Bab 19


Setelah puas berada di Montmarte, Noah dan Davika pun menuju ke tempat seterusnya iaitu The Louvre, iaitu muzium yang paling banyak dikunjungi di dunia.

Lourve mempunyai pintu masuk yang bercirikan piramid kaca yang anggun. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam, mereka begitu kagum dengan koleksi seni yang begitu banyak terdapat di tempat itu termasuklah beberapa karya seni yang terkenal di dunia seperti 'Mona Lisa' karya Leonardo Da Vinci dan 'Dying Slave' karya Michel angelo.

"Wow!finally tercapai juga hasrat saya selama ini nak tengok karya seni Mona Lisa," ujar Davika yang sungguh teruja saat ini.

Dia kemudiaan menarik tangan Noah melihat karya seni yang lain. Gambar juga tidak lupa diambil sebagai kenangan suatu hari nanti.

"Awak penat ke?nah air. Minum dulu nanti tekak tu kering," Noah menghulurkan Davika sebotol air. Peluh yang merintik di dahi Davika dilapnya perlahan.

"Thank you. Kejap kita ambil gambar sekali lagi sebab background di sini sangat cantik," Davika mengeluarkan telefonnya.

Dia dan Noah masing masing membuat gaya lalu button camera ditekan sebanyak lima kali.

"Eh one more time. I suka sangat tempat ni thats why kena ambil gambar banyak," ujar Davika seraya tersengih. Agaknya mungkin dah beribu gambar dia ambil dalam masa sehari ni.

Noah pula tidak mengeluh. Dia okey je asalkan hari ini dia dapat luangkan masa dengan Davika.

"Nak ambil gambar lagi?" tanya Noah kepada Davika yang sedang melihat gambar yang diambil sebentar tadi di telefonnya.

"Rasanya dah cukup hehe. Sekarang ni dah jam oh my god dah pukul 6. Apakata kalau kita pulang dulu," kata Davika. Disebabkan terlalu keseronokkan berjalan sehingga terlupa yang hari semakin gelap.


***

Davika mengenakan long dress berwarna merah yang dibelikan Noah untuknya tengahari tadi. Solekan nipis dikenakan di wajahnya dan rambut blondenya dibiarkan tidak diikat.

Malam ini dia dan Noah makan malam bersama di salah sebuah hotel paling romantis di dunia.

Davika tersenyum melihat Noah yang juga turut menggunakan baju berwarna merah, sepadan dengannya .Style rambut lelaki itu lebih menyerlahkan lagi wajah kacaknya. Ditambahkan pula wajahnya yang halus, dah agak dah dia memang seorang yang sangat menjaga kulit.

"Should we go dear?you look so beautiful with that dress," puji Noah. Dalam hati dia memuji kecantikkan Davika malam itu.
Tetapi sepanjang mereka berada di France ada sesuatu yang sering kali menganggu fikirannya setiap kali dia bersama dengan Davika.

Ketika mereka berada di Eiffel Tower pada pukul 1 pagi kelmarin wajah seseorang sentiasa bermain di fikirannya tetapi tidak begitu jelas.

Dia masih ingat kali terakhir dia pergi di tempat itu bersama dengan seseorang tetapi wajah itu tidak diingatinya.

"Noah, you okey tak ni?" tanya Davika. Dia perasaan yang Noah seperti tengah fikirkan sesuatu.

"Saya okey. Jomlah kita gerak," kata Noah. Senyuman diukir agar tidak merisaukan Davika.

"Kalau awak ada masalah just tell me okey?" Davika mengusap perlahan bahu Noah.
Noah sekadar mengangguk sebagai balasan.

Le Dali Hotel Restaurant

Interior dalam hotel itu sungguh mengagumkan yang memamerkan hiasan Louis XVI yang mewah.

Davika dan Noah mengambil tempat duduk di salah satu meja kaca berbentuk bulat.

"Wow...pandailah awak cari tempat. Nampak romantis sangat restoran dalam hotel ni," ujar Davika sambil memandang di sekeliling ruang restoran itu.

"This is for you," Noah mengeluarkan kotak yang di dalamnya terdapat satu rantai.

"Can I open it now?" ujar Davika.

"Yes sure,"

Penutup kotak itu pun dibukanya. Rantai yang ada ukiran bintang dan bulan itu diambil lalu dipakainya.

"Thank you I love it so much. Ala tak susah ke awak buat semua ni?"

"Shh...dont say like that. Saya buat semua ini sebab saya nak tengok awak happy selalu and I want our relationship kekal selama-lamanya. Can you promise me that?" kata Noah. Wajah Davika ditatap sedalam dalamnya.

Senyuman Davika terus mati. Bolehkah aku berjanji dengan dia sedangkan aku hanyalah isteri palsunya. Tapi aku takut kalau suatu hari nanti aku kehilangan dia.

Davika buntu untuk memberikan jawapan. Noah lelaki yang baik dan dia sepatutnya layak mendapat kebahagiaan sebenarnya. Tapi aku?

Noah hanya menunggu balasan daripada Davika. Dia merasakan yang Davika seperti susah untuk memberinya jawapan. Dilihat dari muka gadis itu pun dia sudah tahu yang Davika tidak dapat memberikannya jawapan.

Davika teringat kembali perbualan dia dengan Hana dahulu. Di mana dia memberitahu Hana apa panggilan yang dia guna untuk Noah selepas mereka berkhawin.

"My hottie pie...actually I takut kalau I berjanji dengan awak hari ini manalah tahu suatu hari nanti I tak dapat tunaikan perjanjian itu. But I tak pernah terfikir pun untuk berpisah dengan awak sebab kalau kita memang ditakdirkan untuk bersama tak akan ada apa-apa yang terjadi," balas Davika. Dalam hati dia sebenarnya berasa kecewa dengan dirinya sendiri.

Hottie pie?

Noah mengurut kepalanya perlahan. Kenapa pula aku rasa macam ada sesuatu yang menganggu fikiran aku bila Davika sebut panggilan tu.

"Awak tunggu sini kejap. Saya nak pergi toilet. Jangan pergi mana-mana tau just wait me here," kata Noah. Dia merasakan kepalanya berdenyut saat ini dan dia perlukan tempat yang sunyi untuk menenangkan fikirannya.

"You okey tak ni?kenapa muka you nampak pucat?" tanya Davika. Dia mula berasa risau jika ada apa-apa yang terjadi pada Noah.

"Im okey dont worry," balas Noah sebelum dia berlalu pergi. Davika hanya mengangguk. Dia melihat Noah yang berlalu pergi sehingga lelaki itu hilang dari pandangannya.

Satu keluhan berat dilepaskan. Adakah disebabkan aku sebut hottie pie tadi dia jadi macam tu?tak mungkin dia akan ingat begitu cepat. Anywhere I hope everything is okey. Bisik dalam hati Davika.





Thanks a lot for those yang setia dengan second story saya ni💕💕you guys are so amazing😚💜

Vote/comment.[Thank you very much💜]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top