Bab 2
Noah menatap lama cincin yang tersarung pada jari manisnya. Aku dah kahwin ke atau aku saja pakai cincin ni? Fikirnya di dalam hati.
Noah berfikir lama namun otaknya langsung tidak dapat membantunya untuk menjawab pertanyaan itu.
Datin Kylie dengan penuh gayanya melangkah masuk ke dalam wad Noah. Davika pula hanya mengikuti wanita yang berumur itu dari belakang dan bibirnya pula sentiasa mengukir senyuman manis.
"Morning anak mama. So how are you?" tanya datin Kylie. Kepala Noah diusapnya dengan penuh lembut. Dia sangat bersyukur kerana Noah masih dapat mengingati keluarganya namun malangnya ada separuh orang yang rapat dengannya dia tidak dapat mengingati siapa mereka.
"Im okey. Tapi kepala ni kadang pandai sakit bila Noah terlampau ingatkan sesuatu," ujar Noah yang berasa pelik kenapa dia berada di hospital. Aku sakit apa sebenarnya?
"Its okey Noah. Tak lama lagi okey lah tu. Cuma Noah jangan terlalu banyak berfikir just calm yourself. Mama yakin anak mama ni pandai kawal diri. So just relax ya," lalu bahu Noah ditepuk perlahan oleh datin Kylie.
Buah epal yang sudah dipotong di dalam pinggan itu diberikan kepada Noah. Davika tersenyum manis saat Noah memandang ke arahnya.
"Ma, perempuan ni siapa?kenapa macam Noah pernah nampak dia," tanya Noah ingin tahu. Datin Kylie menghembuskan nafas lega apabila Noah bertanya soalan seperti itu.
"Inilah isteri Noah. Makanlah epal tu penat tau isteri Noah sediakan. Kesian dia setiap hari jaga suami di hospital sampai tidak tertidur," kata datin Kylie dengan bersungguh sungguh. Dia berharap agar Noah tidak mensyaki apa-apa dan hanya menuruti apa yang dia katakan.
Noah hanya mengangguk. Wajah Davika dipandang sekali lagi sebelum dia memasukkan buah epal yang sudah dipotong ke dalam mulut.
"You nak air ke?mesti you dahagakan?" dengan penuh lembut Davika menuturkan ayatnya. Air putih dituang ke dalam gelas lalu diberikan kepada Noah.
Datin Kylie sudah memberitahukan Davika dari awal lagi sebaik sahaja Hana dihalau keluar dari rumah agar mengambil hati Noah supaya lelaki itu tidak tertanya tanya.
Datin Kylie sangat berterima kasih kepada Davika kerana memberitahunya perangai sebenar Hana. Dia tidak menyangka Hana yang lemah lembut dan sopan itu hanya berpura-pura di hadapan mereka sekeluarga hanya disebabkan ingin menumpang kekayaan mereka. Dia sudah lali dengan semua itu kerana sudah ramai perempuan kampung yang memang tahu nak tumpang duit je apabila mereka bersama dengan Noah.
"Thank you," balas Noah. Air itu diteguknya sehingga habis dan pada masa yang sama Davika terus mengambil tempat duduk di tepi katil.
Davika mencapai tangan Noah. "I harap you sembuh cepat sebab I tak sabar nak pergi honeymoon," ujar Davika dengan manja. Tangan Noah diusapnya lembut dan di dalam hati berharap agar Noah tidak membantah.
Noah tersenyum lalu menarik tangan Davika agar kedudukan mereka rapat. Datin Kylie pula sudah tersenyum dalam hati. Kalau aku tahu dari awal yang perangai Hana tu bagai manusia yang bertopengkan syaitan dah lama aku nak Davika yang jadi isteri Noah. They looks so perfect together.
Noah mencium dahi Davika. "Nak tak kalau saya bawa awak pergi honeymoon di France?sana kan banyak tempat romantis bolehlah kita luangkan masa bersama sama," ujar Noah. Pinggang Davika terus dirangkulnya erat.
Davika menyandarkan kepalanya di bahu Noah sambil tersenyum gembira. Walaupun dalam realitinya dia hanyalah isteri palsu kepada Noah tetapi Davika menganggap yang hanya dialah isteri satu-satunya Noah.
"Of course I nak sebab I suka tempat tu. Dah lama tahu I teringin nak pergi di sana and finally my lovely husband bawa wife dia pergi disana untuk honeymoon. Im so happy thank you hubby," tanpa rasa segan Davika terus mencium pipi Noah.
Rambut Davika diusapnya perlahan dan mencium dahi gadis itu. "Anything for my wife." balas Noah penuh lembut.
Seorang jururawat masuk ke dalam wad itu dengan membawa satu fail rekod pesakit. Dia tersenyum memandang Noah. Kalau nak tahu Noah adalah seorang doktor selain bergelar ceo dan hospital yang ditempatkannya sekarang adalah hospital miliknya dan seorang lagi rakan baiknya, iaitu Theo.
"Morning doktor Noah. Esok doktor dibenarkan untuk pulang ke rumah dan perlu banyakkan rehat yang secukupnya.
Jangan terlalu paksakan diri tu untuk mengingati sesuatu. Saya harap doktor cepat sembuh," ujar nurse yang bertugas sambil merekod kesihatan Noah.
Sesekali mata jururawat itu memandang seorang perempuan yang duduk di sebelah Noah dia mulai berasa pelik. Apa pula hubungan perempuan tu dengan doktor Noah?Bisik hati nurse itu dengan kerutan di dahi.
"Morning too and thanks." balas Noah. Davika yang masih berada di sebelah Noah juga tersenyum ke arah nurse itu.
Tak sepadanlah kalau doktor Noah bersama dengan perempuan ni.Hana?bukan itu ke isteri doktor Noah kenapa dia tak datang melawat suami dia. Semakin banyak pertanyaan yang muncul di benak fikiran jururawat itu.
"Nurse, kalau dah tak ada apa-apa lagi nurse bolehlah sambung kerja yang lain ye.
Saya nak luangkan masa dengan isteri saya," ujar Noah tetapi dengan nada yang sopan. Davika disebelah pula dalam diam sudah menyampah dengan jururawat itu.
Jururawat itu tersenyum seraya menganggukkan kepala. "Baiklah doktor." balasnya lalu keluar dari wad dan sempat mengejek Davika dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top