7 || Indirect

Baekhyun menghentikan kereta di kawasan parkir apartmen tempat aku tinggal. Setelah turun aku terus mengangkut baju yang telah dibeli tadi. Punyalah berat, entah sejak bila kain menjadi berat sebegini.

Dia berjalan terus meninggalkan aku di belakang. Bukannya nak tolong pun! Tak guna.

"Baekhyun tunggulah!" Aku memanggilnya geram. Dia menghentikan langkahnya lalu berpaling melihat aku seperti sedang memperlekehkan aku.

"Kau lah, jalan cepat sikit. Terhegeh-hegeh, lambat macam tenuk."

Tenuk dia panggil aku?

"Saya bawa barang banyak. Berat. Awak tak nak tolong ke? Ambillah sikit." Kata aku dengan nada yang perlahan, sedikit merungut.

"Eh kita dah belanja dia, dia nak suruh kita tolong pula. Mengada. Tak reti bersyukur."

"Yalah tapi saya perempuan. Tak apalah kalau awak tak nak tolong." Aku membuat muka sedih.

"Yang kau bawa tu kain, bukannya besi tahan karat." Balasnya sambil dia berjalan ke arah aku. Aku masih kekal dengan wajah yang sama.

"Yalah tak payah buat muka tu. Menyampah aku tengok." Dia menghulurkan tangannya, tanda bahawa dia mahu menolong aku. Aku tersenyum lalu memberikan salah satu shopping bag kepadanya.

"Ya Tuhan bagilah semua terus.." Dia mengambil semua shopping bag di tangan aku lalu meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan aku.

Senyuman aku melebar.

*****

AKU MEMBUKA peti sejuk lalu mengeluarkan beberapa bahan masakan yang ada. Sebenarnya kalau diikutkan aku memang benci memasak, tetapi disebabkan lelaki itu mengatakan bahawa dia lapar, aku mahu tidak mahu terpaksa memasak juga.

"Sebenarnya kau pandai masak atau tak? Aku dah tunggu lama, dari tadi lagi." Dia datang ke dapur lalu berdiri disebelah aku. Aku hanya fokus memotong sandwich, tidak mahu mempedulikan rungutannya. Malas mahu bergaduh dengannya.

"Kau masak sandwich saja?"

Aku menjelingnya dari ekor mata. "Jadi awak nak apa? Pizza? Spagetti? Kalau macam tu order lah terus dari kedai. Tak perlu makan di sini."

"Nayeon bagi sikit, nak rasa." Mintamya sambil matanya tertumou pada sandwich itu, langsung tidak menanggapi sindiran aku tadi. Aku hanya menghiraukan permintaannya itu dan menyiapkan kerja aku tadi.

Tidak dilayan aku, Baekhyun mencuba pula untuk memegang sandwich lalu dengan segera aku menepis tangannya. Tak sabar betullah!

"Tangan awak kotor! Jangan pegang!"

Baekhyun mengerutkan dahinya. Aku menahan sengih lalu mengambil sekeping roti lalu menggigitnya di hujung. Bukannya makan terus tetapi sengaja membiarkan sandwich itu tergantung di bibir aku, mahu mengusiknya. Baekhyun merungut.

"Bagilah sikit."

Aku menggeleng sementara Baekhyun memusingkan anak matanya.

"Aku betul-betul lapar ni." Sambungnya tidak sabar.

Apabila aku tidak mempedulikannya sekali lagi, tiba-tiba dia menarik tangan aku mendekatinya. Aku memandang dia dengan kening yang berkerut. Ada apa?

Tanpa aku sangka, wajahnya menghampiri wajah aku lalu tanpa aku sedar dia menggigit sandwich yang tergantung di bibir aku lalu merampasnya terus. A-apa?

Mata aku membulat. Jantung aku berdegup kencang. Betulkah apa yang aku nampak tadi? Tidak, dia bukannya melakukan apa-apa yang begitu teruk, bahkan bibir kami langsung tidak bersentuhan. Cuma sejujurnya aku tidak pernah berada sedekat itu dengan lelaki jadi aku memang agak terkejut sekarang.

"Hmm boleh tahan. Letak mayonis lebih sikit." Komennya sambil mengunyah dengan selamba. Dia begitu relaks tetapi mengapa aku terlalu berdebar? Ish, sudahlah Nayeon.

Tidak mahu memikirkan apa yang terjadi tadi, aku meneruskan sahaja memotong tanpa memandangnya sedikitpun. Habislah kalau dia nampak muka aku sekarang.

"Hampir siap dah, kan?" Soalnya. Aku tidak menjawab lalu dia mengangkat sebelah keningnya.

"Nayeon?" Dia menunduk, mencuba untuk melihat aku. Aku menyorokkan muka di sebalik rambut panjang aku tetapi dia tetap melakukan hal yang sama. Oh Baekhyun tolonglah..

'Ding Dong!'

Loceng rumah aku berbunyi. Ada orang datang ke?

Kali ini aku dan Baekhyun saling memandang dengan wajah yang bingung.

"Kau ada ajak orang lain ke?"

Aku menggeleng. "Saya pergi tengok sekejap."

Aku langsung pergi ke ruang tamu lalu membuka pintu. Dari celah pintu aku mengintai sesiapa yang berdiri di hadapan muka pintu dan-

"NAYEONNIII~!!" Yuri menolak pintu lalu memeluk aku erat sementara aku hanya kaku di situ.

Oh tidak.. Macam mana dengan Baekhyun? Yuri tidak boleh tahu dia ada di sini, aku masih tidak bersedia untuk jelaskan lagi kepadanya walaupun ini merupakan ideanya. Ianya sangat memalukan..

"Wah lamanya tak jumpa awak! Ini rumah yang pihak Uni bagi tumpang kepada awak tu, kan?" Tanyanya sambil kakinya melangkah masuk ke dalam tanpa menunggu aku terlebih dahulu. Aku menjadi kelam.

Tolong jangan masuk dapur! Tolong!

"Ergh dahaga pulak. Saya ambik air di dapur ya?"

"Oh oka-"

Sekejap dapur?

Tak!!! Tak boleh!!!

Aku segera mengejarnya yang sedang memasuki dapur. Dalam hati aku berseru supaya Baekhyun dapat menyelamatkan dirinya.

"Yuri janga-"

Yuri yang sedang minum air memandang aku dengan aneh.

"Kenapa dengan awak, Nayeon? Saya minum tak sampai sebotol pun. Kedekutnya.."

Aku memandang sekeliling dapur lalu dahi aku berkerut. Mana Baekhyun?

"Tak ada?"

"Ada." Yuri tersenyum.

"Ada?? M-mana?"

Oh tidak oh tidak oh ti-

"Di sini!!" Tangannya terus mengambil sekeping sandwich yang tersusun di atas papan pemotong sambil tersengih lebar.

"Tak sangka awak pandai buat sandwich. Saya makan ya?"

Aku tak cakap ya pun dia dah makan, psh.

Baiklah, lupakan. Sekarang di mana Baekhyun? Dia dah pergi rumah perempuan dia ke?

Mungkin dia sudah keluar melalui tingkap dapur kerana ianya terbuka luas. Rasa bersalah pula tak bagi dia makan tadi. Hmm..

*****

[Baekhyun POV]

Aku mengerling jam di dinding dengan mata yang separa terbuka. Dalam lebih kurang 10 minit lagi kelas akan berakhir. Mengapa terasa begitu lama?

Aku menguap lalu memejamkan mata buat seketika. Entah mengapa hari ini aku begitu mengantuk.

"Cik Nayeon nampak lainlah hari ni, kau tak perasan ke?" Dua orang pelajar perempuan di belakang aku berbisik, dan sejujurnya bisikan mereka tidaklah sekuat mana. Cukup untuk di dengari satu dewan ini, iya aku sedang menyindir.

Aku memandang ke depan untuk melihat Nayeon. Tidak perasan pula sekarang waktu dia mengajar kerana dari tadi aku melawan rasa mengantuk.

Aku tersengih apabila melihat Nayeon. Dia memakai salah satu pakaian yang dibeli semalam.

Tanpa aku sedar, dia juga memandang aku. Mukanya kelihatan seperti meminta kasihan daripada aku. Huh? Kenapa dengan dia ni?

*****

AKU BERJALAN DI kaki lima dengan lamgkah yang perlahan. Beberapa pelajar perempuan yang melihat aku melambaikan tangan kepada aku dengan malu-malu. Ada juga yang memgenyitkan matanya kepada aku. Aku hanya membalasnya dengan senyuman palsu, langsung tidak berminat.

Semalam appa menelefon aku. Tanya itulah, tanya inilah. Entah apa yang aku patut jawab. Jadi aku hanya diam dan membiarkan dia membebel di telefon. Dia sememangnya begitu, mahukan aku menjadi seorang lelaki sepertinya. Berjaya.

Mungkin aku patut belajar? Iyalah kalau diikutkan tahun ini tahun terakhir aku. Lagipun aku tidak mahu ada sebarang masalah dengannya.

"Baekhyun tunggu! B-Byun Baekhyun!" Seseorang menjerit nama aku dari belakang. Macam kenal saja suara ni?

Aku menoleh ke belakang lalu melihat Nayeon yang sedang termengah-mengah mengambil nafas. Dahi aku berkerut.

"Kau buat apa di sini?" Sambil itu aku melihat sekeliling kami. Risau jika orang lain ternampak kami berduaan tetapi malangnya ini adalah tempat yang agak publik jadi iya, ramai yang memandang.

"Awak marah saya ke?" Soalnya dengan takut.

Marah? Tetiba saja dia ni.

"Nak marah sebab apa?"

"Iyalah semalam kan.. Saya.. Ah lupakan!" Dia menggigit bibirnya geram. Bekas makanan di tangannya segera dihulurkan kepada aku lalu diaemandang ke arah lain, mengelak daripada bertatapan terus dengan aku.

"Ambil ni."

"Apa ni?" Aku mengambil bekas itu lalu membukanya. Oh, sandwich.

"Sandwich. S-saya buat yang baru. Awak tak sempat makan semalam jadi saya rasa bersalah.." Dia berkata perlahan dengan sedih.

Aku hanya tersengih. "Nayeon saya takkan marah awak sebab perkara remeh macam ni."

Hal itu menyebabkan dia memandang aku dengan terkejut. "Baekhyun awak.. Awak guna 'saya-awak' ke tadi?" Tanyanya dengan serius.

Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. "Uhm.. T-tak."

"Tapi saya rasa saya dengar tadi. Saya yakin yang awa-"

"Kau salah dengar mungkin. Eh tu bukan ke Luhan? Pergi tegur dia. Kalau dia ajak keluar jangan terima. Jual mahal." Kata aku dengan pantas sebaik sahaja melihat Luhan yang lalu di sini.

"Tapi-"

Aku menolaknya lalu dia pergi juga ke arah Luhan.

Mengapa dengan aku hari ini?

.

.

.

.

.

Apa-apa soalan boleh dm di ig ; @tyratella ;)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top