kylie akan terus membenci Hana. Kan kalau begitu lebih cepat kerja aku ni akan selesai.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top