34 || Fairytale
[Baekhyun POV]
Jam dinding sudah menunjukkan angka 12 tengah malam tetapi aku masih lagi sibuk mengulang kaji di atas katil walaupun aku tidaklah begitu fokus.
Sedang aku menulis-nulis nota di buku nota kecil aku, tiba-tiba kedengaran pintu bilik aku terbuka. Lalu masuklah Nayeon dengan wajah tanpa ekspresinya. Aku sedikit terperanjat tetapi aku mengawal riak wajah aku.
Tanpa menunggu aku mengatakan apa-apa, dia terus duduk di sebelah aku, di atas katil. Langsung aku berhenti membaca buku dan memandangnya aneh. Tak pernah-pernah pula dia nak masuk bilik ni sebelum ni.
Dia membalas pandangan aku dengan kosong. Mata aku terbuka luas apabila sedar apa yang dia pakai sekarang. Kemeja putih besar yang berkemungkinan milik aku yang terbuka 3 butang dari atas dengan seluar slack pendek.
Gosh she's so...
Aku kehilangan kata. Terus aku mengalihkan tatapan aku. Aku rasa kekok sekarang. Dia tak cakap apa-apa, cuma pandang aku jadi aku buat-buat tenang sahaja.
"Kau buat apa datang ke sini? Dah lewat, kan."
"Hmm..."
"Tadi kau ke mana?" Hidung aku terbau sesuatu daripada badannya. "Tunggu, kau minum ke?"
"Hmm..." Dia menggosok leher dia sambil tundukkan kepala. Betullah itu, dia mabuk. Aku meletakkan buku-buku aku tadi ke atas meja sisi katil dan genggam lengan dia. Aku nak hantar dia ke bilik dia semula tetapi terduduk semula di katil apabila dia tanpa amaran mencium aku.
Terus aku menolak bahu dia sampai dia berhenti. "H-hey..." Mata aku terbeliak.
Dia menghampiri aku dan aku sedaya upaya menjauhinya dengan menggesot badan ke belakang sehinggalah belakang badan aku tersentuh dinding katil. Aku menahan tangan dia erat.
"Come to your sense, drunk girl."
Dia tidak mempedulikan apa aku cakap dan tarik tangan aku ke badannya. Aku terkejut lalu terus menarik tangan aku semula. Gila ke?
"Please stop. Balik bilik kau."
"Stop lying. Saya tahu awak nak sentuh saya, kan?" Dia memegang tangan aku semula dan meletakkan di butang kemeja dia. "Buatlah apa yang awak nak."
Jantung aku berdegup macam gila. Aku macam tak kenal dia sekarang. Mana dia belajar semua ini?
"Nayeon kau akan menyesal kalau kau sedar nanti. Balik ke bilik kau sekarang."
"Make me regret then."
Dia merangkul leher aku sebelum mencium aku semula. Aku teragak-agak mula-mula tetapi aku dapat rasa anggota badan aku khianati aku. Aku memang tak boleh tipu diri sendiri sekarang.
Aku mahukannya.
*****
"N-Nayeon... M-mianhae..."
Mata aku terbuka mendadak. Aku dapat merasakan peluh keluar dari dahi aku, membasahi wajah aku. Sementara jantung aku berdegup laju.
Aku tengok sekeliling bilik dan memejamkan mata dengan lega apabila sedar keadaan kini. Tangan aku meraup wajah aku.
Baguslah aku... Hanya bermimpi.
Aku berdiri untuk melihat cermin dinding. Telinga aku kemerahan. Dan baru aku sedar yang seluar aku agak... Iya, tidak terlalu kering.
'Ttok ttok'
Pintu bilik aku diketuk.
"B-Baekhyun?"
Bulu roma aku meremang apabila mendengar suara dia. Nasib baik dia tak masuk terus ke dalam bilik ini. "Apa?"
"Awak dah bersiap?"
Bersiap? Pergi mana? Aku tak ingat apa-apa pun?
"Tak jadi ke? Uh, takpelah kalau awak sibuk. Kita boleh pergi rumah omma saya lain kali."
Oh baiklah aku ingat.
"No no no, bagi aku 20 minit. Sekejap lagi aku turun."
"Oh, okay..."
Aku terus bangun dan segera bersiap. Mandi, mengemas baju, semua itu dilakukan aku sepantas mungkin.
Selepas selesai, aku terus keluar sambil membawa bagasi aku. Nayeon mengajak aku makan tetapi aku menolak. Aku tak berani pun nak pandang dia sekarang oleh disebabkan mimpi tadi. Mujur dia tak bertanya apa-apa.
*****
[Nayeon POV]
Kami bersetuju untuk membenarkan aku memandu kali ini, memandangkan perjalanan agak jauh dan... Baekhyun tidak mempunyai lesen.
Ya, aku juga terkejut apabila dia mengaku dengan malu tadi.
Aku perasan yang dia tak banyak bercakap hari ini. Pandang aku pun tak. Dia marah aku ke?
Aku mengerling dia tempat duduk sebelah aku. Kepalanya ditoleh ke arah luar tingkap dan lama-lama, dia tertidur dengan sendirinya. Takpelah, tak adalah kekok sangat nanti.
"Na... Yeon..."
Aku menoleh ke arah dia apabila terdengar suara dia. Dia panggil aku ke?
Oh, dia mengigau. Dan dia panggil nama aku.
Eh, kenapa aku tersenyum pula ini, ehem... Control, Nayeon.
*****
Sudah sampai.
Tapi sekarang sudah malam.
Aku memandang sekeliling kawasan ini. Banyak yang dah berubah di sini, membuatkan aku teringat akan kenangan-kenangan aku di sini sebelum ini.
Sementara Baekhyun sedang mengangkut beg dari bonet kereta ke pintu rumah. Dia mamai lagi. Tadinya aku fikir dia akan tidur sementara sahaja, memandangkan dia sudah terbangun lewat tadi. Tetapi dia tertidur sehinggalah kami sampai ke sini. Tak guna.
Aku mengetuk pintu beberapa kali sehingga pintu rumah itu terbuka daripada dalam, oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berdiri kaku di tepi pintu, pandang aku dengan mata bulatnya yang takut-takut. Aku dapat kenal dia walaupun sudah lama tidak melihatnya. Terus aku tersenyum.
"Nami, annyeong."
"Ni Nayeon ke?" Tanyanya takut-takut. Aku mengangguk sambil tersenyum dan mendepakan tangan aku, mengajaknya ke dalam pelukan aku.
"Nami..."
Dia terus memeluk aku dan aku mengangkat dia. Aduh, beratnya.
"Siapa tu Nami?" Omma datang ke arah aku dan meneliti aku. Dia agak rabun disebabkan usianya yang sudah lanjut. Selepas dia kenal aku betul-betul, dia menjerit.
"Nayeonnie~!!!"
"Omma~!!!"
Baekhyun segera tunduk hormat kepada omma. Tak perasan pula dia di sebelah aku. Omma membalas senyumamnnya dengan teragak-agak. Dia mana kenal Baekhyun. Dia pandang aku.
"Masuklah dulu, Nayeon."
Dan dia pandang Baekhyun.
"Kamu pun, masuklah Luhan."
Wait what..
*****
Aku tak tahu macam mana nak jelaskan kepada omma yang aku sudah kahwin. Mahu memulakannya juga aku tidak tahu. Omma, walaupun dia buat derk sahaja, aku perasan yang dia mengerling Baekhyun banyak kali.
"Makanlah, Luhan."
Aku rasa nak hentuk kepala di dinding setiap kali omma panggil dia Luhan. Baekhyun hanya tersenyum dan mencapai pinggan yang omma hulur. Langsung tidak menidakkan omma.
"Dah lama kenal Nayeon?"
"Erm, tak adalah lama sangat."
"Eh bukan ke kamu sekolah sekali dengan Nayeon dulu? Xii Luhan kan?"
"Saya Byun Baekhyun, ommunim."
Okey aku betul-betul rasa nak hentuk kepala sekarang. Omma pandang aku dan Baekhyun dengan terkejut.
"Jadi salah orang lah ni?"
Baekhyun tersengih kecil dan suap nasi dalam mulutnya sementara aku kecilkan mata pandang omma. Omma tersengih teragak-agak dengan kekok.
"M-mianhae Baekheonnie—"
"Baekhyun." Aku tegaskan.
"Haa Baekhyun. Maaf ya? Ingat ke kamu ni budak yang Nayeon minat—"
"Kwaenchana,"
Dia ini pun satu, senyap sahaja dari tadi! Aku faham dia cuma nak bersikap sopan tapi aku tidak kahu perasaannya terluka. Rasanya apa dia rasakan sekarang? Aku tak sepatutnya bawa dia ke sini.
"Jadi... Apa hubungan kamu dengan Nayeon?"
Baekhyun kaku. Seketika dia menoleh ke arah aku seolah-olah meminta bantuan. Dia berhenti mengunyah dan meletakkan chopstick. "Uhm, saya—"
"Tolong kemas baju, boleh?" Aku memegang lengan Baekhyun. Dia pandang aku mengerti sebelum menunduk hormat kepada omma dan tinggalkan meja makan itu.
"Dia tak habis makan lagi..." Omma mengerling Baekhyun dan aku berdehem.
"Omma,"
"Hmm?"
Aku kena bagitahu juga. Harus.
*****
[Baekhyun POV]
Aku membawa beg naik ke tingkat atas dan terserempak dengan budak perempuan tadi. Tanpa amaran, dia mengacukan pedang mainan ke arah aku. Rasa nak tergelak sahaja tengok dia.
"Jangan bergerak!"
Aku berdiri tegak dan dia dengan takut-takut mendekati aku. "Siapa ni? Ke-kenapa dekat dengan Cinderella?!"
"Siapa Cinderella?"
"Nayeonnie, lah!"
Amboi garang budak ni.
Aku melutut untuk samakan ketinggian dengan dia. Dia menggenggam pedang tadi lagi kuat dan perlahan-lahan ke belakang. Aku tersenyum dan tunduk hormat kepadanya seperti hamba.
"I'm Prince Charming, your Majesty."
Kerutan di dahi dia hilang. Dia turunkan pedang tadi. "Betul?"
Angguk.
"Bukti?"
"Erm... Kami dah berkahwin?"
"Tipu! Kenapa Cinderella kurus?!"
"Apa salahnya...?"
"Kalau dah kahwin mestilah gemuk!"
"Kenapa?"
"Yelah, nanti berak keluar baby!"
Aku rasa nak tersedak sahaja. Ketawa aku pecah apabila faham maksud dia. Dia angkat pedang semula. "Jawab!"
Aku menahan gelak.
"Prince Charming akan pastikan Cinderella gemuk nanti."
"Janji?"
"Hmm ya. Suatu hari nanti." Aku berjabat tangan dengan dia sambil senyum. Dia pun senyum.
"Ingat tau."
"Apa?"
"Sebelum pukul 12 kena kiss.."
Hmm...
Sometimes fairytale does give bad influences on kids...
"...kalau tak Cinderella hilang." Kening dia bertaut bimbang. "Nak ke Cinderella hilang?"
"No. Never."
"Tu Cinderella!" Dia tunjuk ke arah belakang aku. Aku menoleh ke belakang dan nampak Nayeon. Dah habis cakap ke?
"Nami tak tidur lagi? Dah pukul 11 lebih ni..." Nayeon memegang pipi Nami tetapi kanak-kanak perempuan itu tiba-tiba menarik hujung baju aku dan bagi pandangan 'buatlah-cepat'.
Aku tergelak kekok dan menarik lengan Nayeon. Dia pandang aku dan terus aku mencium pipi dia sekilas. Mata Nayeon membulat. Sementara telinga aku rasa macam berasap. Nayeon kaku. Mesti dia ingat aku gila. Confirm.
"Your majesty, you can sleep now." Aku mengenyitkan sebelah mata kepada Nami dan dia tersenyum puas.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Untuk pembelian ebook :
Butterfly Kisses : RM10
Lunatic's Infatuation : RM8
[WARNING] Don't Fall In Love With Him : RM10
Boleh contact melalui :
Whatsapp : 01137728841
Instagram / Twitter : @tyratella
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top