29 || He's Here

[Nayeon POV]

Aku masuk ke dalam kereta Sooyoung, memejamkan mata sebelum sandarkan kepala di sofa kereta. Lalu aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

Aku tidak percaya dengan apa yang aku lakukan tadi.

Aku dapat merasakan Sooyoung menggenggam tangan aku erat. "Thank you,"

"I did this for you, not him."

"Okay then. Thanks again."

Aku memandang ke luar tingkap apabila kereta mula bergerak. Entah apa yang dirasakan aku kini. Aku sebenarnya masih tidak yakin sama ada aku akan betul-betul berkahwin ataupun tidak. Tetapi mengingatkan kejadian tadi, mungkin aku akan.

Baekhyun mesti ingat aku sudah gila sebab setuju nak kahwin dengan dia tiba-tiba. Aku dapat nampak reaksi muka dia tadi. Urgh apa aku dah buat...

Pada asalnya, aku cuma bercadang mahu membatalkan perkahwinan mereka tetapi aku pula yang perlu berkahwin. Memang mula-mula aku menolak untuk menolong Baekhyun, cuma selepas mendengar daripada Sooyoung bagaimana Baekhyun telah dilayan oleh keluarnya selama ini, aku jatuh kasihan. Mengapa kehidupannya terlalu menyedihkan? Aku fikir orang kaya sepertinya mempunyai kehidupan yang bahagia.

*****

3 hari kemudian berjalan dengan normal. Aku mula menonton drama semula. Kali ni 24 episod. Entah apa yang telah terjadi aku tidak tahu, memandangkan aku hanya terperap di dalam bilik. Yang aku pasti sekarang, aku sudah tidak cukup tidur.

Tak, aku tak boleh tidur.

Sooyoung ada bagitahu aku yang aku akan berkahwin beberapa minggu lagi melalui pesanan ringkasnya. Cuma aku tidak begitu mengambil berat akan hal itu. Rasa seperti bukan aku yang akan berkahwin pun ada. Tetapi memang hakikatnya perkahwinan ini bukan betul, kan? Aku mungkin hanya akan lakukan ini buat sementara.

Baekhyun?

Tak ada berita tentang dia. Malas nak ambil tahu juga. Yuri ada bertanya ke mana aku pergi hari itu tetapi aku tak jawab. Mungkin aku tak patut jawab. Kalau tak dia akan kata aku gila walaupun itulah hakikatnya, aku memang gila.

Beep.. Beep..

Oh, Sooyoung mesej.

'Minggu depan. Confirmed.'

Oh shit..

Mungkin aku patut jumpa Baekhyun.

*****

Aku ketuk pintu rumah Baekhyun dan tekan loceng berkali-kali, tetapi masih tak ada reaksi. Sampai tahap aku tak tahu sama ada dia tidak perasan ataupun dia sengaja tidak mahu berjumpa aku.

Rak kasut yang ada di sebelah pintu aku buka, dengan harapan aku menjumpai kun-

Yass gotcha!

Aku jumpa kunci dalam salah satu kasut dia. Memang aku pernah nampak dia simpan kunci di situ sebelum ini, sebab itu aku tahu.

Masuk sahaja rumahnya, aku terus terbatuk-batuk. Daripada pemerhatian aku, rasanya sudah beberapa minggu dia tak kemas rumah. Berhabuk! Macam ada taufan serang rumah ini. Banyak botol kaca arak kosong di atas meja dan TV. Malah di lantai juga ada puntung-puntung rokok yang sudah digunakan. Dia masih lagi merokok, aku dah agak. Bagaimanalah dia boleh hidup seperti ini?

Mana dia?

"Baekhyun?"

Senyap.

Aku masuk ke bilik dia dan percayalah, keadaan dalam itu lagi teruk. Baju-baju dia di atas katil, tak berlipat. Kertas-kertas yang terkoyak di lantai. Dan akhirnya, aku nampak dia, turut terbaring di lantai.

Tidur ke?

Aku mendekati dia dengan langkah yang perlahan. Takut pula dia sedar dan halau aku. Tapi tak, dia tampak pucat. Bibir dia kering, ada lingkaran hitam bawah mata dia, badan dia panas dan rambut dia kusut-masai. Apa sudah jadi ini?

Aku terus mengambil kain bersih di atas katil, membasahkannya di dalam bilik air lalu meletakkannya ke atas dahi dia. Tak sampai hati nak kejutkan dia jadi aku mengemas biliknya sementara tunggu dia sedar.

Dulu punyalah membebel bila bilik aku bersepah tapi tengok? Dia pun sama saja.

Bila aku kemas meja dia, aku terjatuhkan satu botol lutsinar kecil. Mata aku terbeliak apabila nampak tulisan di botol itu.

Sleeping pills

Apa dia sudah gila sampai nak telan pil ini? Dah setengah botol dia telan agaknya. Aku merenung dia dengan dahi yang berkerut.

Budak ini...

Tiba-tiba telefonnya di atas meja bergetar. Aku memandang telefon itu dan nampak perkataan 'hyung' terpapar di skrin telefon. Patut ke aku jawab panggilan ini err...

"Yah Hyun kau kat mana? Minggu depan kau nak-"

"He... Hello? Saya Nayeon."

"N-Nayeon? Siapa-- oh okey. Mana Hyun? Kenapa kau yang jawab?"

"Baekhyun dia... Dia pengsan."

*****

Selepas siap kemas rumah dia, aku kembali kepada dia. Nak angkatnya ke atas katil, aku tidak mampu. Jadi aku rehatkan saja kepala dia ke atas riba aku. Walaupun aku merasa kekok berada di dalam posisi seperti ini.

Aku tidak dapat menahan diri daripada merenung wajah dia. Sambil itu jari-jari aku mengemaskan rambut dia.

Dia... Betul-betul tampan. Dulu aku tak perasan, tetapi sekarang, aku bahkan amat malu untuk memandang tepat matanya. Mungkin kerana personalitinya yang sering menarik aku.

Aku mengusap pipi dia sambil teringat semula apa yang aku pernah lakukan dengan dia. Bila aku mengaku yang aku suka dia, aku betul-betul maksudkannya. Entah sejak bila aku suka dia, aku tak tahu. Tetapi aku pasti akan perasaan aku.

Aku suka bila dia menggigit bibir bawah dia.

Aku suka bila telinga dia kemerahan.

Aku suka bila dia mencuri-curi pandang aku.

Aku suka bila dia menggenggam lengan aku.

Aku suka bila dia tersengih.

Aku suka bila dia menyentuh kening aku.

Aku suka bila dia... Cium aku.

Ahh aku tak sepatutnya blushing sekarang.

Tiba-tiba wajahnya berkerut, matanya mengerjap-ngerjap sebelum ianya terbuka separuh. Dia terus mengangkat kepalanya daripada riba aku apabila sedar aku siapa. Wajahnya terang-terang menunjukkan keterkejutannya.

Baekhyun memandang sekeliling sebelum memandang aku semula sambil tangannya memegang sisi kepala dia. Dahi dia berkerut.

"Sejak bila kau di sini dan siapa suruh kau kemas bilik aku?"

Dah mula perangai dia ini..

Aku lakukan semua ini untuknya pun dia masih tidak tahu berterima kasih. Malas nak layan, aku bangun mahu meninggalkannya, memandangkan dia pun sudah tersedar. Pandai-pandailah jaga diri. Namun aku terduduk semula di sisinya apabila mendengar dia mengerang sakit. Dia tundukkan kepala sehingga kepalanya terkena bahu aku.

"Pening ke?" Soal aku.

"T-tak..."

Tak apanya kalau mengerang macam itu.

Aku memegang tepi dahi dia lalu urutkan sikit di sana. Dia menahan rasa sakitnya dan tiba-tiba menggenggam lengan aku untuk bergantung sementara sebelah lagi tangannya jatuh di riba aku. Dahi dia terkerut-kerut. Nafas dia tak stabil.

Aku mengurut tepi dahi dia dengan kedua-dua tangan aku. Genggaman dia di lengan aku semakin erat. Aku dapat mendengar dia mengeluh perlahan kadang-kadang. Teruk sangat ke keadaan dia ini?

Lama-lama dia semakin tenang. Tangan dia masih di lengan dan riba aku. Aku dapat merasakan mata dia menatap aku ketika aku mengurut dahi dia. Aku buat-buat tidak melihat saja, aku malu.

"Sung Nayeon."

Jangan pandang dia, Nayeon-ah.

"Kau dah gila ke?"

Aku kemamkan bibir aku, menahan diri daripada merutuknya. Sebaliknya aku cuba mengelakkan topik itu. "Merokok, minum arak, telan pil tidur. Kenapa dengan awak ni sebenarnya..."

"Sebab Sooyoung? Atau sebab kau nak balas dendam?"

"Berapa banyak awak telan? Setengah botol?"

"Nayeon,"

"Pening lagi?"

Dia menurunkan tangan aku dan sebelum sempat aku melakukan apa-apa, tangannya mengunci aku di dinding. Akhirnya aku memandang tepat matanya dengan tajam yang turut dibalas dengan pandangan yang sama olehnya. Berani-beraninya dia...

Aku menolak dada dia tetapi dia langsung tak bergerak.

"Byun Baekhyun this is not funny. Stop playing around."

"I know and I'm not, Sung Nayeon."

Aku membalas tenungan dia. Dia tiba-tiba mendekatkan muka sehingga mahu tidak mahu, aku terpaksa menutup mata ketakutan.

"Byun Baekhyun!"

Aku membuka mata apabila mendengar suara orang lain yang nyatanya bukan suara Baekhyun. Lelaki itu berada di muka pintu, berdiri dengan tangannya yang disilangkan di dada dan wajahnya yang berkerut.

"Dasar, budak tak tahu malu..."

Finally, Byun Baekbeom is here.

.

.

.

.

.

.

Support my other works too, thank you!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top