Bab 21
Hana yang baru sahaja ingin melangkah pergi terhenti apabila terdengar kata-kata Davika yang sungguh menyakitkan hatinya.
"Untuk apa kau nak datang di sini?sedar sikit yang kau tu tak ada hubungan lagi dengan keluarga Noah," kata Davika dengan sinisnya. Dia sungguh benci melihat kehadiran Hana ketika ini apatah lagi wanita itu mengandung.
"Davika kau kena ingat yang Noah masih lagi suami aku dan apa yang kau dah buat dekat aku selama ini aku tak akan lupakan," balas Hana sedikit kasar.
"Tak. Kau salah!Noah milik aku dan aku akan pastikan dia akan jadi suami aku suatu hari nanti. Hana kau pun kena ingat yang selama ini aku banyak bantu kau dan kalau bukan aku yang bantu kau bayar yuran sekolah dulu kau sekarang mungkin jadi pemungut sampah!" Davika berkata dengan penuh sinis.
Hana terdiam. Memang benar yang selama ini Davika satu satunya yang membantunya ketika di bangku sekolah sehingga masuk ke sekolah menengah.
"Kau juga pernah berjanji pada aku untuk balas jasa aku dan sekarang kau buktikan pada aku yang kau akan biarkan Noah dengan aku bahagia. Aku tak boleh kehilangan dia sebab aku dah mula cintakan dia," ujar Davika tanpa memikirkan perasaan Hana ketika itu.
"Memang betul aku pernah janji yang aku akan balas jasa kau tapi aku perlukan suami aku. You know that I'm pregnant right?please Davika jangan buat aku macam ni Im begging you," rayu Hana bersungguh- sungguh.
"Boleh tapi dengan satu syarat. Aku akan biarkan kau bersama dengan Noah sehingga anak dalam perut kau tu lahir selepas itu kau kena tinggalkan Noah dan pergi dari sini. Jauh dari sini!" balas Davika.
Hana mengangguk setuju walaupun hakikatnya dia tidak sanggup menerima syarat dari Davika itu. Dia terpaksa memilih untuk menerima syarat itu dan dalam masa yang sama dia mahu Noah dapat melihat anak mereka lahir nanti.
"Kau mesti ingat jangan sesekali langgar syarat ni atau lain pula yang akan terjadi nanti. Luangkanlah masa sebaik baiknya dengan Noah sebelum tiba masa aku pula yang akan menjadi miliknya," kata Davika lalu melangkah pergi dari hospital.
Hana menahan rasa di dalam hati. Davika kenapa kau sanggup buat kawan baik sendiri macam ni?kalau kau memang ada hati dengan Noah dari awal lagi kenapa kau tak terus terang pada aku. Kenapa baru sekarang kau baru nak beritahu aku. Bisik dalam hati Hana.
"Hana...masuklah. Noah sedang berehat di dalam tu don't worry tinggal dia seorang lagi di dalam," ujar dato Vincent sebaik sahaja isterinya melangkah keluar pergi di syarikat kerana ada mesyuarat.
Hana mengukir senyuman. "Terima kasih uncle," ujar Hana. Dia sungguh terharu dengan layanan dato Vincent terhadapnya yang tidak pernah berubah. Sejak awal sampailah sekarang dato Vincent tetap baik.
"Eh apa pula panggil uncle. Panggil papa je. Hana, papa nak beritahu yang jangan dengarkan apa yang ibu Noah kata tempoh hari. Papa percaya yang semua itu adalah fitnah cuma ibu Noah saja yang mudah percaya. Sekarang ni Hana pergilah luangkan masa dengan Noah. Papa yakin yang tidak lama lagi Noah akan ingat Hana semula," kata dato Vincent.
"Terima kasih papa sebab percayakan Hana," balas Hana.
"No problem,"
Dato Vincent membiarkan Hana dan Noah di dalam wad. Sekarang ini dia perlu berusaha untuk memikirkan cara untuk menyatukan semula Hana dan Noah seperti dahulu.
Dia ada berbual dengan Theo tadi mengenai keadaan Noah. Theo sebenarnya ada menyembunyikan sesuatu ketika dia menjelaskan keputusan Noah kepada mereka tadi.
"Macam mana keputusan dia?"
Theo mengukir senyuman. Semua mereka terus menghembuskan nafas lega.
"Jangan risau. Tak ada apa-apa yang teruk sangat. Noah seorang yang kuat dan keadaanya ada sedikit perubahan dari sebelumnya. Dia pengsan ada kena mengena dengan suhu di France semasa dia berada di sana dan sebaliknya dia hanya perlu rehat yang secukupnya," terang doktor Theo.
Sebenarnya Noah pengsan adalah disebabkan dia terlalu memaksakan dirinya untuk mengingati sesuatu sehingga menyakiti dirinya sendiri semasa berada di France.
Tetapi mengenai keadaan Noah yang ada sedikit perubahan itu memang benar. Theo terpaksa berbohong kerana jika datin Kylie tahu yang Noah pengsan disebabkan terlalu memaksakan dirinya untuk mengingati sesuatu maka Hana adalah sasaran datin Kylie.
Jadi Theo memilih untuk tidak mengatakan hal yang sebenar. Hanya dato Vincent sahaja yang tahu perkara itu.
Dato Vincent dan Theo telah pun berbincang bagaimana mereka mahu Noah dapat mengingati kembali siapa Hana.
Hana memandang Noah yang berdiri sambil melihat ke luar tingkap. Sebaik sahaja Noah sedar seperti ada seseorang yang masuk ke dalam wadnya dia pun pusing menghadap ke depan.
Mata mereka bertembung seketika. Keadaan di dalam wad menjadi sepi. Hana mahupun Noah masing-masing tidak bersuara.
Perempuan ni?kenapa muka dia sangat iras dengan muka perempuan yang ada dalam gallery phone aku. Inikan kawan baik isteri aku yang pernah aku jumpa tempoh hari di tepi pantai.
Tapi ada sesuatu yang aku rasakan setiap kali bertentang mata dengannya dan disebabkan perempuan inilah aku paksakan diri aku untuk mengingati siapa sebenarnya perempuan ini.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top