35 || Fine
Aku menghantar Nami ke balik biliknya. Dia nak tidur dengan aku tapi aku tak benarkan sebab aku perlu kemas barang dulu sebelum tidur. Aku membaringkan Nami di atas katil dan bersembang dengan dia sehingga dia tertidur. Baekhyun perhatikan aku dari muka pintu dengan senyap.
Aku selimutkan Nami. Umur dia 5 tahun tapi sebenarnya ini kali pertama aku jumpa dia. Sebelum ini aku pernah nampak gambar dia yang omma hantar sahaja, tapi sekarang dia betul-betul di depan aku. Dia betul-betul nampak lain dari gambarnya, lebih cantik. Salah aku juga sebab jarang balik sini.
"Suka budak-budak?"
Baekhyun tanya perlahan. Dia masih di pintu, tak bergerak pun. Aku terdiam lama dan senyum.
"Mestilah..."
Aku gosok kepala Nami. Nyenyak betul dia tidur.
"Aku boleh... tolong kau."
"A-ah?"
"Yelah kalau kau nak ada anak."
Aku tak jawab. Kepala aku cuba menghadam maksud dia.
Maksud dia... Macam itu ke?
Aku batuk. Muka aku rasa panas. Segan.
"Kita... Maksud aku, kau, boleh ambil anak angkat. Bukan susah pun nak daftar."
Oh.. Itu maksud dia.. Kenapalah aku fikir benda lain tadi?
Otak aku jadi semakin mereng kebelakangan ni. Asyik fikir bukan-bukan sahaja. Aku berdehem. Tak berani pun nak pandang dia.
"Takpelah, saya nak fokus mengajar dulu." Aku bangun dan keluar dari bilik itu. Baekhyun tutup pintu dan berjalan di belakang aku.
"Dah bagitahu omma kau? Tentang kita?"
"Dah."
"Erm, aku tidur mana malam ni?"
"Bilik tu." Baekhyun pandang bilik yang aku tunjuk.
"Kau?"
"Sama."
"Oh,"
Senyap.
Aku mula terfikir tentang reaksi omma tadi. Dia marah dengan aku, aku tahu.
"Baekhyun tu.. Suami Nayeon."
Omma mengerutkan dahi dia. Senyuman dia terganggu. "Apa?"
"Nayeon dah kahwin." Aku ketap bibir. Omma nampak terkejut tapi dia kawal riak muka dia.
"Maksud kamu... Kamu nak kahwin dengan dia?"
Aku memejamkan mata. Aku tahu omma sengaja tanya aku macam-macam sebab dia tak percaya apa aku yang aku cakapkan tadi.
"Omma Nayeon... Nayeon dah kahwin." Bibir aku bergetar. Omma pandang aku semacam.
"Nayeon rasanya omma dah salah dengar lah. Apa kamu cakap tadi?"
Omma tolong... Jangan buat Nayeon macam ni.
Mata aku berair. Aku betul-betul rasa bersalah sekarang. Aku menekup mulut aku lalu mendiamkan diri buat seketika. Omma hanya melihat aku yang sedang menahan tangisan dengan wajahnya yang sukar untuk ditafsirkan.
"Omma mianhae. Nayeon kahwin... Tak bagitahu omma." Air mata aku mengalir. "Mianhae. Jeongmal mianhaeyo." Tekak aku perit.
Omma pandang aku tanpa perasaan. Dia bangun dari kerusi tapi aku terus tarik tangan dia sebelum dia pergi. "Omma... Jangan buat Nayeon macam ni.."
"4 tahun omma tunggu Nayeon balik, dan harini Nayeon balik. Omma gembira bila nampak ada lelaki dengan Nayeon. Sebab omma dah rancang nak tengok Nayeon kahwin. Tapi sekarang omma tahu, anak yang omma tunggu dah kahwin, tanpa bagitahu omma. Apa omma patut rasa sekarang, Nayeon? Omma ni tak penting sangat ke untuk kamu sampai perkara sepenting ini pun kamu tak nak bagitahu?"
Aku menggeleng sambil teresak. Omma menarik tangan dia dari genggaman aku.
"Pergi layan suami kamu. Omma nak tidur."
Omma meninggalkan aku. Aku menangis tanpa henti dan terus pergi ke sinki. Muka aku tutup dengan tapak tangan, lalu aku membasuhnya beberapa kali untuk menyejukkan wajah aku semula. Aku tak boleh menangis... Tak boleh.
*****
Aku keluar mengambil udara di balkoni bilik sementara Baekhyun mandi. Kawasan perumahan di sini berdekatan dengan pantai jadi memang kuat berangin.
Aku termenung seketika. Aku tak pernah gaduh dengan omma.
Air mata aku jatuh tanpa aku sedar. Aku seka tapi jatuh lagi. Aish janganlah menangis Nayeon..
Jatuh lagi.
Seka.
Jatuh lagi.
Seka.
Jatuh lagi.
Sehingga muka aku tekup dengan tapak tangan.
Aku dah tak boleh tahan jadi aku menangis dengan teresak-esak seorang diri. Menangis, menangis. Lemah betul.
Salah ke pilihan aku?
Kenapa aku bazirkan masa depan aku?
Aku terduduk dan memeluk lutut aku. Muka aku dibenamkan di lutut. Kenapa aku lemah sangat? Tak boleh ke kalau aku tak menangis? Aku dah jangka ni akan jadi tapi kenapa aku menangis juga?
Tiba-tiba aku terasa kehangatan meraupi aku. Ada orang... Peluk aku. Aku kenal bau ini. Aku mengangkat sedikit kepala untuk melihat dia dan cepat-cepat mengelap air mata. Dia perhatikan aku.
"Menangis?"
"Jangan hiraukan saya." Aku lepaskan diri dari pelukan dia dan mengalihkan pandangan.
"Omma marah kau?"
"Bukan hal awak."
Aku nak masuk bilik air dan basuh muka tapi dia menarik aku ke dada dia. Aku kaku.
"Menangislah. Aku takkan halang kau."
Aku diam dan lama-lama, aku memeluk dia lagi erat. Muka aku benamkan di bahu dia dan aku menangis semahunya. Makin lama makin kuat. Dia hanya menggosok belakang badan aku perlahan.
Aku betul-betul memerlukan seseorang sekarang.
"Omma saya... B-bencikan saya."
"Tak..."
"Dia betul-betul bencikan saya..."
"Tak."
*****
Selepas tangisan aku surut, aku melepaskan pelukan perlahan-lahan. Tadi aku menangis tanpa henti sehingga kami berdua terduduk di lantai semula. Apa dia rasa pula nanti kalau aku peluk dia lama-lama? Bahu dia basah dengan air mata aku. Aku menggosoknya dengan tangan aku sambil menundukkan muka.
"Mi-mianhae."
"Kwaenchana."
"Baju awak basah... Awak baru mandi." Aku mengelap bahu dia sambil tiup beberapa kali. Macamlah boleh kering.
Dia menggenggam tangan aku dan pandang aku tajam. "Aku kata tak payah kan?" Aku tarik tangan aku semula.
Dia tetap Byun Baekhyun, dingin.
Baekhyun pandang aku dari bawah dan berdehem. Telinga dia merah. Dia mengalihkan pandangan.
Aku pandang diri sendiri bila rasa tak kena. Baru aku perasan dress aku sudah terselak sampai nampak peha jadi aku cepat-cepat tutup semula. Segannya, aish..
Dia pandang aku semula dan tenung mata aku. Lama. Aku mengelap air mata yang bersisa. Sengaja sahaja sebab aku tak nak pandang dia.
"Chagi."
Dia.. Cakap dengan aku ke?
Aku pandang dia dan perasan dia pun sedang memandang aku.
"Apa awak cakap?"
Dia menoleh lain. "Aku ada cakap apa-apa ke?"
"S-sorry. Saya salah dengar."
"Dah tak nak menangis?"
"A-ah?"
"Dah okey?"
"Y-ya."
Dia menghela nafas dan berdiri. "Aku masuk dulu." Dia masuk dalam bilik semula. Tangan aku kebas. Tak tahu kenapa aku rasa aku kena buat sesuatu.
Aku masuk bilik dan nampak Baekhyun di depan cermin. Tanpa dapat aku tahan, kaki aku bergerak ke arah dia dan tangan aku memeluk badannya dari belakang. Muka aku benamkan di belakang badan dia.
Aku tak percaya aku buat semua itu.
Dia terkejut dan memegang tangan aku di pinggang dia dengan teragak-agak. "Hey, kau—"
"Baekhyun," Aku membasahkan tekak. "Saya suka awak."
Aku memang sudah gila agaknya.
"Saya..." Aku memejamkan mata rapat. "Betul-betul suka awak, bukan Luhan. Hanya awak."
Keadaan menjadi senyap, termasuk dia. Kekok, aku tahu. Aku dapat rasa dia menyentuh tangan aku yang sedang memeluknya.
"Nayeon..."
"Saya suka awak."
"Nayeon." Dia meleraikan pelukan dan pusing menghadap aku. Tangan dia daratkan di atas bahu aku. Dia tenung aku lama sambil menggigit bawah bibir.
"Jangan lakukan ni."
Apa...?
Dada aku rasa semacam dicucuk. Aku menahan tangis. Aku tak patut menangis depan dia. Dia bukannya suka pun.
Aku mengetap bibir. Hidung aku pedih. "Kenapa, ini salah bagi awak? Apa saya tak ada hak untuk sukakan awak?"
"Aku cuma tak nak kau salah faham tentang kita."
"Salah faham apa?" Aku melepaskan tangannya yang berada di bahu aku. "Saya ni beban bagi awak ke, Baekhyun?"
"Bukan tu maksud aku... Aku cuma tak rasa ni masa sesuai untuk—"
"Awak cuma tak sukakan saya, kan? Awak tak suka fakta yang saya ni isteri awak dan bukannya orang lain, kan?"
"Nayeon, dengar. Ini bukan tentang kau. Cuma... Aku. Kau tak sepatutnya suka lelaki seperti aku." Dia memegang bahu aku semula. "Berhentilah."
Aku menepis tangan dia. "Bagitahu saya, macam mana saya nak berhenti sukakan awak? Macam mana saya nak halang perasaan saya kalau saya dah memang suka awak?"
Dia menggigit bibir bawahnya sambil memandang tajam mata aku dan aku mambalas pandangan dia. Dia mengeluh.
"Sudahlah, Nayeon."
Aku betul-betul rasa nak menangis sekarang tapi aku terpaksa tahan.
"Fine."
Aku terus naik atas katil dan baring membelakangi dia yang masih berdiri seperti tadi. Selimut aku tarik menutupi seluruh badan. Aku memejamkan mata rapat, tidak mahu membenarkan walaupun setitik air mata keluar daripada kelopak mata. Buat macam tak ada apa-apa yang jadi tadi. Bodoh. Nayeon bodoh.
Aku bukannya sedih kerana dia tidak membalas luahan aku itu, aku cuma kecewa kerana dia menganggap perasaan aku seperti sesuatu yang salah.
Aku tak tahu sama ada Baekhyun masih berdiri di tempat tadi atau tak sampailah aku terdengar dia menghela nafas di belakang aku. Aish pergilah..
"Nayeon."
Abaikan dia, Nayeon. Abaikan.
"Nayeon."
Aku memekakkan telinga. Dia tetap memanggil aku tapi air mata aku mengalir mendengar suaranya yang sayu.
"Mianhaeyo, jeongmal.."
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Untuk pembelian ebook :
Butterfly Kisses : RM10
Lunatic's Infatuation : RM8
[WARNING] Don't Fall In Love With Him : RM10
Boleh contact melalui :
Whatsapp : 01137728841
Instagram / Twitter : @tyratella
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top